💓 ; 16

796 93 21
                                    

♧•♧•♧

Puan Soo sudah mula serabut. Terlalu banyak benda yang harus dia fikirkan. Sekarang ini duit di dalam akaun bank miliknya semua telah habis.

Otaknya buntu memikirkan di mana lagi mendiang kakaknya menyimpan harta peninggalan mereka suami isteri dulu.

Dua hari yang lepas, restoran Puan Soo sudah ditutup sepenuhnya kerana bayaran sewa yang sudah terlalu banyak tertunggak.

Begitu juga dengan bil telefon. Yang tinggal kini hanyalah telefon yang tiada function. Handphone canggih, tapi internet tak ada. Sebab apa? Tak bayar bil.

Walaupun Puan Soo dalam keadaan sesak sekarang ini, namun dia telah melunaskan gaji bekas pekerja di restorannya meskipun dengan bayaran yang tidak penuh.

Dia terpaksa berbuat demikian kerana bimbang Ju Deon akan membuat laporan polis. Dia tidak mahu duduk di tempat hina itu sedangkan dia punya tempat berteduh yang gah ini.

Duit gaji yang diberikan kepada mereka itu adalah hasil gadaian segala koleksi barang-barang kemas yang ada pada Puan Soo.

Baki duit yang tinggal juga tidaklah banyak. Selebihnya digunakan untuk makan dan minum bagi terus menyara hidup.

Fikirannya bercelaru. Puan Soo amat tertekan buat masa sekarang ini. Hidupnya yang dulu dirasakan senang kini sudah beralih arah. Dia terasa hidup ini sangat susah.

Otaknya mula tidak berfungsi dengan waras. Dia terus berlari ke dapur dan mencapai sebilah pisau lalu keluar dari rumah.

Kaki dilangkah menuju ke rumah Puan Ahn. Wanita itu sedang leka menyiram pokok bunga tanpa menyedari Puan Soo sudah ada di belakangnya.

Tanpa membuang masa, Puan Soo terus menarik Puan Ahn dan mengunci leher wanita itu supaya dia tidak terlepas. Pisau diletakkan berhampiran dengan leher wanita itu.

"Hey, S-Soo! Kau buat apa ni?!" jerit Puan Ahn dengan cemas.

Menggeletar seluruh tubuh badannya saat melihat pisau tajam itu yang berada sangat hampir dengan batang lehernya.

"K-Kau mesti tahu kan kat m-mana Jeon letakkan semua d-duit dia? Huh?" Puan Soo menyoal Puan Ahn dengan suara yang cukup menakutkan wanita itu.

Kepala digeleng laju. Puan Ahn gigih hendak melepaskan diri namun pegangan Puan Soo terlalu kuat.

"T-Tak! Aku tak tahu! Sumpah demi Tuhan!"

"Tipu! K-Kau rapat dengan dia...m-mustahil dia tak bagitahu kau?" Puan Soo berbicara bagaikan orang sudah tiada kewarasan.

"Rapat tak s-semestinya semua perkara perlu dibagitahu! Lepaskanlah!"

"Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak bagitahu aku!"

Wajah Puan Ahn berkerut menahan sakit. Dia berharap agar suaminya cepat pulang kerana dia merasakan nyawanya akan hilang bila-bila masa sahaja di tangan Puan Soo.

"Kalau a-aku tahu pun, kau n-nak buat a-apa dengan duit tu hah?!"

Seketika kemudian, Puan Soo tertawa. Tawanya yang kedengaran sungguh sinis dan mengejek.

"Buat apa? Aku nak buat apa? Aku nak jadi kaya balik lah, bebal! Sekarang ni aku dah miskin!" Puan Soo menjerit betul-betul di tepi telinga Puan Ahn.

"Aku d-dah cakap kan, karma itu wujud! Segala perkara b-buruk yang kau telah buat p-pada Jungkook kini memakan diri kau balik!" kata Puan Ahn.

Semakin kuat lagi tangan Puan Soo mencengkam leher wanita itu.

"Jangan sebut nama budak gila tu! Aku benci dia!"

Puan Ahn mula menangis. Sakitnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dia seolah-olah tidak mampu bernafas.

"L-Lepaskan lah aku, Soo!"

"Lepaskan? Oh, b-boleh. Tapi lepas aku b-bunuh kau lah HAHAHAHA! Aku akan ambil semua duit kau dan aku akan jadi kaya balik!"

"Tolonglah, Soo! Jangan bunuh aku!" Puan Ahn merayu dengan semahu-mahunya.

Pisau itu semakin dekat dengan kulit Puan Ahn lalu mula menyentuh leher wanita itu.

"Haih, kau terlambat! Nyawa kau pun dah sampai--"

"Hey, perempuan gila!"

Manusia bila dah kaya, dia juga boleh jadi bodoh.

▪▪▪▪
TBC

593 words for this chapter!❤

maaflerrr terspam update HAHAHAHA tengah gigih ni eheheh. emo la bila type chapter ni. banyak naw maki Puan Soo.

so, if tak okay maafkan put ya? 🙏

okay, selamat membaca!💜

Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now