HY : 3

1.1K 112 10
                                    

Jungkook dan Chan Mi serentak melangkah masuk ke dalam ruang bilik suram itu. Mereka menunduk hormat pada semua ahli Black dragon yang lain.

"Anyeong..maaf lambat.  Jalan jem. " ujar Jungkook seraya duduk.

Chan Mi turun ikut duduk di sebelah jejaka itu.  Mata mata yang lain menatap tajam ke arah mereka.

"Jalan jem? Jangan buat alasan.  Kau tu kalau drive main langgar je semua traffic light. Tah celah mana jemnya. " balas Mr Jeon, bapa Jungkook.

Dia sudah faham benar dengan sikap si anak. Jalan jem itu cuma alasan semata mata.

"Err... Hehe. " belakang leher di garu seraya tersengih.

Jungkook menjeling tajam ke arah Chan Mi. Jika bukan sebab bergaduh tadi,  mungkin mereka sempat tiba awal waktu.

"Sudah. Alang alang semua dah ada kat sini.  Baik kita teruskan perjumpaan kita." putus Granpa, datuk mereka berdua.

Lelaki yang rambutnya hampir separuh beruban itu duduk di kerusi utama. Wajahnya serius tiada riak. Dialah ketua Black Dragon yang digeruni dan dihormati ramai.

Jungkook terus berubah serius. Begitu juga Chan Mi. Fokus mereka tertumpu kepada lelaki tua itu.  Menunggu apa yang ingin disampaikan.

Ahli ahli puak Black Dragon yang lain turut memberikan perhatian sepenuhnya pada ketua mereka.

"Minggu depan,  ada satu kerja yang kita kena buat.  Ianya besar besaran.  Dan kita akan berkerjasama dengan puak Golden Scars untuk tumpaskan The Kim's. " katanya tegas.

Terkejut Chan Mi sebaik mendengar berita itu.  The Kim's,  adalah salah satu kuasa besar yang sama taraf dengan puak mereka.  Dan ianya merupakan musuh ketat mereka sejak berabad dulu.

Jika apa yang dikatakan granpa benar berlaku,  maksudnya mereka akan berperang besar.

"Jadi, apa strategi kita?  Puak The Kim's bukan sebarangan. Kedudukan mereka kukuh. Lebih lagi,  sekrang anak lelaki mereka dah balik dari luar negara. Makin kuat kuasa mereka bila Kim Namjoon dan Kim Seokjin bergabung." kata salah seorang dari mereka.

Chan Mi hanya mampu mendengar. Dia tidak boleh menyumbang apa apa idea sekarang. Berita ini datang secara mengejut dia tidak bersedia.

"Kim Namjoon dah balik?" soal granpa tiba tiba berminat.

"Ya. Minggu lepas dia tiba di Korea.  Dan dengar khabar,  The Kim's akan diambil alih oleh mereka dalam masa terdekat ni. Kumpulan tu jatuh sepenuhnya pada Kim Namjoon dan putera sulung mereka, Kim Seokjin."

"Hmm...cepat betul mereka bertindak.  Macam tahu tahu je rancangan kita. Tak apalah, buat masa sekarang, aku nak semua fokus pada misi kali ni. Jatuhkan The Kim's dan balas semula apa yang mereka dah buat pada kita dulu. " Kata granpa dengan tegas.

Sudah tiba masanya Black Dragon keluarkan taring yang selama ini disimpan.  Dendam lama perlu dibalas bila masanya sudah tiba.

________________________________________

"Diam je?  Kau okay tak? " tegur Jungkook.

Wajah sepupunya itu direnung lama. Selepas sahaja pertemuan tadi,  Chan Mi langsung tidak bersuara. Dia cuma diam dan terus membuat tugas yang diberi.

"Mood aku tak baik. Jangan kacau. " kata Chan Mi ringkas dan padat.

Dia mula mengira semua senjata api yang bakal mereka guna untuk misi. Pistol pistol yang diimport dari negara jiran itu dipandang sekilas sebelum Chan Mi mengeluh.

"Ada apa apa ganggu fikiran kau ke?" Soal Jungkook lagi.

Chan Mi duduk di kerusi bangku bila penat berdiri. Sebotol air mineral diteguk rakus.  Cuaca di dalam gudang itu agak panas.

"Pasal misi ni, entah kenapa.. Aku macam tak sedap hati." Chan Mi akhirnya mengalah.

Perasaan yang terpendam akhirnya diluah juga. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya setiap kali teringatkan perkara itu.

