💓 ; 09

962 119 59
                                    

♧•♧•

Dua orang lelaki yang memakai pakaian serba putih itu menunduk hormat di hadapan Haemi lalu membuka sebuah pintu yang besar bagi membolehkan Haemi masuk ke dalamnya.


Haemi masuk ke dalam kawasan yang menjadi tempat tinggalnya setelah sekian lama. Tempat yang sudah bagaikan rumah buat orang-orang yang baik budi pekertinya semasa mereka hidup di dunia.

Apa namanya? Hah, syurga!

Tempat itu berubah sedikit demi sedikit. Ia menjadi satu tempat yang cantiknya tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Dengan pakaian rasmi Seoul Psychiatric Hospital yang masih tersarung pada tubuh genitnya, Haemi tanpa mengambil peduli pantas mencari seseorang.

Wanita yang duduk di bangku sambil memandang ke arah air terjun yang jernih itu menjadi sasaran Haemi.

"Puan Jeon!"

Wanita itu pantas menoleh ke belakang seraya Haemi memanggil namanya selepas berhenti di belakangnya.

"Ah, Angel Haemi! M-Macam mana dengan anak saya?!"

Puan Jeon memandang Haemi bagi menanti jawapan daripada gadis itu. Haemi memberikan senyuman kecil lalu menarik perlahan tubuh Puan Jeon agar wanita itu duduk semula.

Nafas panjang ditarik sebelum memulakan bicaranya.

"Jungkook okay, tapi..."

Bagai ada sesuatu yang menghalangnya untuk memberitahu kepada Puan Jeon tentang perkara sebenar.

"K-Kenapa?"

"Jungkook melakukan cubaan untuk bunuh diri. Dia mengelar pergelangan tangannya menggunakan pisau lipat. Saya pun tak tahu dari mana dia dapat benda tu."

Puan Jeon sudah mula menangis apabila terkenangkan apa yang anaknya lakukan di dunia. Hati wanitanya terlalu risau akan keadaan Jungkook.

Kedua-dua tangan Haemi digenggam erat oleh Puan Jeon. Sinar mata wanita itu menampakkan bahawa dia meletakkan harapan yang tinggi pada Haemi untuk menjaga Jungkook.

"Angel Haemi, t-tolong saya. Jagakan anak saya. Dia perlukan seseorang untuk sayangi dia macam mana saya sayangkan dia. Tolong saya." rayu Puan Jeon. Tangan Haemi dibawa ke bibirnya lalu dikucup lama.

Haemi yang melihat wanita itu mula merasa sebak. Sebelah tangannya mengusap perlahan lengan Puan Jeon.

"Saya janji akan--"

"Angel Haemi..."

Belum sempat Haemi menghabiskan ayatnya, ada satu suara yang memanggil namanya. Gadis itu terus saja mencari gerangan yang memanggil namanya tadi.

Di belakangnya berdiri seorang wanita yang memegang jawatan sebagai ketua bidadari perempuan.

"Archangel nak jumpa kamu." beritahunya. Haemi terpaksa akur dengan suruhan wanita tersebut lalu meninggalkan Puan Jeon di situ.

Selepas saja dia dibawa ke kediaman archangel yang dimaksudkan oleh wanita itu tadi, Haemi terus ditinggalkan oleh wanita itu.

Dia berjalan sehingga tiba di hadapan makhluk yang bertubuh agak besar dengan sayapnya yang lebar berwarna putih.

"Macam mana hidup kamu di dunia?" suara garau milik Sandalphon itu menyapa gegendang telinga Haemi.

Archangel, satu-satunya malaikat utama di syurga itu yang diberi nama Sandalphon. Dia juga menjadi perantaraan antara manusia dan Tuhan. Segala doa yang manusia panjatkan menjadi tugas Sandalphon untuk menyampaikannya pada Tuhan.

"Semuanya baik saja."

Sandalphon hanya mengangguk kecil.

"Kamu telah gagal dalam ujian yang pertama. Manusia itu cuba untuk membunuh diri. Ingat, kalau dia mati kamu akan dicampakkan ke dalam dunia neraka." pesanan tegas yang diberikan Sandalphon itu membuatkan Haemi mula gerun.

Dia tidak mahu dicampak ke dunia jahat itu.

"Maafkan saya." Haemi tunduk menekur lantai.

"Kamu tinggal lagi satu peluang saja. Buat manusia itu bahagia. Tapi ingat! Lepas saja dia gembira, kamu diangkat semula ke atas langit." kata Sandalphon lagi.

Haemi mengangguk faham tanda tiada sebarang bantahan yang dibicarakan oleh Sandalphon tadi.

"Baiklah, sila keluar."

Wah, menghalau!

Gadis itu mengeluh lemah. Dia takut sekiranya dia tak berjaya mengubah Jungkook, nanti dia akan dihukum.

Sebelum Haemi turun semula ke dunia, dia berbual sekejap dengan Puan Jeon. Beberapa nasihat dan pesanan yang wanita itu berikan padanya demi mengubah hidup seorang Jungkook.

Cepatlah habis tugas ni. Tak suka betul tengok orang yang selalu sedih ni.

° ° °

Hari sudah larut malam. Semua penghuni di situ sudah pun berada di alam mimpi. Tak terkecuali juga Jungkook.

Wajahnya tenang sangat. Mungkin dia sedang berehat daripada terus memikirkan kesedihannya itu.

Satu kucupan lembut Haemi hadiahkan buat Jungkook pada pipi jejaka yang sedang lena itu.

Bukan kucupan kosong, namun ianya kucupan yang membawa seribu harapan buat Jungkook.

Semoga awak bergembira, Kook. Tolonglah, jangan bersedih lagi.

▪▪▪▪
TBC

656 words for this chapter ! ❤

satu je ayat put untuk chapter ni ;
"apa yang aku merepek ni hah?"

maaflah ya sayangku sekalian 🙏 put nak try buat scene fantasy tu tapi put rasa macam tak menjadi je HUWAAA 😭 penuh sangat dengan kemerepekan!

maaf sekali lagi maaf sangat-sangat kalau ianya terlalu hambar ! 😭🙏

okay, selamat membaca!💜

Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now