3

2.8K 212 40
                                    

MEREKA sudah berpandangan sesama sendiri setelah pemuda itu berlalu keluar dari kafe. Kini pandangan mereka jatuh pada Haider. Lelaki itu hanya memandang langkah gadis itu dengan ekor mata.

"Hai , kau.. okay tak?" Serba salah mereka berempat melihat reaksi Haider bila melihat adegan Sofia bersama lelaki asing tadi.

Jelas. Haider masih belum melupakan Sofia. Lima tahun bukan jangka masa yang pendek. Namun Haider masih menyimpan rasa buat Sofia. Sungguh , mereka berempat merasa simpati dengan keadaan yang memaksa Sofia dan Haider. Bukan mereka tidak lihat bagaimana pandangan mata mereka tadi.

Sangat jelas kedua-duanya masih menyimpan perasaan yang menebal dalam lubuk hati masing-masing.

Haider lorek senyum kecil. Sebelum menyedut minumannya dengan straw.

"Aku okay lah. Aku dah move on dengan Halena. Jangan risau." Walhal hatinya pedih dengan apa yang baru saja berlaku tadi. Jujur , dia sendiri belum sedia untuk melihat Sofia didampingi lelaki lain. Tapi.. ahh Haider buntu!




***


PINTU bilik ditutup kasar. Perasaannya tika ini bercampur baur. Rayyan Haider Yeong. Sebaris nama itu cukup membuat jantungnya berdegup kencang.

Lelaki yang pernah dicintai dulu kini kelihatan lebih matang dengan adanya jambang nipis di pinggir rahangnya. Dagu terbelah milik Haider. Alis mata Haider. Mata Haider dan potongan rambut Haider. Masih sama. Potongan rambut yang sering dipujinya dulu. Sofia senyum tawar. Nampaknya Haider memang mengotakan janjinya untuk tidak menukar gaya potongan rambutnya dulu.

"Stop staring at me Halena. Please control yourself. Aku cuma betulkan rambut aku , tak kan kau dah tergoda?" perli Haider bila perasan mata Sofia sedari tadi tidak lepas dari memandangnya yang ralit mengemaskan rambutnya dengan menggunakan cermin pandang belakang.

Sofia sengih.

"Awak lah handsome sangat. Saya suka style rambut awak , nampak extra handsome!" ujar Sofia tanpa segan silu. Gigi putihnya dipamerkan tanpa malu.

Haider tarik senyum. Tercuit dengan pujian Sofia. Hidung mancung milik Sofia dicuit sedikit. Membulat mata Sofia dengan tindakan Haider.

"Okay , kalau kau suka lepasni aku tak kan tukar gaya rambut aku. Biar kau suka dekat aku je."

Tanpa sedar pinggir mata Sofia mula hangat. Sebak , bila teringat semula detik- detik bersama dengan Haider dulu. Sakit ditinggalkan lelaki itu masih berbekas. Sakit dicurangi. Namun rasa cinta yang lahir sejak di bangku sekolah itu terlalu dalam. Sehingga saat ini. Mulanya , Sofia hanya mengagak hubungan cinta mereka cuma 'cinta monyet' , namun bila lama kelamaan Sofia sendiri buntu. Mana mungkin ketika umurnya masih belasan tahun dia sudah benar-benar jatuh cinta pada Haider? Mengarut! Namun telahannya salah , kini dia yakin rasa yang menyelinap masuk ke tangkai hatinya dulu bukan cuma 'cinta monyet'. Buktinya , sehingga ke hari ini nama Haider masih kemas terukir di hatinya.






***

HAIDER tergelak halus mendengar soalan dari yeye. Haider menggeleng kecil. Wajah yeye dipandang sekilas sebelum wajah Puan Haina yang turut tersenyum penuh makna padanya dikerling.

"Ya Allah , betul lah. Haider tak ada girlfriend." Seusai itu satu senyuman kecil dilorek. Hambar. Mana mungkin dia mempunyai teman wanita sedangkan hatinya masih terpaut pada 'adik' nya.

"Yeke ni? Tak kan lah tak ada yang berkenan dekat Amsterdam sana?" Usik Puan Haina pula.

"Betul tu. Teringin juga rasa ada cucu menantu asal dari Amsterdam." Seloroh yeye pula. Kini datuknya itu lebih fasih dalam berbahasa Melayu. Mungkin kerana sudah tinggal sebumbung dengan Puan Haina dan Tuan Farhan yang setiap kali berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu mungkin?

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now