HY : 34

806 99 8
                                    

Chaerin ketap bibir cuba menahan geram dengan insan di hadapannya ini. Perangai lelaki itu betul betul mencabar kesabarannya.

"TAKNAK PERGI TADIKA!!! CHIM NAK JUMPA TAE!  CHIM NAK MAIN DENGAN DIA!! "

Jeritan Jimin bergema kuat memecah keheningan pagi.  Dia masih berkeras tak mahu keluar dari rumah. Pintu pagar dipegang sekuat hati.  Seinci pun dia tak mahu bergerak dari situ.

Chaerin picit kepala yang mula rasa nak meletop. Dia mula rasa nak mengamuk.  Mereka sudah lambat untuk ke tadika, Jimin pula waktu macam ni nak buat perangai.

"Sayang,  please jangan buat hal sekarang. Kita dah lambat ni, nanti balik tadika pun kita boleh jenguk Tae. Dia tak lari ke mana pun.. " pujuk Chaerin penuh sabar.

"Takmau! Chim tahu nanti Chae tak bawak pun Chim pergi sana. Macam haritu,  Chae tipu.  Kata nak melawat Chan Mi,  tapi alih alih Chae bawak Chim pergi balai polis pulak. Dahlah abang polis tu garang!  Dia pandang pandang Chim. Chim benci! " beg galasnya dibaling ke lantai menunjukkan protes.

Jimin peluk tubuh lalu merengus kuat.  Masih segar di ingatannya dengan apa yang telah berlaku.

Chaerin pejam kedua mata serapat mungkin.  Nafas ditarik dalam dalam cuba menenangkan hati yang makin panas.

Wajah Jimin dipandang sekilas lalu beg galas yang tersadai di lantai Chaerin ambil.  Dia bergerak ke kereta.

"Masuk. Sekarang. " arah Chaerin tegas.

"Orang cakap taknak! Taknak lah!" bentak Jimin tak puas hati.

"Sayang,  please. Chae taknak marah marah. Masuk dalam kereta sekarang. Tolonglah bagi kerjasama.. "

Jimin diam. Dia merengus kasar. Dengan sebal dia mengatur langkah. Bibirnya dicebik geram bila dipaksa masuk ke dalam kereta.

Chaerin lepas nafas lega bila Jimin mula beri kerjasama. Pintu kereta ditutup rapat sebaik Jimin masuk. 

Selepas mengunci pintu rumah,  Chaerin bingkas masuk ke tempat pemandu.  Engin kereta dihidupkan.

Jimin di sebelah masih begitu.  Tidak bercakap walau sepatah.

Beg tangannya dicapai lalu telefon bimbitnya diambil. Nombor Chan Mi pantas didail. Tidak sampai beberapa saat,  panggilan bersambung.

"Hello Chan Mi, I need your help. " ujar Chaerin seraya menjeling sekilas ke arah Jimin.

_________________________________________

"Dengar cakap cikgu tau, jangan melawan.  Be a good boy,  belajar betul betul dan banggakan kakak." ujar Chan Mi seraya menyikat rambut lebat Taehyung.

Beberapa minit tadi,  dia mendapat panggilan dari Chaerin. Katanya Jimin buat perangai tak mau ke tadika,  jadi Chaerin minta kebenarannya untuk jemput Taehyung bersama mereka.

Chan Mi tiada masalah.  Taehyung pula lagilah suka. Bersemangat dia bersiap untuk ke tadika bersama Jimin.

"Kakak jangan risau.  Tae janji takkan buat perangai.  Tae akan belajar sungguh-sungguh! " kata Taehyung dengan senyuman petaknya.

"Eleh, yelah tu. Belajar sungguh sungguh konon,  padahal kau yang banyak main kat sana." tiba tiba Jungkook mencelah perbualan mereka. Lelaki itu berjalan selamba keluar dari dapur dengan secawan teh herba ditangan.

"Huh, hyung ni sibuk je.  Tae tak cakap dengan hyung pun." Taehyung menjeling tajam.

Jungkook tersengih suka. Seronok betul dia menyakitkan hati jejaka itu.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now