HY : 7

920 113 2
                                    

"Taehyung.. Nama kita Kim Taehyung.. "

Membulat mata Chan Mi  sebaik lelaki itu mengenalkan diri.

"Tak mungkin. Jadi dia lah anak bongsu keluarga ni yang cacat tu?  Jadi khabar angin tu betul? "

Mata Chan Mi naik memerhati susuk Taehyung yang berpijama dengan corak cartoon.

"ARGHH!!!"

Chan Mi tersentak bila suara Jungkook kedengaran. Bergema jeritan lelaki itu hingga ke tingkat atas.

"Jungkook!" Chan Mi berlari laju keluar dari bilik.

Namun langkahnya terhenti di koridor tangga. Terbeliak matanya bila melihat Jungkook dibelasah teruk oleh seseorang.

Jungkook rebah terbaring dengan lengan yang berdarah.

"Berhenti!!! " Chan Mi terus mengacukan pistop ke arah lelaki itu bila dia cuba menikam Jungkook.

"La.. Lari.. " perlahan Jungkook bersuara seraya cuba bangun.

"Hai si cantik! " sapa lelaki itu dengan sinis.

Chan Mi tergamam bila melihat wajah itu. Tidak menyangka situasi akan berubah.

"K.. Kim Seokjin.. " bisik Chan Mi keras.

Wajah bersih Seokjin direnung tajam.  Lelaki itu tidak sepatutnya ada di sini!

"Wanna have some fun? " jeda Seokjin selamba seraya memusingkan pisau di tangan.

Chan Mi tidak gentar. Muncung pistol disasarkan tepat pada lelaki.  Bila bila masa sahaja picu akan ditekan.

Melihatkan Seokjin yang mula leka,  Jungkook bangkit lalu terus menikam tepat bahu lelaki itu sedalam yang mungkin.

"Arghhh!!!  Sial!! " dia jatuh melutut dengan serangan Jungkook.

Darah mengalir laju dari hasil tikaman lelaki itu yang berjaya membelah bahunya.

"Chan Mi kita kena keluar sekarang!  Masa dah suntuk!"

Jam di pergelangan tangan di pandang sekilas.  Benar kata Jungkook,  masa hanya berbaki 2 minit sahaja sebelum bom yang mereka pasang meletop.

Mereka perlu keluar dari sini sebelum letupan berlaku.  Tiada jaminan nyawa akan selamat jika terkena ledakan bom itu.

"Kau keluar dulu! Aku ada hal kejap!"

"Yah!!  Chan Mi!!! " jeritan Jungkokk tidak diendahkan.

Dia terus berlari masuk ke bilik itu semula. Almari tempat persembunyian Taehyung di tuju.

"Oi, bangun!  Kita kena keluar sekarang! "

"Aniya...Tae taknak!  Hiksss taknak!  Nanti Tae kena bunuh! Omma pesan Tae kena duduk sini diam diam kalau nak selamat. " kata Taehyung seraya teresak kecil.

Chan Mi merengus geram.

Sudahlah masa semakin suntuk! Lelaki ini pulak buat drama yang bukan bukan!

"Keluar sekarang!  Kalau tak, aku tembak kau! " ugut Chan Mi seraya mengacu pistol.

Terus membulat mata Taehyung. Dengan takut takut dia bergerak keluar dari almari.

Wajahnya menunduk ke lantai.  Tidak berani menatap malaikat maut di hadapannya.

"Kaja! Kita keluar dari sini. Jangan risau,  aku ada.  Tak akan ada sesiapa boleh sakiti kau. Aku ada.. " entah bagaimana ayat itu meluncur laju.

Jantung Chan Mi berdegup kuat. Kata kata yang terlafaz tadi semuanya secara spontan.

Ianya..lahir dari sudut hati yang dalam.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz