5

2.9K 194 36
                                    

KACA mata hitam yang berada di pangkal hidungnya dibetulkan. Naufal di sisi dikerling sekilas sebelum mereka bersama-sama mengorak langkah masuk ke rumah yang kini dipenuhi dengan orang ramai.

Baru beberapa hari lalu dia berjumpa dengan wanita separuh abad yang sudah dianggap seperti neneknya sendiri. Namun kini , wanita itu sudah pun dipanggil menghadap Ilahi.

Nenda disahkan meninggal dunia tengah hari tadi. Katanya berpunca dari serangan jantung yang tiba tiba menyerang wanita itu.

Jejak saja kakinya pada rumah itu , matanya tertancap pada satu tubuh halus yang sedang menangis teresak-esak di sisi sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa yang hanya dibaluti kain kafan.

Matanya kelihatan bengkak dan sembap. Sungguh , melihat keadaan Sofia begitu buat Haider merasa lemah.

"Assalamualaikum." Haider memberi salam sebelum kaki mula melangkah mendekati tubuh nenda yang kini kaku tanpa sebarang pergerakan. Dia sudah terlewat datang sebenarnya. Selepas menerima berita tentang kematian nenda , dia mahu segera ke sini. Namun tanggungjawab yang dipikul menghalang niatnya.

Semua mata kini jatuh memandang Haider. Namun tidak pada Sofia. Dia masih teresak sambil memeluk tubuh kaku di hadapannya.

Elfira mengusap lembut belakang tubuh Sofia. Cuba memberi sedikit kekuatan. Rata-rata disitu melemparkan pandangan belas pada Sofia. Kasihan.

"Sofia , diaorang nak kebumikan nenda kau sebelum hujan turun." Beritahu Elfira sambil memegang bahu Sofia lembut. Memandangkan cuaca agak mendung hari ini , jenazah perlu dikebumikan dengan segera.

"El , aku nak nenda..." Adu Sofia. Elfira tersenyum kelat , makin menebal rasa kasihan pada Sofia.

"Fia , kau tak boleh macam ni. Kau kena redha dengan pemergian nenda. Mesti arwah pun tak suka tengok kau macam ni." Elfira memujuk. Bahu Sofia diusap lagi , lembut.

"Dah. Bagi dioarang kebumikan nenda , ya?"

Dengan berat hati Sofia akur. Perlahan , Sofia mula berdiri. Namun memandang tubuhnya terasa lemah sekejap saja tubuhnya yang hampir rebah dipaut Elfira.

"Ya Allah Fia. Kau okay tak ni? Kalau tak larat kau tak payah ikut pergi kubur. Aku risau. Badan kau lemah sangat ni Fia." Tegah Elfira gusar. Dahinya berlapis-lapis , jelas dia khuatir dengan keadaan Sofia yang masih lemah.

"Tak nak , El. Aku nak pergi.. aku nak hantar nenda.." Pinta Sofia lemah. Sungguh , saat ini. Tubuhnya terasa lemah. Tidak pernah terbayang dek akal dia akan kehilangan nenda , wanita yang sejak dulu membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Dia kehilangan tempat bergantungnya , tempat mengadu , tempat dia bermanja. Sungguh , saat ini Sofia terasa hilang semangat hidup. Jiwanya seolah-olah dibawa nenda bersama.

"Fia.." Kata-kata Elfira dipintas seseorang.

"No Halena. Aku tak benarkan kau pergi dengan keadaan kau macam ni?" Tegas.

Pap!

Jantung Sofia berdetak laju. Halena? Nama yang tidak pernah digunakan orang lain selain ..

Haider.

Ya , Haider.

Serta merta peristiwa lima tahun lalu kembali terlayar semula. Sakit , ditinggalkan tanpa ada alasan yang kukuh. Sakit ditinggalkan setelah berjaya membuatnya benar-benar jatuh cinta pada lelaki itu. Sakit ditinggalkan dengan pelbagai masalah yang dicipta lelaki itu.

Masih segar dalam ingatan Sofia. Segala tamparan dan hinaan yang dilemparkan oleh orang ramai terhadapnya dulu. Segalanya kembali terputar dalam kotak ingatan. Semua orang memandangnya serong dan mencemuhnya dengan kata-kata kesat. Semua itu di tempuh seorang diri tanpa lelaki itu. Walhal semuanya berpunca daripada lelaki itu sendiri. Lelaki yang amat dia cintai.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now