prolog

11.4K 441 44
                                    





"How it start? Here."





SEMUA mata kini tertumpu kepada Cikgu Alvian yang sudah berdiri di atas pentas sambil memegang rotan tebal miliknya.

Lihat dari air mukanya yang agak keruh itu saja sudah dapat mengagak yang ketua guru disiplin itu dalam keadaan bad mood.

"Selamat pagi semua." Sapa Cikgu Alvian dingin. Sapaannya disambut lambat lambat oleh para pelajar. Suasana dataran SMK Mega Sri sunyi. Rata rata sudah mengunci mulut dari mengeluarkan sebarang suara.

"Hari ini saya nak tunjuk muka pelajar pelajar yang sudah memalukan nama sekolah kita."

Semua pelajar sudah berbisik sesama sendiri sebelum rotan tebal milik Cikgu Alvian berbunyi.

"Diam!" Mendengar sahaja arahan Cikgu Alvian membuatkan rata rata pelajar diam.

"Nama yang saya panggil ni bangun berdiri atas pentas sekarang!" Arah guru itu tegas.

"Izran Rafael bin Norizam , 4PA2."

"Afif Zairil bin Hilman , 4PA2."

"Azrie Fikri bin Zulhadi , 4TP."

"Naufal Shah bin Nazarul , 4SN2."

Keempat empat nama pelajar yang disebut tadi sudah berdiri dan berjalan naik ke atas pentas. Mata tua Cikgu Alvian mula meliar mencari seseorang.

"Naufal Shah , mana sepupu kamu?" garang suara lelaki itu menyoal salah seorang pelajar lelaki yang ada di atas pentas itu.

Pelajar lelaki itu menggaru tengkuknya kekok.

"Err Rayyan dia...." pelajar lelaki yang bernama Naufal itu memandang seseorang yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dataran. Naufal merengus. Jam ditangan dikerling. 8:15 pagi.

Mata guru itu laju memandang gerangan yang menjadi tumpuan Naufal tadi. Dia menggelengkan kepala sebelum mula bersuara.

"Rayyan Haider Yeong. Bangun naik atas pentas sekarang." arahnya tegas. Pelajar lelaki yang dimaksudkan itu hanya membuat muka kosong sambil meletakkan begnya di barisan kelas.

Serta merta mata Sofia memandang gerangan yang kini berjalan ke atas pentas itu.

Tapi bertambah pelik Sofia bila rata rata pelajar mula bertepuk tangan. Semua mata rata rata sudah tertumpu pada pelajar lelaki itu.

"Stop! Siapa suruh tepuk tangan? Tak perlu tepuk! Ini bukan satu contoh yang perlu dibanggakan kamu semua!" suara guru lelaki itu kian memetir. Kini suasana di tapak perhimpunan berubah sunyi. Rata rata pelajar sudah mengunci mulut.

"Jadi , seperti yang kamu semua lihat, pelajar pelajar di hadapan saya ini. Bukan pelajar contoh. Saya ulang , bukan pelajar contoh."

"Semalam , saya tangkap mereka merokok di dalam kawasan sekolah!"

"Sungguh memalukan ye!" mata Cikgu Alvian memandang mereka sambil menggelengkan kepalanya.

Sofia mengabaikan bebelan Cikgu Alvian di atas pentas. Matanya memandang salah seorang pelajar lelaki yang di gelarkan 'Rayyan Haider' itu.

Handsome!




KAKI  yang sedang berlari laju mengelilingi padang sekolah mula perlahan bila matanya menangkap kelibat seseorang.

Sekarang merupakan masa pendidikan jasmani. Sofia senyum lebar memandang lelaki yang sedang bermain bola di tengah tengah padang.

Kulit sawo matang , kening cantik terbentuk , anak mata berwarna coklat cair , bulu mata yang lebat dan lentik , hidung mancung dan bibir tipis milik lelaki itu Sofia tenung.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now