HY : 19

824 96 1
                                    

"Ughh!! Beratnya!" termengah mengah Chan Mi menyusun beg beg plastik ke dalam bonet kereta.

Boleh tahan banyak juga barang dia beli,  ingatkan sikit je. Haih...takpela sekali sekala. Apa salahnya. Kan?

"Fuh..payahlah macam ni.  Stamina aku dah tak macam dulu. Makan tidur,  makan tidur. Macam mana nak naik stamina badan.  Huh..habislah aku ! Gemuklah macam ni.. Dah tak cantik.  Macam mana nak tackle Taehyung nanti.  Eh! Tiber! " dan itu dia,  Chan Mi mula merepek bukan bukan.

Selepas menutup bonet,  Chan Mi terus masuk ke tempat pemandu.  Enjin kereta dihidupkan.

"Hmm apa agaknya si singa tu tengah buat eh?  Agak agak dia dah bangun ke belumm.. " angka jam di dashboard dikerling sekilas sambil memikirkan Taehyung.

"Ah! Biarlah dia.  Malas pulak nak fikir.  Bukan apa,  lagi difikir lagi rindu!  Aku jugak yang susah nanti! " Chan Mi merengus geram.

Geramlah! Sudahlah Taehyung taknak layan dia baik baik. Garang macam apa je. Asyik asyik baling cawan.  Baling pinggan! Sampai habis pinggan mangkuk dalam rumah tu Taehyung kerjakan.

"Tapi..garang garang pun.  Aku tetap sayang.  Haihh payahlah macam ni.. " kali ni keluhan berat pula dilepaskan.

Chan Mi mencebik setiap kali memikirkan lelaki itu.

Kadang menyampah. Kadang geram. Kadang sayang. Habis bercampur aduk perasannya.  Semuanya gara gara Taehyung.

Chan Mi cepat cepat sedarkan diri.  Dia tak mahu melayan perasaan.  Seat penumpang sebelah dipandang lalu beg plastik yang dia letakkan tadi diambil. Isinya dikeluarkan.

Serentak itu senyuman di bibir Chan Mi mula mekar.

"Harap harap Tae sukalah hadiah ni. Takdelah dia bosan duduk kat rumah. Dari tak buat apa apa,  baik dia luangkan masa dengan belajar." bisik Chan Mi sendirian sambil membelek buku kanak kanak yang baru dibeli.

Sempat dia singgah di kedai buku tadi semata ingin membeli buku baru untuk Taehyung. Hampir 20 buah buku semuanya.

"Harap dia terima hadiah ni. Jangan dia koyakkan sudah." bebel Chan Mi sendiri.

Risau juga sebenarnya.  Buatnya Taehyung tak suka,  siapa nak baca buku buku ni nanti. Dia?  Memang taklah.

Handbreak diturunkan.  Dengan cermat Chan Mi mula menekan pedal minyak.  Keretanya bergerak perlahan menyusur keluar ke jalan besar.

Namun tiba tiba...

Bang!!!

Prang!!

Entah dari arah mana, peluru itu dilepaskan tepat mengena cermin dibahagian penumpang di belakang.  Mujur Chan Mi cekap mengawal stereng kereta dari terbabas.

Brek kecemasan ditekan. Chan Mi menoleh ke belakang, matanya tertumpu pada tingkap keretanya yang sudah pecah berkecai.

"Sial!" berderau darah Chan Mi sebaik sedar sebuah kereta hitam yang sedang mendekati ke arahnya.

Tanpa buang masa,  Chan Mi pantas menekan pedal minyak semula. Kelajuan kereta bertambah membelah jalan raya.

Bang!

Bang!

Bertalu talu tembakan secara rawak dilepaskan.  Dan mereka menyasarkan kereta Chan Mi.

"Argh!  Bodoh!  Siapa diaorang ni! Aishh dahlah aku tak stand by senjata! " Chan Mi merengus geram.

Stereng kereta dipulas ke tepi bagi mengelak berlanggar dengan kereta lain.  Pedal minyak dipijak rapat ke lantai. Jarum meter kereta makin mendadak naik menandakan kelajuan kini di tahap maksimum.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora