💓 ; 14

778 92 21
                                    

♧•♧•♧

"Bos! Bos!"

Teriakan daripada beberapa orang terdengar dari dalam rumah banglo tiga tingkat yang diduduki oleh Puan Soo.

Wanita yang sedang leka menonton televisyen sambil memakan popcorn pantas berlari dan membuka pintu.

"Apa benda lah yang kecoh kat luar tu?! Orang nak layan Netflix pun tak senang!" Puan Soo memaki perlahan agar suaranya tidak dengari sehingga ke luar.

Selepas saja pintu dibuka, di hadapan pintu pagarnya terdapat semua pekerja yang setia bekerja di restorannya itu.

Lelaki yang bertubuh sedikit gempal dan memegang posisi sebagai chef itu memandang Puan Soo dengan mimik wajah yang garang.

Puan Soo mula gerun melihat wajah satu per satu setiap pekerjanya. Wajah yang bagaikan mahu menelannya hidup-hidup.

"Err, a-ada apa ni? Hari ni kan hari Ahad. Kamu semua lupa ke? Ha ha ha." Puan Soo ketawa palsu.

Dia tidak berganjak daripada terus berdiri di hadapan muka pintu rumahnya.

"Bos! Gaji kami mana?! Dah tiga bulan tak bayar! Kelmarin kata nak masukkan duit gaji! Tapi tak ada pun!" marah lelaki tersebut.

"Sabarlah, Ju Deon! Awak ingat saya kerja cetak duit ke? Nanti dah ada duit saya bank-in lah kat awak semua!" balas Puan Soo.

Semakin tajam mata Ju Deon menikam mata Puan Soo. Kecil besar kecil besar saja dia melihat Puan Soo yang tidak mengambil peduli hal gaji mereka.

"Mana boleh macam tu bos! Kami ada family! Kalau tak ada duit, kami nak makan apa?! Nak suruh kami makan pasir ke?!" tanya salah seorang pekerja perempuan pula.

Beberapa pekerja yang lain mengangguk laju tanda mengiyakan apa yang kawan sekerja mereka cakapkan.

Puan Soo mengeluh kasar. Rambutnya digaru sehingga menjadi sedikit serabai. Mereka ini memang mengganggu waktu rehatnya.

"Balik lah dulu! Nanti naik kerja saya inform lah pasal gaji tu!"

"Ah, tak boleh! Yuran sekolah anak saya semua tertunggak! Bagi kami duit sekarang!" potong Ju Deon. Kemarahannya memuncak.

"Sebelum aku panggil security untuk heret korang semua pergi, baik berambus!" ugut Puan Soo. Dia sudah mula memegang telefon bimbit di tangan.

"Kami tak kisah lah! Sebelum kami kena heret dengan security, jangan pula bos dulu kena heret dengan pihak polis! Kami boleh buat report! Nanti ada yang meringkuk dalam tiang besi!" Ju Deon tidak mahu mengalah. Ugutannya itu membuatkan Puan Soo terkedu.

Bagaimana kalau mereka betul-betul melaporkan hal itu kepada pihak polis?

"Eh, err j-jangan lah macamtu. Benda boleh settle elok-elok kan? Haa...err...nanti saya masukkan duit dalam akaun bank awak semua." suara Puan Soo sedikit bergetar.

Siapa tak kenal Ju Deon, kalau lelaki tersebut dah marah, segala benda boleh jadi.

"Bos punya nanti macam Putri si kentang tu menunggu Jungkook BTS melamar dia je! Sembang lebat! Sama macam bulu hidung bos!" maki Ju Deon sebelum mereka semua menghilang dari kawasan rumah Puan Soo.

Dia cakap apa?

Bulu hidung aku lebat?

Ey, dasar tak guna lelaki gemuk!

Puan Soo masuk semula ke dalam rumah dan pintu dihempas dengan kasar. Makin serabut kepalanya.

Sudahlah tiada duit buat masa sekarang ni, dipaksa pula membayar gaji pekerja yang sudah tiga bulan tertunggak itu.

Macam-macam betul masalah datang. Naik gila aku dibuatnya.

▪▪▪▪
TBC

506 words for this chapter!❤

hehehew gais! update lagiiii!

haa put nak tanya ni, readers semua berada di pihak yang mana?

Ju Deon vs Puan Soo ?

put di pihak Jungkook, eheheheh. maaf ye kalau hambar dan tak best 🙁

okay, selamat membaca!💜

Unforgotten | JungkookOnde as histórias ganham vida. Descobre agora