15

3.3K 215 60
                                    

WAJAH Medina dipandang tajam. Nafas dihembus kasar. Kepala kembali digeleng. Rasanya sudah masuk tiga kali dia menolak pelawaan Medina.

"Alaaa , Fia.. kejap je lah!" pujuk Medina lagi , tidak mudah mengalah. Lengan Sofia digoncang berkali-kali.

"Aku tak nak lah Dina. Aku tak pernah pergi tempat tempat macam tu. Aku tak biasa lah!" tolak Sofia geram. Wajahnya berkerut nipis. Enggan bersetuju dengan kehendak Medina. Dengan imejnya yang bertudung , apa kata orang nanti?

"Sebab kau tak pernah pergi lah kau kena pergi Sofia." ujar Medina lagi.

"Kau faham tak aku tak biasa? Dah lah parents aku baru meninggal. Tak kan diaorang baru meninggal aku dah pergi tempat tempat macam tu?" bidas Sofia kegeraman. Rasanya tidak manis dia pergi berkunjung ke kelab malam selepas baru kehilangan kedua ibu bapanya. Namun Medina sedari tadi tidak mudah mengalah. Buat Sofia rimas!

Mana tidak? Sedari tadi Medina memaksanya untuk hadir pada sambutan hari lahir Rafael pada hujung minggu nanti. Sudah lah dia dan Rafael sekarang tidak bertegur sapa. Terbit juga rasa bersyukur dengan tindakan Haider tempoh hari , sekurang kurangnya tidak lah dia terus-terusan diganggu Rafael. Rimas dibuatnya!

"Come on lah Fia. Parents kau dah nak dekat tiga bulan meninggal. Baru apa nya?"

Entah kenapa kata-kata Medina kedengaran sedikit keterlaluan. Baru Sofia ingin bersuara Medina terlebih dulu bersuara.

"Plus , kau sendiri cerita kau ada gaduh dengan Raf masa tu kan? Sampai dia tak tegur kau langsung sekarang? Ha masa ni lah kau kena jernihkan keadaan." beria-beria Medina memujuk. Hairan.

"For what? Aku lagi suka dia tak tegur aku." balas Sofia selamba. Betul kan? Buat apa nak dijernihkan hubungan mereka?

"Kau ni , cuba lah kesiankan sikit si Raf tu. Kau dah buat macam macam tau dekat dia. Simbah dia guna hot chocolate , tampar dia , malukan dia depan orang ramai. Tapi tengok lepas apa kau buat dekat dia. Dia still datang dekat aku tanya khabar kau , ambil berat pasal kau. Pujuk kau even kau layan dia nak tak nak. Kau tak kesian ke dekat dia?"

Sofia mengeluh.

Kasihan? Sudah tentu ya. Sofia bukan seorang hati kering. Dia masih merasa kasihan dan mudah jatuh kasihan pada orang. Tapi..

"Aku tak nak bagi dia apa-apa harapan Medina. Kau tak faham."

"Aku bukan buta untuk faham apa yang Rafael harapkan dari hubungan kami." double meaning. Bodohlah dia kalau tidak mengerti bahasa tubuh Rafael. Orang buta kalau dengar pun akan setuju dengan kenyataan Rafael sukakannya.

"Ya. Aku tahu Fia , kau kawan aku. Aku faham. Tapi tak salah kalau kau sambut huluran dia sebagai kawan , kan. Aku yakin Raf tak akan paksa kau. Aku kenal Raf , dia tak pernah berkasar dengan perempuan." bersungguh-sungguh Medina meyakinkan Sofia. Hairan.

Sofia mengeluh wajah Medina dipandang lama.

"Jadi , kau nak aku buat apa sekarang?" Sofia bertanya tanpa nada. Melihat kesungguhan Medina buat Sofia merasa kasihan. Lagipun , apa yang dikatakan Medina ada benarnya.

"Apa salahnya kali ni kau pula yang datang dekat dia minta maaf? Lagipun memang salah kau , kan?"

"Aku nak minta maaf buat apa? Bukan salah aku pun." Sofia membalas sedas.

"And plus , cara kau cakap ni pun macan kau tahu punca aku gaduh dengan dia. Aku tak ada cerita detail pun pada kau. Macam mana kau tahu?" Sofia kembali mengasak Medina dengan soalan.

Medina gelabah.

"Em.. aku agak je lah sebab kau kan keras kepala. Tak kan Raf pula buat salah pada kau , Raf tu nampak gila kut sayang pada kau." Sofia mencebik. Alasan Medina langsung tidak dapat diterima dek akal. Entah kenapa sikap Medina akhir-akhir ini berubah pelik. Seperti..

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now