11

2.9K 203 81
                                    

SOFIA mati kata. Wajah Anastasia dipandang gusar. Sofia diserang rasa serba salah. Kalau dia berada di tempat Anastasia pun , dia akan dilanda cemburu. Jelas berbeza layanan Haider pada Sofia.

"An , awak jangan salah faham. Saya anggap Haider macam abang saya , tak lebih." Sofia cuba meraih kepercayaan Anastasia.

"Are you sure Sofia? I tak rasa lion anggap hubungan korang berdua setakat tu je. You know what I means Sofia. I kenal Haider dah lama. I boleh nampak dalam mata dia , macam mana dia sayangkan you." pandangan mata mereka bertemu. Mata hitam Sofia ditenung dalam , mencari kesahihan dibalik mata bundar itu.

"Anastasia , saya .."

"You dengan Haider bercinta ke?"

Pap!

Soalan itu buat Sofia bungkam. Lidah automatik menjadi kelu sebelum tidak lama Anastasia melepaskan tawa kecil. Namun jelas pada pendengaran Sofia tawa itu hambar.

"Haih , apa lah I ni!" ujar Anastasia tiba-tiba.

"How lucky you. Cemburu betul I tengok Haider layan you tadi. Macam couple pun ada tau!"Anastasia tergelak kecil. Sofia kelu.

"An , saya.."

"Tapi mustahil lah kan? That was my bad thoughts. I tahu you dengan Haider cuma adik beradik tiri. Tak lebih. Sorry I teroverthinking pula tadi." Anastasia maraih lembut tangan Sofia seraya memohon maaf.

"Apa lah I ni. You kan baru lepas hilang your mom. Sepatutnya I kena lah faham situation you sebagai kakak. Oh my God , what happened to me!" tangan Anastasia naik menepuk dahinya.

"Jahatnya I sebab tak cuba faham situasi you. I minta maaf ya?" Sofia senyum.

Kalau lah Anastasia tahu dia masih menyimpan rasa buat Haider , bagaimana lah agaknya reaksi Anastasia nanti?

"Sorry ya? Takziah Fia. I doakan arwah ibu dan shushu ditempatkan dikalangan orang beriman. Betul tak? I tahu sikit sikit je sebab most of my friend muslim." ketawa kecil terbit dari bibir mungil Anastasia.

Sofia hanya mengoyak senyum nipis.

"Tak apa saya faham , kalau saya pun saya cemburu. Saya minta maaf ya? Tapi percaya lah saya dengan Haider memang tak ada apa apa hubungan. Dia layan saya atas dasar adik dengan abang je. Jangan risau , Haider is yours , fully yours. To keep and to have." bibir dikemam. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Pahit untuk terima takdir Haider bukan miliknya.

Anastasia tersenyum ceria.

"Thanks Fia. Tak sabar I nak jadi kakak ipar you!" ceria Anastasia berkata sambil memegang tangan Sofia tanpa sedar kata-katanya itu meretakkan sekeping hati milik Halena Sofia.




***





SEBAIK kakinya melangkah masuk ke ruang tamu. Matanya hampir terbuntang. Rafael yang sedang kacak ketawa bersama yeye itu membuatkan darah Sofia mendidih naik.

Sofia baru saja dimaklumkan oleh pembantu rumah tentang kehadiran tetamu yang ingin berjumpa dengannya. Dan siapa sangka , Rafael gerangan yang dimaksudkan pembantu rumahnya?

"Ha tu Sofia dah turun. Yeye minta diri dulu lah ya Raf?" paha Rafael ditepuk sebelum kerusi rodanya ditolak oleh pembantu peribadinya untuk berlalu ke tingkat atas. Sempat senyuman penuh maksud yeye lemparkan pada Sofia. Sofia hanya membalasnya dengan senyuman kekok.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now