💓 ; 02

1.4K 182 69
                                    

♧•♧•♧

Bilik berwarna putih bersih yang dilengkapi dengan sebuah katil, almari serta tandas menjadi tempat tinggal Jungkook buat masa kini.

Sudah sebulan dia menjadi tetamu di sini. Namun dirinya masih sama, sentiasa memerap diri di dalam bilik tanpa berjumpa dengan penghuni lain di situ.

Saban hari, dia mengisi masanya dengan meratapi kepergian ibu yang tercinta. Kadangkala dia ketawa tatkala bayangan ibunya menjengah pada pandangan mata.

Penghuni di pusat rawatan tersebut semuanya baik belaka. Apa yang Jungkook sangkakan tentang insan di sini semuanya salah sama sekali.

Mereka tak gila. Tak meroyan. Tak berbicara seorang diri.

Tapi mereka terus melakukan aktiviti yang mereka sukai seperti biasa seolah-olah mereka itu orang yang normal.

Telinga Jungkook menangkap bunyi pintu biliknya dibuka oleh seorang pegawai pusat rawatan tersebut.

Tersungging sebuah senyuman di bibir wanita itu.

"Kook, mari makan. Semua orang dah tunggu tu." pelawanya sambil melangkah mendekati katil yang Jungkook duduki.

Jungkook memalingkan wajahnya lalu menukar posisi duduknya dengan memeluk kedua-dua pahanya.

Wanita itu yang seakan sudah biasa dengan perangai manja Jungkook terus memujuk jejaka itu dengan lemah lembut.

"Kenapa ni? Kook tak lapar ke? Nanti makanan habis." ujar wanita itu.

Tangannya menepuk perlahan bahu kiri Jungkook. Jejaka itu tidak membalas dan hanya berdiam diri.

Wanita itu mengeluh perlahan.

"Kook sayang mak tak?" wanita itu memulakan pertanyaannya pada Jungkook.

Wajah jejaka itu berkerut lalu menjeling wanita yang sentiasa tersenyum memandangnya sejak hari pertama dia tinggal di sini.

"Anak mana yang tak sayang mak?" dingin saja suara Jungkook menjawabnya.

"Baik. Kalau begitu, kenapa Kook seksa diri sendiri? Kook nak tahu tak, walaupun jasad emak Kook dah tak ada, tapi dia sentiasa memerhatikan Kook di atas sana. Dia akan bahagia bila Kook tersenyum dan ketawa. Tapi bila Kook sentiasa muram, jauhkan diri dari orang sekeliling, Kook rasa dia bahagia ke risau tengok Kook macam ni?"

Penjelasan wanita itu sedikit sebanyak meruntun sekeping hati milik Jungkook. Dia amat sensitif bila seseorang itu bercakap mengenai ibunya.

Pipinya mula dibasahi dengan air mata.

"Jawab soalan noona, Kook. Apa yang emak Kook rasa bila Kook jadi orang yang pasif macam ni?"

Tangisan Jungkook mula berlagu. Wanita itu memahami dugaan yang ditanggung Jungkook. Tiada apa yang dia mampu lakukan selain berusaha untuk membuat Jungkook gembira di sini.

"M-Mak mesti risaukan K-Kook." teresak-esak Jungkook menjawab pertanyaan wanita tersebut.

Wanita itu tersenyum lebar tatkala mendengar jawapan Jungkook.

"Betul tu. Jadi, kenapa Kook jadi macam ni? Tak kesian pada emak ke?"

Jungkook mengangguk kepalanya dengan laju.

Ibu jari wanita tersebut mengesat air mata Jungkook daripada terus mengalir di pipi jejaka itu.

"Jom makan. Lepas tu, noona bawa Kook jalan-jalan tengok kawasan kat sini."

Tangan Jungkook ditarik lembut oleh wanita tersebut. Jungkook hanya menurut dan tidak membantah apa-apa.

Kakinya ikut melangkah ke mana wanita itu pergi membawanya.

Dia tidak mahu emaknya risau akan dirinya di sana.

Mak, jangan risau tau. Kook baik-baik je kat sini.

▪▪▪▪
TBC

474 words for this chapter!❤

heyyo gais! lama naww put berdiam diri di dunia oren ni tanpa mengupdate apa-apa pun kan HAHAHAH. busy ler awoknya.

hm, put tahu walaupun tak ramai orang yang nak baca tapi put nak jugak update. tapi kekadang put perlukan sangat vote, comment daripada readers demi menyemangatkan put untuk terus update :(

insyaAllah, put akan cuba habiskan ff ni supaya ianya tak terbengkalai lama.

so how? okay ke hambar?

jemput baca!💜

Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now