HY : 27

855 104 23
                                    

"Chimmy ah!!!!! "

"Taehyung ah!!! "

Turun saja dari kereta,  Taehyung terus berlari laju ke arah Jimin.

Jimin juga tak mahu kalah,  bukan main teruja bila nampak Taehyung sampai. Terus ditinggalkan Chaerin sorang sorang.

"Wahhhh Chim!!! Akhirnya dapat pun jumpa Chim!!" Taehyung peluk kemas tubuh lelaki itu.

"Eheheh kita rindu Tae!!! " balas Jimin yang berada dalam pelukan Taehyung. Bukan main gembira dua orang jejaka itu bila berjumpa.

Chan Mi menggeleng dengan telatah mereka.  Bukan main bahagia nampak.

"Anyeong Chae! " tangan diangkat  menyapa Chaerin dari jauh.  Kelihatan gadis itu sedang membersihkan kawasan tempat mereka akan dirikan khemah nanti.

"Hey Chan Mi! Wah,  tak sangka.  Sampai juga orang jauh ni." Chaerin tersenyum mesra. Gembira dia melihat pasangan itu tiba.

"Bawalah barang barang ke sini. Semuanya dah sedia..tinggal buka khemah je nanti. " kata Chaerin.

"Ouh okay okay.. " Chan Mi angguk faham.  Bonet kereta dibuka.

Di suatu sudut,  dua orang kanak-kanak ini masih tenggelam dalam dunia masing masing. Soal lain tidak dipedulikan lagi.

"Tae happy sangat dapat camping dengan Chim. Dapatlah kita main sama sama sampai lebam. Kan Chim kan?  Lagipun, duduk kat rumah tu bosan lah,  tak ada apa nak buat." kata Taehyung membuatkan Chan Mi menoleh laju ke arah lelaki itu.

Wah!  Tak agak agak nak mengutuk.  Cara bercakap macam dia kena kurung dalam penjara.  Bosan konon.

"Hehe... Chim setuju! Chim duduk kat rumah pun bosan.." balas Jimin semula dengan bibir dicebik.

Chan Mi julingkan mata dengan perbualan jejakas 'istimewa' itu. Wajah Taehyung dijeling.

Amboii bukan main tersengih lebar jejaka itu. Mentang mentang dah jumpa geng. Bukan main eh.

"Jimin, sini kejap.  Tolong Chae angkat barang barang ni. Kejap lagi kita nak pasang khemah dah. " panggil Chaerin yang sedang membuka bonet kereta.

"Okay cayang!  Chim on the way ni! " laung Jimin kuat.

"Tae, kita pergi dulu eh.  Chae dah panggil tu.  Tae pun pergi la tolong kakak Tae.  Cian dia kena angkat semua tu sorang sorang. " Jimin acukan bibirnya ke arah Chan Mi.

"Okay! Kita berpecah. Tapi nanti kita gabung balik tau,  Tae ada banyak story nak cerita kat Chim! " sempat Taehyung berpesan sebelum Jimim berlari ke arah Chaerin.

Tanpa buang masa,  Taehyung terus mendapatkan Chan Mi yang sedang bertungkus lumus mengangkat beg pakaian mereka keluar dari kereta.

"Tae nak tolong." beg dipegangan Chan Mi dirampas.

"Ha,  baru nak datang. Kakak ingat Tae dah lupa kakak kat sini.  Mentang mentang dah jumpa kawan baru. Senang senang macam tu je Tae lupakan kakak.. Yelaa kakak sedar,  siapa lah kakak ni kan.. Siapa lah diri ini.. " Chan Mi pura pura mengelap air mata dengan wajah yang sengaja disedihkan.

"Kakak ni gedik lah." balas Taehyung sakarstik lalu terus pergi ke tapak perkhemahan. Langsung tidak menoleh lagi.

Terkebil kebil Chan Mi jadinya. Mulutnya yang ternganga pantas dikatup semula.

"Wow, arrogant gila...." Chan Mi bagai tidak percaya Taehyung berkata begitu.

"Takpe takpe..jumpa kawan baru kau berlagak dengan aku eh.  Takpe, kau tunggu nasib kau.  Siap kau, aku kerjakan nanti. " Chan Mi menjeling Taehyung.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now