💓 ; 12

776 90 10
                                    

♧•♧•♧

junghaemi's POV


Aku lihat, semakin hari Jungkook semakin pulih. Dia mula bergaul dengan beberapa penghuni pusat rawatan tersebut.

Walaupun masih ada langau yang mungkin tidak berpuas hati dengan kecomelan yang Jungkook ada, namun aku memberitahunya agar membiarkan apa yang mereka ingin katakan.

Jungkook hanya mengikut apa yang telah aku cakapkan. Dia abaikan suara-suara negatif itu lalu menyapa suara-suara yang positif sahaja.

Perkara yang lebih membuatkan aku lega dengan perubahan Jungkook ialah dia mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian bersama keenam-enam orang jejaka yang sentiasa menjadi tulang belakang Jungkook termasuk Doktor Kim.

Idea ini asalnya datang daripada Namjoon. Dia lah yang bercadang untuk menubuhkan satu band di situ selepas saja Jungkook memberitahu mereka yang dirinya amat gemar dalam bidang muzik.

Aku terima semuanya asalkan ianya terbaik buat Jungkook.

Buat waktu sekarang ini, mereka bertujuh sedang mencipta sebuah lagu hanya mereka saja yang tahu.

Sejak dari itu, aku sering melihat Jungkook akan membawa sebuah buku nota dan pen kemana-mana saja dia pergi. Katanya hendak mencari ilham.

Tak mengapa lah, kalau itu yang dia mahukan. Biar lah dia lakukan.

end of haemi's POV

° ° °

"Awak tak tidur lagi?"

Haemi menegur Jungkook yang masih tekun menulis di meja yang terletak bersebelahan dengan katilnya.

Jungkook hanya menggeleng perlahan lalu menyambung semula menulis.

"Awak tulis apa tu? Boleh saya tengok? Hehe."

Baru saja Haemi ingin membaca Jungkook terus menutup buku notanya. Bibir Jungkook tersungging senyuman lebar melihat Haemi yang sudah mula memuncungkan mulutnya.

"Awak selalu tak bagi saya tengok. Awak kutuk saya dalam diary awak eh?" Haemi mula serkap jarang.

"Mana ada! Kook tengah tulis lirik lagu ni. Nanti bila dah siap, Haemi dengarlah Kook nyanyi!" kata Jungkook sambil diselangi dengan tawa.

Malas hendak bertikam lidah dengan Jungkook, Haemi mengambil keputusan untuk melelapkan mata kerana masa sudah berganjak ke pukul 11 malam.

Tak ada gunanya minta banyak kali kalau jawapannya masih sama, kan? Buat habis air liur je.

Selimut tebal yang menjadi alas tidurnya itu dibetulkan sebelum meletakkan badannya di atas alas tersebut.

Seperti biasa, Haemi akan tidur di atas lantai manakala Jungkook akan tidur di atas katil. Bukan Jungkook tak suruh dia tidur di atas, namun Haemi lebih selesa untuk tidur di bawah.

Otak Jungkook masih ligat memikir ayat apa yang sesuai untuk diletakkan pada lirik lagunya nanti.

Tiba-tiba, muncul soalan yang sentiasa berlegar di ruang fikirannya itu. Setiap hari dia ingin bertanya namun seringkali terlupa.

"Erm, Haemi...Macam mana--"

Jungkook berpusing ke belakang dan melihat Haemi sudah pun tertidur. Dengkuran kecilnya juga turut terdengar.

Jejaka itu hanya tersenyum kecil. Niatnya dilupakan semula lalu menyambung berfikir perkara yang berkaitan dengan lagunya.

Nanti-nanti je lah tanya. Esok masih ada kan?

▪▪▪▪
TBC

448 words for this chapter!❤

heyyo gais! ni put gigih ni nak habiskan ff ni HAHAHAHA. kalau boleh nak habiskan sebelum hari Isnin ini.

nanti takdela pikir masa bila nak update ff en? so kalau chapter ni tak best, maafkan put 🙏 put tengah racing nak habiskan ni HAHAHA.

okay, selamat membaca!💜

Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now