HY : 28

819 95 22
                                    

"Ughh...penat.." Chaerin mengeliat kecil. Pinggang yang terasa sengal dibetulkan.

"Letihnya bercamping. Tak sangka guna tenaga banyak macam ni. Tapi seronok!" ujar Chan Mi yang baru melabuhkan punggung di kerusi.

Mereka berdua baru selesai berkemas selepas makan malam. Masing masing kepenatan dengan aktiviti hari ini. Taehyung dan Jimin awal awal lagi dah masuk ke khemah mereka. Tinggallah dua orang gadis ini menguruskan apa yang patut.

"Chan Mi,  awak macam mana?  Okay ke tidur berasingan dengan Taehyung? " soal Chaerin memecah kesunyian antara mereka. Gadis ini tersengih penuh makna.

"A..apa awak cuba cakap ni Chae? Mengarut lah..Jangan cakap benda bukan bukan eh.  Saya tak faham. " berkerut dahi Chan Mi. Lain macam je si Chaerin ni.

"Manalah tahu, kalau orang tu rindu pulak kat kesayangan dia.  Yelah...tidur berenggang kan... " balas Chaerin dengan senyuman meleret.

Muka Chan Mi mula merah padam.  Dia dah faham maksud tersirat gadis itu.  Hish!  Mengarut! Tak ada masa dia nak rindukan si Taehyung.  Dahlah mamat tu kerja cari pasal je dari siang tadi.

Bukan rindu,  menyampah lagi adalah!

"Mana ada! Saya dengan Tae tak pernah tidur sama samalah. Lagipun kami bukan husband and wife untuk buat macam tu. Ish, apa awak ni Chae!  Malulah saya! " Chan Mi tekup muka dengan kedua tapak tangan.

Siot punya Chaerin.  Boleh pulak dia buat lawak hambar tengah malam buta ni.  Kang ada juga kena sekeh kang..

"Elelele, yelaa tu. Malu malu kucing konon,  padahal.. " Chaerin ketawa mengekek tanpa menghabiskan ayatnya.

"Eee! Stop it! Jangan merepek lah. Wah, dah berani cari pasal eh sekarang. Sini kau , meh aku sekeh kepala tu sekali! " Chan Mi bangkit dari kerusi. Lengan baju disinsing ke siku sambil mendekati Chaerin yang masih ketawa.

"Alamak!  Mamazola dah mengamuk! Lari selamatkan diri!! " ketawa Chaerin bergema kuat. Dia bingkas memboloskan diri ke dalam khemah.

"Oii!!!  Jangan cuba lari!  Yah!  Jangan zip khemah tu!!" Chan Mi mula hilang akal bila Chaerin berjaya masuk ke dalam khemah.  Bukan itu saja,  gadis itu malah zip pintu masuk.

Wahhh..geliga betul kepala otak si Chaerin . Pandai dia mempertahankan diri.

Chan Mi garu kepala yang tidak gatal. Kalau dah pintu masuk dikunci, mana dia nak tidur malam ni.

"Chaerin bukak sekarang!!!" jeritan Chan Mi bergema di luar khemah.

"Chae tidur dulu tau.  Mengantuk lah pulak. Byebye! Goodnite! " Chaerin membalas selamba dari dalam khemah.

"Yah!! Jangan main main la Chae! Dahlah luar ni gelap. Bukaklah zip ni sekarang!!!" Chan Mi rasa nak menangis.  Sudahlah tiba tiba terdengar bunyi lolongan anjing, habis meremang romanya.

"Bukak sekarang!!!!! " jeritan Chan Mi bergema lagi.

"Uhuk! Uhuk! Apa benda yang bising bising tu? " Jimin tersedak, gelas minumannya diletak ke bawah. Bibirnya yang basah dilap dengan belakang tapak tangan.

"Ha? Itu?  Ouhh..kalau Chim nak tahu,  itulah suara perempuan bila tengah meroyan malam malam.. " tanpa rasa bersalah Taehyung membalas selamba.

Dia tahu itu suara Chan Mi. Biarlah perempuan tu nak buat apa pun asalkan tak kacau dia dan Jimin.Dia malas ambil kesah,  kad ditangan disusun semula. Permainan mereka akan bermula sebentar lagi.

"Tapi..itu macam suara kakak Tae je.. Dia dalam kesusahanlah,  wonderpets kena tolong.. Ada orang dalam kesusahan.. " Jimin bingkas berdiri menuju ke pintu khemah.  Dia lah wonderpets yang bertanggungjawab menyelamatkan orang dalam kesusahan.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now