HY : 50

1K 97 35
                                    


"Ouch, doctor! Sakitlah!  Perlahan lah sikit. Apalah, nak rawat orang macam nak cari gaduh. Jangan pandang rendah pada saya eh, ingat sikit saya ni legend tau. Silver Snake tu tumbang pun atas jasa saya." Seokjin mengaduh sakit bila bibirnya yang pecah dirawat.

Berkerut kerut jejaka tampan ini menahan perit. Sempat lagi dia membelek mukanya di cermin.  Sesekali dia mencebik sedih dengan keadaan lebam yang masih belum surut.

"Haih...dia dah mula dah. Hiraukan dia doktor.  Jangan layan orang tak betul ni. " Namjoon menjeling tajam.

"Yah! Apa kau cakap? " Suara seokjin bergema.

"You heard me, bro. Dah lah hyung, baik kau diam. Suara kau tu bising tau tak.  Kasi sengat baru tahu.. " Namjoon selamba berbaring semula ke katil.

Dia memejam mata membiarkan nurse merawat lukanya. Namjoon hanya tenang membiarkan pihak hospital menjalankan tanggungjawab mereka.

Masuk hari ini, sudah dua hari mereka ditahan hospital. Mujurlah masing masing tiada kecederaan serius.

"Nampaknya keadaan awak berdua dah semakin baik,  kalau tak ada apa apa masalah.  Esok awak dah boleh keluar. " kata doktor yang bertugas sambil mencatat rekod.

"What? Eh, cepatnya. Saya tak setuju!  Doktor tengok muka saya ni.  Lebamnya masih tak surut. And no way saya nak keluar dengan muka macam ni. Macam mana dengan peminat saya nanti? Mereka mesti sedih kalau keadaan saya macam ni.  Oh no, my faceu! " Seokjin laju membelek mukanya di cermin.

"Doktor, hospital ni ada sediakan pistol tak? Boleh saya pinjam untuk bunuh lelaki ni? " pinta Namjoon bila  tembok sabarnya makin runtuh

"Yah! Apa kau cakap?!!!"



___





"Awak okay? "

Jungkook terus menoleh sebaik suara itu menyapa.  Dia tersenyum nipis melihat Doktor Hanmin masuk ke dalam wadnya.

"Nae..sa..saya okay. Ermm maaf sebab menyusahkan doktor. " Jungkook tunduk. Sesekali jarinya bermain dengan selimut.

Dia rasa bersalah kerana menyusahkan doktor muda itu. Gara garanya, Doktor Hanmin terpaksa  ke Seoul untuk memeriksa keadaannya memandangkan dia masih dalam pengawasan doktor itu.

"Aniya..saya faham Jungkook.  Tak perlulah awak jelaskan. " Doktor Hanmin memulakan tugas.

Dia memeriksa kecederaan Jungkook lalu merekodnya.

"Nasib baik luka awak tak apa apa. Risau betul saya kalau jahitan di abdomen awak terbuka. Okay,  sini saya nak ambil periksa degupan jantung.." alat itu diletak pada dada Jungkook.

Doktor Hanmin agak terkejut. Degupan jantung Jungkook kedengaran kuat.

"Wah, jantung awak sihat betul! Kuatnya dia berdegup. Sepanjang saya periksa pesakit saya tak pernah-"

"Doktor.. "  terputus kata gadis itu bila Jungkook dengan berani memegang lembut tangannya.

Doktor Hanmin tergamam. Perlahan matanya mencari wajah Jungkook.  Jantungnya berdegup kencang bila mata mereka bertaut.

"Doktor, saya ada soalan."

"Uh? Nae, apa dia Jungkook?"

"Doktor dah berpunya? " Jungkook tatap dalam sepasang mata bundar itu.

Jelas gadis itu terkejut dengan soalannya.

"Ermm, setakat ni saya masih single. Masih tak terikat dengan sesiapa.  By the way, kenapa awak tanya? "

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz