HY : 41

1K 105 36
                                    

Streeet!!!

Tayar kereta berdecit kuat bila brek kecemasan ditekan.

"Yah! Taehyung,tunggu dulu! " Namjoon memekik kuat bila Taehyung terus keluar dari kereta.

Taehyung berlari laju ke laman rumah.  Dia perlu cepat.  Apa apa sahaja boleh berlaku jika dia lambat. Sebaik sahaja terputus talian dengan Seokjin, mereka terus memecut pulang ke rumah.

Dia yakin ada sesuatu terjadi. Sempat dia dengar jeritan Seokjin di corong telefon sebelum talian mati.

Bang!

Bang!

Bang!

Terhenti langkahnya bila bunyi tembakan kuat kedengaran dari dalam rumah.  Nampaknya ada seseorang sedang melepaskan tembakan secara rawak. 

"Tak....Chan Mi.. " Taehyung tergaman.

Tak mungkin. Tolonglah jangan cakap itu Chan Mi.

"Tae! Apa dah jadi?! " Namjoon yang baru tiba mula cemas.

Jantungnya bagai mahu luruh dek bunyi tembakan kuat itu.

"Hyung,  Tae rasa Chan Mi dah sedar.  Dan mungkin dia tengah mengamuk kat dalam. " bisik Taehyung.

"Bwo?! Habis tu apa kita nak buat? Haish! Macam mana raksasa tu boleh terlepas?!  Seokjin hyung ni tak jaga betul betul ke?! " marah Namjoon pula dengan suara yang dikawal.

Mereka perlu rahsiakan kehadiran mereka di sini.  Jika tidak,  mungkin nyawa mereka juga dalam bahaya.  Chan Mi kalau dah mengamuk tak boleh dibuat main. Namjoon mengaku,  sebenarnya dia memang ada rasa takut pada gadis itu.

"Shush!  Jangan bising! Kita kena rancang sesuatu kalau tak-"

Gedegang!!!

Terkejut mereka jadinya bila tiba tiba pintu utama rumah terbuka luas bila ada seseorang terpelanting keluar. Hampir roboh pintu ukiran kayu itu jadinya.

Taehyung tergamam.  Namjoon terkedu.  Masing masing kaku tidak bergerak bila jasad salah seorang anak buah mereka terbaring lemah di depan mata.

"Ha..habislah kita... " Namjoon teguk liur yang terasa kelat.  Anak matanya bergetar hebat bila susuk Chan Mi kelihatan perlahan keluar dari rumah.

Taehyung cuba mengatur nafas bila matanya bertentang dengan mata tajam gadis itu.

Chan Mi nampak tidak terurus. Bajunya habis kotor dengan percikan darah.  Nampaknya gadis itu bertungkus lumus melawan anak buah mereka dan dia berjaya survive.

"Ch.. Chan Mi.. " namun kata Taehyung terputus bila tiba tiba gadis itu menghalakan pistol selaras dengan kepalanya dari jarak jauh.

"Yah!  Taehyung! Dia dah gila ke apa?!" Namjoon mula panik. 

Chan Mi nampak nekad untuk membunuh Taehyung. Mata gadis itu tajam merenung tanpa riak. Wajahnya beku tiada reaksi.

Bila bila masa sahaja picu boleh ditekan untuk menamatkan riwayat Taehyung.

"Kakak...ni Tae.. Jebal,  apa kakak cuba buat ni? Janganlah macam ni,  Tae takut.." Taehyung mula memainkan peranan.

Dia kembali menjadi Kim Taehyung yang keanak anakkan. Dia perlu memujuk Chan Mi untuk bertenang.

"Tae?" Chan Mi tersedar.

"Ya kakak.. Ni Taehyung. Kakak dah tak sayang Tae ke?  Kenapa kakak nak bunuh Tae? " kata Taehyung lagi dengan suara yang dikecilkan.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now