"Kau jangan risaulah.  Aku yakin kita akan menang. Lagipun, The Kim's memang patut jatuh. Aku akan pastikan mereka hancur.  Aku akan balas dendam demi mama." kata Jungkook.

Chan Mi melihat sayu wajah jejaka itu. Dia tahu Jungkook masih berdendam sehingga hari ini.

Apa yang telah The Kim's lakukan memang teruk. Ianya meninggalkan kesan yang dalam pada dia dan Jungkook.

"Kalau aku tak terlambat,  mungkin mama masih hidup sekarang ni. Mak ayah kau pun mesti masih ada dengan kita. " sambung Jungkook semula setelah lama berdiam.

"Jangan cakap pasal ni lagi. Aku taknak ingat.  Memori tu sangat menyakitkan. " balas Chan Mi seraya berpaling ke tepi.

Dia cuba sembunyikan air mata yang bergenang dari pandangan Jungkook.  Setiap kali soal itu dibuka,  Chan Mi menjadi sangat sensitif.

The Kim's adalah dalang yang terlibat dalam pembunuhan ibu Jungkook dan kedua ibubapa Chan Mi.

Kejadian itu berlaku hampir 10 tahun yang lalu dimana mereka masih mentah dan tidak tahu apa apa.

Dan sejak itu, Granpa yang menjaga mereka berdua. Ketua Black Dragon tidak mahu cucunya menjadi sasaran musuh.  Setelah kehilangan menantu dan anak perempuan,  dia tidak sanggup menanggung kehilangan lagi.

Musuh sentiasa memerhati dan nyawa cucu cucunya sentiasa dalam bahaya.

"Hahaha.. " tiba tiba Jungkook ketawa.

Berkerut dahi Chan Mi dengan reaksi pelik lelaki itu.

"Kau apesal?"

"Takdela.. Aku teringat waktu kita kecil dulu. Waktu kita kena marah sebab takut nak pegang pistol. Tak silap aku, itu first time kita berlatih menembak." Jungkook tersenyum lebar bila terkenangkan peristiwa itu.

Peristiwa yang menyebabkan dia dan Chan Mi terjebak dalam dunia gelap ini.

"Em...granpa marah sangat waktu tu sebab kau menangis teruk gila. Kau kata kau taknak bunuh orang la apa lah.Tapi sekarang, huh.. Kaulah yang paling setan. " balas Chan Mi bila teringatkan kenangan lalu.

Dulu,  Jungkook lah yang paling penakut.  Semua benda dia tak mahu buat.

Berlatih menembak tak mahu,  belajar berenang tak mahu.

Harap saja anak lelaki,  tapi penakut ya amat!

"Heh, itu Jeon Jungkook yang lama. Aku yang dulu bukan yang sekarang.  Dulu ditendang, sekarang ku yang menendang. " Jungkook tersenyum penuh lagak.

Chan Mi mencebik bibir bila menyampah.

Tapi apa yang dikatakan Jungkook memang betul. Kalau dulu dia si penakut,  tapi sekarang tidak lagi.

Lelaki itu berjaya membesar menjadi seorang yang kuat dan gagah. Bertanggungjawab walaupun kadang kadang tidak pernah serius dalam kerja.

Cuma, satu sahaja sikap Jungkook yang Chan Mi kurang berkenan.

Lelaki itu tiada belas kasihan.Lebih lagi jika berhadapan musuh. Jungkook bukan seorang yang memberi peluang kedua.

Jika niatnya ingin membunuh, maka tiada peluang mangsa itu akan hidup. Merayu lah macam mana pun. Jungkook tidak layan.

Berbeza dengan Chan Mi, dia hanya akan membunuh jika darurat sahaja.  Seperti kes Silver Snake tempoh hari.

Itu menjadi darurat kerana gudang mereka di Busan telah diceroboh dan separuh dari kawasan mereka telah dirampas.

Anak anak buah Black Dragon juga ramai cedera dan ada yang mati disebabkan serangan mengejut Silver Snake.

"Esok,  kita ada kerja penting kena buat. Kau ikut aku eh. Aku perlukan bantuan kau. "

Lamunan Chan Mi terpadam bila Jungkook bersuara.

"Kerja apa?"

"Granpa bagi tugas baru dan ini ada kaitan dengan Silver Snake." balas Jungkook.

Chan Mi mengangguk setuju. Lagipun, Silver Snake memang target utamanya sekarang.





√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now