HY : 14

858 109 3
                                    

Bam!

Bam!

Bam!

"Taehyung hajima!!!  Berhenti!!! " belakang Taehyung dipeluk sekuat mungkin menghalang lelaki itu dari terus mengamuk.

"Taknak!! Lepas!!! Lepaskan Tae!! "

Dia mula meronta. Air mata bercucuran membasahi pipi. Dengan sekuat tenaga,  tubuh Chan Mi ditolak kuat hingga gadis itu jatuh terjelepok ke lantai.

"Ommaa!!!!" Taehyung kembali menyakiti diri sendiri.

Bam!

Bam!

Bam!

Kepala dihantuk kuat ke dinding sekuat hati. Rasa sakit langsung tidak menghalang lelaki ini. Dia tidak dapat mengawal diri.

"Taehyung ah... "  Chan Mi mula kabur dengan air mata.

Hatinya sakit menyaksikan perkara itu di depan mata.  Taehyung sedang tantrum. Satu syptoms pada golongan autisme dimana mereka akan mengamuk dan bertindak luar kawalan.

Tiba sahaja di rumah,  keadaan Taehyung tidak terkawal. Dia mengamuk dan meronta. Chan Mi sendiri tidak pasti apa yang menyebabkan Taehyung bertindak begitu,  namun ini mesti ada kaitannya dengan tiga jejaka kampung yang membuli Taehyung tadi.

"Tae nak mati!!!  Tae nak ikut omma!  Tae benci semua orang!! "

"Taehyung berhenti!!" sekali lagi,  Chan Mi memeluk kuat tubuh itu.

"Lepassss!!!!! Lepas!!!!"

"Bertenang Tae.. Jangan macam ni.. Jebal.." Chan Mi mula teresak.

"Kenapa semua orang jahat dengan Tae?  Kenapa semua orang kutuk dan hina keadaaan Tae?  Tae tahu Tae tak sempurna.  Tae serba kekurangan!  Tae tak mintak banyak,  cukuplah orang layan Tae sebagai seorang manusia.  Bukannya binatang! "

"Aku minta maaf Taehyung.  Semua ni salah aku,  aku tak patut tinggalkan kau sendiri. Maafkan aku.. "

Taehyung terduduk lemah.  Kepalanya menunduk. Dia teresak perlahan dengan air mata yang masih tiada tanda akan surut.

Hatinya sakit. Apa yang dia lalui hari ini cukup membuat dia terpukul dengan semua hinaan dan cacian. Bahkan bukan itu sahaja,  mereka malah membangkitkan soal ibu.  Satu satunya perkara yang Taehyung cukup pantang. 

Dia tidak sempurna!  Ya dia sedar dia tidak normal seperti orang lain. Tapi dia tak minta semua ni,  dia tak minta dilahirkan serba kekurangan begini dan menjadi bahan ejekan orang.

"Taehyung ahh...maafkan aku.."

Kepala diangkat.  Pandangan mereka bertaut.  Taehyung diam tanpa kata.  Dia memerhati gadis itu yang mengusap perlahan air mata di kedua pipinya.

"Maafkan aku... " tanpa kata,  Chan Mi terus memeluk tubuh Taehyung.

Taehyung terkedu.

"Tolong jangan mengamuk lagi.  Tolong jangan sakiti diri kau lagi. Aku..aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang sakit. Aku minta maaf atas apa aku dah buat. Aku tak patut tinggalkan kau."

Chan Mi sebal. Dia rasa sangat bersalah dengan semua ini.  Dan dia sedar dia lah punca Taehyung menderita seperti sekarang.

Dia sepatutnya melindungi Taehyung. Dia bertanggungjawab atas keselamatan lelaki itu.  Tapi lihatlah apa yang dia dah buat. Dia sendiri memberi peluang kepada dunia yang kejam ini untuk menyakiti lelaki tidak berdosa itu.

"Aku janji, akan jaga kau. Mulai hari ni,  tak akan ada sesiapa yang boleh sakiti kau lagi.  Tiada siapa yang akan hina kau lagi. Melainkan orang tu akan mati.  Aku sumpah dengan nyawa aku Tae,  aku akan lindungi kau sampai hayat aku yang terakhir... Sebab aku sayangkan kau.. " ayat yang terakhir itu disebut perlahan namun jelas didengari Taehyung.

Pelukan terlerai.  Chan Mi renung sepasang mata itu. Suasana antara mereka sunyi. Dia dan Taehyung, dua dua memilih untuk diam.

"Mari...luka kau perlu dirawat."

Taehyung menurut. Perlahan dia berdiri dengan bantuan Chan Mi.  Mereka mengatur langkah ke bilik tidur Taehyung. Bilik mandi dituju.

"Hati hati.. " pesan Chan Mi bila Taehyung melangkah masuk ke dalam tub mandi.

Sebaik Taehyung duduk di dalam tub,  pili air terus dibuka selepas suhu dilaraskan. Air hangat itu mula menyentuh tubuh Taehyung.

Chan Mi melakukan kerjanya tanpa kata. Baju Taehyung dibuka bagi memudahkan air mengena seluruh kulit.

Air mengalir membawa kotoran dari badan Taehyung. Warnanya tidak begitu jernih selepas bercambur dengan tanah dan darah.

Selesai memandikan Taehyung,  Chan Mi pantas membalut seluruh tubuh lelaki itu dengan tuala.

"Nah, baju bersih.  Lepas dah tukar,  panggil aku ya. Aku nak rawat luka kau pulak.  Aku tunggu kat luar, okey." sepasang pijama diletak ke atas katil.

Sempat Chan Mi berpesan sebelum keluar dari bilik.

Taehyung masih seperti tadi.  Langsung tidak bersuara. Namun pesanan Chan Mi jelas melekat di kepala lalu pantas pijama bersih itu dicapai dan disarungkani ke badan.

Dia sendiri pun penat,  matanya sembam.  Dahinya agak benjol kerana dia mengamuk tadi.  Tambah lagi dengan lebam lebam dibadan kerana dibelasah.  Semua membuatkan dia letih,  terlampau letih untuk bercakap.  Dia cuma mahu berehat.

Taehyung panjat katil lalu berbaring. Matanya mula memberat dan tanpa menunggu lama dia terus terlelap.

"Taehyung? " pintu diselak perlahan.  Chan Mi menjenguk ke dalam bila bilik sunyi.

Hampir 15 minit dia menunggu di luar,  namun  langsung tiada tanda dari Taehyung.

"Hmm tertido rupanya..mesti penat mengamuk tadi.." ujar Chan Mi seraya duduk di birai katil bersebelahan Taehyung yang sudah terlelap.

Rambut lebat Taehyung yang menutup dahi diselak perlahan. Chan Mi tersenyum nipis seraya memandang wajah polos itu.

"Mianhaee.. " mata Chan Mi naik memandang dahi bahagian kanan Taehyung. Kawasan itu lebam keunguan.

Kotak fisrt aid yang dibawa,  terus dibuka. Chan Mi mula merawat luka Taehyung.

"Aku janji...mereka akan terima balasannya.. "

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now