💓 ; 15

820 91 21
                                    

♧•♧•♧

"Annyeong! Kami ialah Bangtan Sonyeondan!"

Sebaik saja Namjoon memulakan bicara, mereka semua tunduk hormat di hadapan penonton yang sudah bertepuk tangan.

"Baiklah, kami di sini ingin menyanyikan lagu pertama yang dicipta sendiri oleh kami bertujuh. Dari kiri, Kim Taehyung, diikuti dengan Min Yoongi, Kim Seokjin, Jeon Jungkook, saya iaitu Kim Namjoon, Park Jimin dan yang terakhir sekali ialah Jung Hoseok." Namjoon memperkenalkan setiap ahli kumpulan bernama Bangtan Sonyeondan itu.


Haemi yang duduk di hujung sekali sebelah kiri melambai-lambaikan tangannya kepada Jungkook. Jejaka itu membalas semula lambaian si gadis di bawah.

"Kami harap, lagu yang akan kami nyanyikan sebentar nanti dapat menambat hati semua penonton di sini." kata Namjoon lagi.

Mereka semua sudah bersiap sedia dengan mikrofon di tangan. Lampu dewan terus tertutup dan suasana menjadi gelap. Hanya lampu di atas pentas saja yang terbuka.

Muzik sudahpun bermula. Penonton terus memeriahkan lagi dengan tepukan gemuruh daripada mereka.

I open my eyes, inside the darkness,
me when my heartbeat is unfamiliar
I face you in the mirror,
your fear-sticken glare, recycled questions.

Jimin dan Jungkook mula menyanyi bahagian mereka. Haemi ternganga saat mendengar suara merdu Jungkook.

Kini, tiba pula giliran rap daripada Yoongi. Ternyata lelaki berkulit putih pucat itu memiliki bakat dalam nyanyian.

Sebaik saja Yoongi selesai menyanyi bahagiannya, doktor terkenal di pusat rawatan tersebut, Kim Seokjin mula melebarkan sayapnya.

You've shown me I have reasons
I should love myself.
My breath, the path I walked,
it all answers for me.

The me from yesterday,
the me from today,
the me from tomorrow.
( I'm learning how to love myself )
Without missing a single part,
without leaving a single gap.

Haemi kagum lagi. Rupanya mereka ada bakat menarik yang tersembunyi. Mereka belum keluarkan lagi bakat mereka. Sekali keluar, semua ternganga.

Mereka bernyanyi sehingga habis. Nyanyian yang tulus dari hati mereka sendiri buat insan yang masih mencari diri mereka sendiri.

"Lagu ini kami cipta khas untuk seseorang yang membenci diri sendiri. Jangan teruskan sikap begitu. Diri kita berharga dan harus disayangi sepenuh hati. Tak kisah lah kita tak cantik, tak bagus, tak sempurna, kita kena tetap mencintai diri kita sendiri." suara Namjoon mula bergema di dalam dewan tersebut.

Haemi mengangguk perlahan.

"Semua manusia berbuat kesilapan. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Jadi, tolonglah sayangi diri anda dan jangan sesekali sakiti diri anda." pesan Namjoon kepada semua penonton di situ.

"Betul tu. Haemi cakap, kalau ada orang cakap buruk pasal kita, kita kena diam dan biarkan dia sebab orang macam tu dengki dengan kelebihan yang kita ada." Jungkook pula tiba-tiba mencelah.

Jimin tersengih dan menepuk lembut bahu Jungkook. Begitu juga dengan Taehyung. Mata Jungkook melirik ke arah Haemi yang sudah tersenyum lebar mendengar namanya disebut oleh Jungkook.

Kenyitan mata dihadiahkan buat Haemi.

"Jadi, cintailah diri anda sendiri. Sayangilah diri anda sebagaimana anda menyayangi nyawa anda." ucapan Yoongi sebagai penutup sebelum mereka tunduk hormat sekali lagi dan turun daripada pentas.

Sekali lagi dewan itu dimeriahkan dengan tepukan yang gemuruh buat Bangtan Sonyeondan kerana mula menyuntik semangat buat insan yang benci akan diri mereka sendiri.

Love Yourself, before you love someone else.

▪▪▪▪
TBC

507 words for this chapter!❤

eyaiaiaia 😜 anyone yang suka lagu Love Yourself? same with meeee! put pun adore giler lagu ni! bagi semangat betul kat dalam diri put ❤

thankyou BTS ❤❤

okay, selamat membaca!💜

Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now