💓 ; 03

1.2K 178 109
                                    

♧•♧•♧

Pondok kayu yang cantik terukir seni flora pada tiangnya menjadi tempat Jungkook melabuhkan punggung sambil menikmati angin petang yang menenangkan.


Anak matanya mengikuti setiap langkah penghuni-penghuni yang berjalan ke sana dan ke sini dengan wajah yang penuh ceria.

Ada yang menanam pokok bunga, potong rumput dan melakukan aktiviti berkebun yang lain.

Melihat aktiviti yang dilakukan oleh penghuni tersebut, ianya mengembalikan ingatan Jungkook kepada mendiang emaknya yang turut minat dalam berkebun.

Dulu, rumahnya dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok bunga yang ibunya tanam. Tapi selepas wanita itu pergi, semua bunga tersebut dibuang oleh Puan Soo.

Bila teringat semula apa yang telah ibu saudaranya lakukan pada dirinya, persaan benci mula menyelinap dalam hati Jungkook.

Dia tahu, wanita itu hanya berpura-pura di hadapan emak semasa dia masih hidup di dunia. Semua tu sebab emak ada harta yang ayah tinggalkan untuk keluarga kecilnya sebelum ayah pergi buat selamanya.

Tch.

"Kau...budak baru ke?"

Jungkook berpaling saat bahunya ditepuk dan dirinya disapa oleh lelaki yang mula melabuhkan punggung di sebelahnya.

Dia hanya mengangguk kecil.

"Apa masalah kau sampai kena duduk sini?" soal lelaki itu dengan sedikit dingin.

Namun, Jungkook tidak memberi respons terhadap soalan yang diutarakan lelaki tadi. Dia terus memandang penghuni lain yang sedang melakukan kerja.

Lelaki itu mengeluh perlahan.

"Aku duduk sini dah lama." ujar lelaki itu.

Bicara yang dilontarkannya seolah-olah ingin bercerita tentang kisah hidupnya kepada Jungkook.

Anak mata coklat milik Jungkook beralih memandang figura di sebelah yang sedang duduk sambil memandang kawasan sekeliling.

"Aku kemurungan. Sampai tak ada orang yang hiraukan aku. Tak ada sesiapa yang sokong impian aku sampaikan aku rasa depress yang teramat sangat. Family aku sendiri hantar aku kat sini."

Lelaki itu berhenti sekejap sebelum menyambung semula bicaranya yang masih belum tamat.

"Mula-mula aku ingat family aku anggap aku gila sebab dia hantar aku kat sini. Rupanya aku salah. Hidup aku lagi tenang di sini daripada dunia luar yang penuh dengan ketidakadilan tu."

Jungkook masih setia menjadi pendengar yang tidak berbayar buat lelaki itu. Mungkin dia ingin melepaskan apa yang terbuku di hatinya setelah sekian lama.

"Makin lama aku duduk kat sini, makin banyak benda yang aku pelajari. Aku bahagia. So conclusionnya, aku nak kau ubah mindset kau kat sini bukan tempat orang gila."

Jari telunjuk lelaki itu dituding ke arah penghuni lain yang duduk di pusat rawatan tersebut.

"Aku dan orang-orang kat sana tu semuanya orang baik yang tersakiti. Jiwa kami terseksa. Tapi sebenarnya kami normal. Jadi, jangan anggap semua di sini adalah orang gila. Arra?" pinta lelaki itu.

Jungkook memandang sekilas wajah lelaki tersebut sebelum diiringi dengan anggukkan kecil.

"By the way budak, nama kau siapa and umur kau berapa?"

"Jeon Jungkook. 22 tahun."

Lelaki berambut coklat gelap itu mengangguk faham tatkala Jungkook memberitahu nama dan umurnya.

"So, aku hyung kau lah. Nama aku Min Yoongi. 26 tahun. Selamat berkenalan."

Lelaki berkulit putih pucat itu mengukirkan senyuman manis sehingga menampakkan gusi merahnya.

Yoongi memeluk bahu Jungkook sambil tersenyum. Jungkook memandang Yoongi yang mampu menjadi ceria dan gembira.

Tali persahabatan mereka mula terjalin bermakna Jungkook tidak lagi kesunyian dan bersendiri kerana dia sudah punyai insan yang ada di sisinya.

Kalau Yoongi hyung boleh lawan semua kesedihan yang dia alami, kenapa aku tak boleh?

▪▪▪▪
TBC

529 words for this chapter!❤

heyyo gais! put update hehehew.

put sebenarnya taktahu ff ni shortstory ke longstory sebab...entahlah...depends laa.

so, okay ke hambar? if hambar, maafkan put. seriesly langsung tak berniat 😕

selamat membaca!💜




Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now