HY : 30

873 97 15
                                    

"Makan makanan berkahsiat setiap hari. Pastikan rehat cukupnya.  Ouh, dan satu lagi. Sebolehnya,  tolong kurangkan pergerakan. Lebih lagi aktiviti lasak.  Kalau boleh jangan buat langsung." jelas doktor yang bertugas. Tangannya masih sibuk menulis laporan pesakit. Sesekali cermin mata dibetulkan.

Chan Mi mengangguk faham.  Segala nasihat doktor muda itu disimpan kemas dalam kepala.  Sesekali betis yang berbalut dikerling. Nampaknya sakit melecur semakin berkurang.

"Ermm..." Taehyung disebelah tak senang duduk.  Ada satu soalan ingin dia tanya. Nametag di coat putih doktor itu dibaca sekilas. Lagi senang nak tanya kalau dah tahu nama.

"Doktor Kang Hanmin, Tae nak tanya satu soalan boleh?" teragak agak dia bersuara.

"Tanyalah. Apa dia?

"Kakak Tae dah boleh balik kan?  Tae rindulah bila kakak tak ada kat rumah." kata Taehyung perlahan seraya menunduk.

Dia rasa malu bila terlepas cakap. Sudahlah Chan Mi tersengih mengejek di sebelah.  Lagilah bertambah malunya.

"Aigo...cutelah awak ni. Ya,  kakak Tae dah boleh balik rumah hari ni. Kakak Tae dah tak sakit dah cuma perlu banyakkan rehat je.. " penuh ramah doktor muda ini membalas.  Langsung tidak kekok melayan Taehyung.

Chan Mi berdehem kuat. Panas pula hatinya dengan perbualan dua orang manusia itu.  Seolah dia tidak wujud di sini.

"Okaylah kalau tak ada apa apa,  kami balik dulu lah.  Terima kasih doktor sebab jaga saya kat sini." Chan Mi  bingkas berdiri lalu menunduk hormat sebelum terus menonong keluar.

Taehyung cebik bibir dengan perangai gadis itu. Huh, cemburu lah tu! Apalah, orang nak borak sikit pun tak boleh.

"Erk.. Doktor Hannim terima kasih tau sebab jaga kakak. Tae pergi dulu eh.. Byebye! " beg mengandungi ubatan Chan Mi dicapai.

Taehyung berlari keluar. Dari jauh, kelihatan Chan Mi sedang berusaha keras untuk menuruni anak tangga. Muka gadis itu berkerut cuba mengerakkan kaki.

Tanpa buang masa, Taehyung terus berlari mendapatkan Chan Mi. Sudahlah baru keluar hospital, nanti tak pasal masuk wad balik.

"Kakak,  kenapa tak tunggu Tae?" lengan Chan Mi dipegang lembut.

Terkalih Chan Mi jadinya.  Dia mencebik kecil.

"Buat apa nak tunggu. Tae kan seronok sangat borak dengan doktor tadi.  Tahulah doktor tu cantik.. Mentang mentanglah kakak tengah sakit,  tak sempat nak berlawa. Tae buat tak nampak je kan.." bebel Chan Mi tanpa memandang Taehyung.

Sengihan kecil terbentuk di bibir. Wajah masam Chan Mi direnung lama. Hati Taehyung rasa nak meletop dengan kecomelan gadis itu. 

"Kakak... "  perlahan pipi Chan Mi disentuh. Mata keduanya kini bertatapan.

"Kakak tahu tak,  kakak comel sangat bila cemburu macam ni. Eeeee!!  Geramnya!!  Comel sangat!! " kini kedua pipi gadis itu dipicit kuat.

"Argh!! Sakitlahh Taehyung!! " terjerit Chan Mi jadinya. Tangannya naik ingin menampar kepala lelaki itu.  Kurang asam betul. Orang tengah sakit hati bukan nak pujuk.

Namun tingkah Chan Mi terhenti bila tiba tiba tubuhnya  ditarik kuat dan tanpa kata Taehyung terus menyatukan bibir mereka.

Tergamam Chan Mi dengan tindakan mengejut lelaki itu. Terasa tangan kekar Taehyung melilit kemas pinggangnya. Merapatkan lagi jarak antara mereka.

Jantung Chan Mi berdegup kencang. Lebih lagi bila ciuman Taehyung mula beralih.  Kini lehernya pula menerima ciuman lelaki itu.

"T..Tae.. Lepass.. " Chan Mi rasa tak selesa bila lehernya masih menjadi mangsa ciuman lelaki itu. 

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang