HY : 45

1K 100 38
                                    


"Pasang bahan letupan pada semua tempat yang kita dah rancang. Pastikan semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Aku nak Hotel Rock Bison hancur malam ni jugak. " tegas Jungkook memberi arahan. 

Dahinya berkerut hebat sambil membaca document di tangan.

"Baik bos. Malam ni juga anak buah kita akan bertindak. Bos tak perlu risau.  Kalau tak ada apa apa, saya keluar dulu." pamit orang kanan Jungkook.

Pemergian lelaki itu dihantar dengan pandangan mata.

Jungkook lepaskan keluhan berat. Carta kewangan milik Syarikat Silver Snake dipandang lama.  Ada sesutu yang membuat dia hairan.

"Hmm....banyak jugak profit yang berjaya Silver Snake dapat dalam masa setahun." jeda Jungkook sendiri bila membaca angka yang tertulis.

Helaian seterusnya diselak. Dia tersenyum sinis sebaik membaca data yang tercatat pada sekeping kertas itu.

"Bwo? 'Internasional bisnes yang kami usahakan telah berjaya naikkan kemasyuran syarikat kami'.. " satu persatu Jungkook membaca apa yang tertulis dalamnya.

Jungkook ketawa kecil lalu berdecit.

"Tch! Agak agaklah nak menipu pun. Internasional bisnes konon. Bodoh punya Silver Snake, ingat aku tak tahu ke aktiviti keji korang yang sebenar."

Jungkook menggeleng perlahan. Data dalam document itu semuanya palsu. Segala maklumat yang tercatat hanyalah untuk mengaburi mata manusia dari perkara sebenar.

Padahal kebenarannya, tidak selari dengan apa yang berlaku di realiti.

Silver Snake berjaya mendapat kedudukan ketiga dalam carta syarikat yang paling berjaya di ibu kota. Tapi, itu semua hasil dari kerja kotor yang mereka buat secara rahsia.

Hotel Rock Bison

Siapa yang tidak tahu? Inilah hotel paling mewah dan berklas tinggi di Seoul.

Hotel 7 stars yang merupakan milik Silver Snake.  Salah satu aset paling berharga bagi puak itu kerana hotel inilah yang menjadi penyumbang besar pada kekayaan yang dimiliki Silver Snake pada hari ini.

Namun jangan tertipu pada luarannya. Realiti tidak seindah itu. Secara rahsia,  Silver Snake menjalankan aktiviti kotor dalamnya tanpa sesiapa menyedari.

Perjudian, pelacuran dan jual beli manusia bagi tujuan hamba sek*. Berjuta juta wang ringgit berjaya diperoleh dari aktiviti kotor itu.

"Tch..jadi tak hairanlah kalau puak kau kaya raya. Tapi semuanya hasil duit haram." bisik Jungkook sendiri sambil melihat satu persatu gambar gambar yang berjaya anak buahnya ambil.

Semuanya gambar bukti kerja kotor yang menjadi permainan Silver Snake selama ini.

"Tak lama lagi, puak kau akan tumbang. Aku akan hancurkan semua rancangan korang selama ni.  Aku akan balas balik apa korang cuba buat. Berani kau pujuk granpa untuk jual adik aku pada Yakuza? Berani kau permainkan maruah adik aku? Huh..kau akan menyesal.  Sangat sangat menyesal.. " mata Jungkook berubah merah.

Urat lehernya timbul. Sekeping gambar yang terdapat dua manusia dalamnya ditatap tajam.

"Granpa... " tutur Jungkook bila melihat wajah tua itu di dalam foto.

"Dasar pengkhianat...aku tak sepatutnya percayakan kau dari dulu. Kau memang ular. Dasar orang tua tak guna.. Aku tahu,  kau yang bunuh mak aku dan kau juga yang bunuh mak ayah Chan Mi! "  air mata Jungkook menitis setitik.

"Kenapa? Kenapa kau buat kami macam ni?  Kau besarkan kami agar kami jadi hamba untuk kepentingan kau! Masih layakkah kau digelar manusia selepas apa yang dah buat? Granpa...kau besarkan aku agar aku jadi binatang. Kau tunggu,  binatang ni akan datang pada kau satu hari nanti." senyuman sinis terbentuk.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt