HY : 11

877 105 10
                                    

"Ish!  Hangit lagi! Ni dah kali ke 9 telur gulung ni tak jadi! " jeritan geram itu bergema kuat di seluruh ruang dapur.

Di hujung sudut memasak,  kelihatan gadis genit ini sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. Tanpa mengenal erti putus asa,  Chan Mi tidak mengalah!

Separuh dari bahagian telur gulung yang telah bertukar hitam itu cuba digulung dengan teliti.

"Aish..." namun hampa bila gulungan itu pecah!

Tahniah Park Chan Mi!  Anda gagal buat kali ke 9!

"Ugh susah betul lah memasak ni! Semua benda tak kena.  Eeee stress la aku.  Barang dapur pulak banyak dah habis.  Ramyeon pun, tinggal sepacket je.  Mana cukup!  Si Tae tu pulak makan dah lah banyak-"

Dan bla bla bla..mulut gadis itu tidak berhenti membebel. Hari ini, permulaan paginya serba tidak kena. Ada sahaja silap kecil yang boleh membangkitkan isu.

Rumah mendiang ayahnya ini sudah lama ditinggalkan, jadi tidak hairanlah ada serba kekurangan dari barang memasak.

Namun, rumah kayu ini masih dijaga rapi.  Kerana granpa sendiri mengupah orang untuk membersihkan rumah setiap minggu.

Dan selama dua hari mereka menetap disini, ramyeon adalah menu tetap yang wajib Chan Mi masak bagi mengisi perut mereka berdua.

Kerana gadis itu langsung tidak tahu apa apa soal dapur.  Memasak apatahlagi.  Memang out!

"Apa ni bising bising?  Tae nak tido pun tak senang." dengan mata yang terpisat pisat,  Taehyung melangkah ke dapur.

Mukanya masih sembam tanda dia baru saja bangun. Tidurnya tergangu dengan bebelan Chan Mi. 

"Ha ni lagi sorang,  baru nak bangun-" Chan Mi menoleh ke belakang bila suara garau itu menyapa.

Namun matanya terus terbuntang sebaik melihat lelaki itu. Kedua pipinya terus memerah.

"Yah, Taehyung! Kenapa half naked ni? Baju kau mana! Pakai sekarang!! " jeritan Chan Mi bergema.

Pantas dia menutup kedua mata dengan tangan. Tidak mahu melihat lelaki itu. Tercemar sudah kesucian matanya dengan tanyangan percuma dari Taehyung.

Jejaka itu dengan selamba badaknya masuk ke dapur tanpa memakai baju!Mujurlah dia masih berseluar.

Kalau tidak....taktahula nak kata apa.

Taehyung mencebik. Dia menjeling tajam ke arah Chan Mi yang tergedik gedik menutup mata.

Apa masalahnya? Dia tak pakai baju je kot. Seokjin hyung dan Namjoon hyung relax je.  Chan Mi apahal over pulak.

"Yaish! Tunggu apa lagi?  Pergi masuk bilik sekarang! Pakai baju balik! Jangan berani keluar selagi tak pakai!" arah Chan Mi dengan mata masih tertutup.

Dia tak rela membukanya. Hatinya tak kuat dengan semua dugaan ini!

"Kakak ni pelik la.." Taehyung menurut.

Tanpa bantahan,  dia keluar dari ruang dapur.  Bilik tidurnya dituju.

"Eeee budak ni.  Janganlah buat aku macam ni. Aish...mata aku!  Mata aku dah tak suci lagi.. " kedua matanya digosok gosok.

Chan Mi berharap imej Taehyung tidak berbaju tadi dapat dihilangkan.  Tapi bagaikan gam,  ianya masih melekat kuat di ingatan.

Jelas sekali imej itu terlayar!

Selama hidupnya,  hanya badan Jungkook dan Granpa sahaja yang pernah  dia lihat.  Itu pun sebab kadang kadang,  dia perlu rawat luka mereka jika cedera.

"Boleh tahan sexy jugak eh badan dia...tak sangka dia ada abs jugak.." tiba tiba ayat itu meluncur spontan dari bibir Chan Mi.

Terbeliak matanya bila tersedar,  pantas tangan naik menampar pipi sendiri.

"Apa kau merepak ni Chan Mi. Jangan fikir bukan bukanlah! Jangan!  Lupakan semua tu! Lupakan!  Semua ni hanya mimpi!  Ya! Hidup aku bagai mimpi! " terkumat kamit gadis ini memarahi diri sendiri.

Siapa yang tak terkejut, bila pagi pagi lagi sudah dihidangkan dengan pemandangan itu.

Chan Mi tak nafikan.  Taehyung memang memiliki tubuh yang sasa. 

Tak sangka, walaupun lelaki itu 'istimewa' , badannya masih mantop!  Siap dengan pakej ketulan ketulan bar coklat yang tersusun cantik di bahagian abdomen.

Argh!  Jantung Chan Mi berdegup kencang bila terbayang imej Taehyung.

Gila! Dia hampir tergoda!

"Kakak? Apa benda bau hangit ni? " soal Taehyung yang sudah kembali ke dapur.

Dia sudah lengkap berpakaian. Hidungnya kembang kempis mencium bau pelik yang mula memenuhi atmosfera dapur.

"Alamak!  Telur gulung aku!! " terjerit Chan Mi sebaik sedar. Dia lupa tutup api dapur tadi!

Mujurlah Taehyung menegur,  dia sendiri pun tak perasan. Maklumlah hidungnya kekadang tak function. Deria bau dia kurang.

Dengan pantas, Chan Mi terus mengangkat frying pan yang sudah penuh dengan kepulan asap hitam dari atas dapur masak. 

Kelam kabut dia berlari ke singki. Pili air terus dibuka. Frying pan panas itu mula berasap nipis bila disiram.

Terkebil kebil Taehyung jadinya. Gelagat Chan Mi diperhati dengan mata yang tidak berkelip.

Telur gulung  yang sudah rentung dan wajah Chan Mi dipandang silih berganti.

Chan Mi kekal diam. Dia beku seketika.Terkejut!  Dia hampir membakar rumahnya sendiri!

Perlahan Chan Mi berpaling ke kanan bila seseorang berdiri di sebelahnya. Siapa lagi kalau bukan lelaki itu. 

Wajah Taehyung dicari dan mata mereka bertatap seketika.Masing masing diam. Tidak bersuara.

"Breakfast?" dengan senyuman petak,  Taehyung memecahkan suasana hening itu.

"Breakfast kepala kau!  Ini semua kau punya pasal bla bla bla...."

Dan ketahuilah pada pagi itu, insan bernama Kim Taehyung ini kenyang bersarapan dengan bebelan Chan Mi yang tiada kesudahan.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now