HY : 42

1K 98 70
                                    

"Jeon Jungkook dah mati?  Kau biar betul?! " Yoongi terbangun dari duduk sebaik orang suruhannya memaklumkan berita itu.

"Ya Tuan.  Berita ni sahih. Black Dragon dah dapat surat kematian dan abu mayat Jungkook. Pemakaman akan dilakukan esok. Jadi, Tuan nak pergi ke? "

"Hurm.  Menarik.  Tak sangka Jungkook dah mati.  Aku ingatkan jantan tu hebat sangat.  By the way,  sekarang ni musim corona lah,  kita kena elak dari pergi tempat orang ramai.  Bahaya tau tak. " sempat lagi Yoongi memberi nasihat berkaitan kesihatan.

"Eh,  haahlah.  Maaf Tuan. Saya lupa."

"Erm, pelik Jungkook dah mati.  Habis tu macam mana cucu Black Dragon yang sorang lagi tu?" berkerut dahi Yoongi bila teringat tentang perkara itu.

"Ermm, kalau Tuan nak tahu.  Ada khabar angin mengatakan cucu perempuan Black Dragon berada bawah pengawasan The Kims. Tapi, setakat ni tak ada lagi berita yang sahih. Maybe,  ini cuma khabar angin. " jelas lelaki itu.

Yoongi mengangguk faham.

Jadi, nampaknya Chan Mi cuba bersembunyi yaa? Masih tak mahu tunjukkan diri walaupun Jungkook dah mampus?

"Ah!  Apa apa jelah!  Malas aku nak fikir pasal puak tu. Petang ni aku nak kau aturkan perjumpaan aku dengan Kim Namjoon.  Ada benda penting aku perlu bincang dengan dia. " arah Yoongi tegas.

"Baik Tuan."

_________________________________________

"Batalkan perkahwinan kau dengan raksasa tu!  Aku tak restu korang berkahwin! Aku tak restu! " Seokjin membaling kain yang digunakan untuk menuam bengkaknya ke arah Taehyung.

"Hyung! Apa ni? Haritu hyung okay je.  Ni kenapa tiba tiba pulak? " soal Taehyung tak puas hati.

"Kenapa kau tanya aku.  Kau tengok muka handsome aku ni!  Habis cacat dia kerjakan.  Dasar raksasa jadi jadian!  Bukan tu saja,  handphone pink kesayangan aku pun dah hancur dia baling ke dinding! Huhuhu ommaaa fon seokjin...hikss perempuan tu buat... "

Kim Namjoon julingkan matanya ke atas bila Seokjin mula membuat drama. Keluhan berat dilepaskan bila dia mula rasa menyampah dengan si abang.

"Alah,  phone hyung tu kan banyak lagi kat kedai. Beli je lah baru,  apa susah." ujar Namjoon selamba sambil menyapu ubat pada tepi bibir Seokjin yang pecah.

Hmm jujur Namjoon kata. Muka Seokjin memang hodoh saat ini.  Dengan penuh lebam lebam kebiruan,  kedua matanya yang membengkak macam disengat lebah. Tambah pula dengan bibir yang pecah.

"Hmm hodohlah.  Macam godzila.. " tanpa sedar Namjoon terlepas cakap.

"Bwo?!  Kau cakap apa?!!" naik seoktaf suara Seokjin bila sedar Namjoon mengutuknya.

"Hyung jebal!  Tolonglah berhenti bergaduh! " Taehyung mula picit dahi dengan perangai kedua abangnya ini.

"Ah! Whatever!  Keputusan aku tetap tak berubah! Aku tak setuju kau kahwin dengan raksasa tu. Perkahwinan ni batal.  Hantar dia balik ke puak dia. Aku taknak tengok muka dia lagi. " kata Seokjin dengan keputusan muktamad.

Namjoon hanya diam sambil membuat kerja. Malas dia nak masuk campur. Nanti tak pasal pasal dia pulak yang kena.

"Haish! Tae tetap nak kahwin dengan dia!  Tae tak peduli apa pun keputusan hyung!  Tae tetap nak kahwin dengan Chan Mi dan besarkan anak kami sama sama. " kata Taehyung.  Dia nekad dengan keinginannya.

Kapas yang dipegang Namjoon terlepas jatuh ke lantai dek kerana terkejut dengan berita itu. Seokjin melopong luas.

"A..anak?  Apa maksud kau ni? " soal Namjoon.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Där berättelser lever. Upptäck nu