💓 ; 13

776 93 13
                                    

♧•♧•♧

Puan Soo meneguk wain itu dengan rakus sekali. Fikirannya runsing saat memikirkan masalah perniagaannya semakin lama semakin merudum.

Entah di mana silapnya, pelanggan mula kurang mengunjungi restoran makanan Korea yang telah dijalankan selama tiga tahun yang lalu.

Dirinya sering terima aduan daripada para pekerja bahawa pelanggan selalu mempersoalkan harga makanan yang dikatakan terlalu mahal bagi mereka.

Hidupnya semakin serabut. Gaji pekerja pun masih belum berbayar. Semuanya tertunggak.

Belum lagi sentuh pasal bil telefon, hutang sewa restoran, hutang kereta Mini Cooper yang baru dibelinya beberapa bulan yang lepas masih tertunggak.

"Dah dah lah tu Soo! Kau teguk wain tu macam tak ada hari esok je!" tegur Puan Ahn yang baru keluar daripada rumahnya untuk menyidai kain.

Puan Ahn sudah lama menetap di situ sejak mendiang emak Jungkook masih hidup lagi. Wanita itulah antara yang paling rapat dengan mendiang Puan Jeon serta Jungkook.

Puan Soo menjeling Puan Ahn sekilas lalu meneguk kembali cawan kaca yang berisi wain berwarna ungu itu.

"Hah, dah lama aku tak dengar khabar Jungkook. Kau tak jenguk dia ke?" soal Puan Ahn. Dia amat merindui jejaka bergigi arnab yang selalu bermain di rumahnya sewaktu kecil dulu.

Puan Soo tersenyum sinis.

"Buat apa aku nak jenguk budak tu? Pandai lah jaga diri dia. Kalau dah nak mati pun, mati je la. Kisah apa aku?" jawapan yang dilontarkan Puan Soo amat menyakitkan hati Puan Ahn.

Wanita itu sudah menganggap Jungkook itu bagaikan anak kandungnya sendiri. Sanggup Puan Soo sebagai ibu saudara jejaka tersebut tidak mempedulikannya.

"Kau jangan lupa, Soo! Dia tu anak kepada kakak kau! Harta dan semua benda yang ada dengan kau sekarang ni adalah mendiang kakak kau punya! Ini pun bermakna semuanya pun hak Jungkook juga!" kata Puan Ahn dengan tegas.

Puan Soo hanya mencebikkan bibirnya. Kemudian tawa halus terukir pada bibir yang dioles dengan gincu yang merah menyala.

"Aku ni adik dia. Jadi, aku pun ada hak juga! Sama macam budak tu!" lawan Puan Soo balik. Berapi hatinya apabila Puan Ahn memihak kepada Jungkook yang mentah itu.

Puan Ahn menggeleng kesal. Wanita itu memang tidak akan mendengar setiap kata-kata daripadanya. Bak kata pepatah, bagai mencurah air ke daun keladi.

Wanita itu memang bongkak dan sombong! Sikapnya jauh berbeza dengan Puan Jeon yang ramah dan baik hati.

"Ingat Soo, karma itu wujud. Apa yang kau buat, kau akan dapat balik. Aku tak nak kau menyesal di kemudian hari." pesan Puan Ahn sambil mengangkat bakul kainnya sebelum masuk ke dalam rumah.

Puan Soo mula menghentak botol wain itu dengan sedikit kuat. Giginya diketap tanda terbakar dengan kata-kata wanita itu.

"Kau jangan sibuk hal orang lah! Jaga kain sendiri sudahlah! Hidup kalau menyemak pasal hal orang tak guna jugak!" maki Puan Soo sambil menumbuk-numbuk meja di hadapannya.

Nafasnya turun naik memandang rumah Puan Ahn.

° ° °

Puan Ahn hanya memerhatikan tingkah baran Puan Soo daripada tingkap di biliknya. Kepala digelengkan beberapa kali.

"Kenapa lah perangai si Soo ni tak sama macam Jeon? Haih." gumam Puan Ahn. Langsir ditutup semula dan dia berjalan menuju ke laci meja soleknya.

Laci tersebut dibuka dan tangannya mengambil sekeping gambar yang sudah lama dia simpan sebagai kenangan.

Bibirnya tersenyum manis saat melihat wajah-wajah di dalam gambar tersebut.

Jungkook ketawa girang disamping emaknya dan Puan Ahn. Kedua-dua wanita itu memeluk Jungkook dengan senyuman yang sangat gembira.

Air mata Puan Ahn mula menitis. Gambar itu dibawa ke dadanya dan dipeluk sekejap.

Ibu rindu sangat pada Kook. Ibu harap Kook sihat di sana. Satu masa nanti kita akan berjumpa lagi, sayang.

▪▪▪▪
TBC

574 words for this chapter! ❤

heyyo wassup gais! acamane chapter kali ni? put rasa lah en, ni chapter yang okay sikit kot haaa. put rasa macam nak lempang-lempang je orangtua tak sedar diri tu 😠 kesian husben put 🙁

haa bagi put okay kot chapter ni. taktahulah untuk readers macamane. if no, sorry tauuu 😭

okay, selamat membaca!💜

Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now