21

3.4K 222 71
                                    

TIBA saja di Hospital , Puan Aubrey sudah menghalau mereka pulang. Katanya dia tidak mengalu-alukan kedatangan mereka berdua. Namun berbeza dengan Tuan Rui , lelaki itu menyambut kedatangan mereka dengan senyuman.

Sudahnya mereka dibenarkan untuk melawat Anastasia. Anastasia dikatakan overdose sedatif. Puan Aubrey yang menjumpai tubuh gadis itu terbaring lemah dengan mulut berbuih. Luluh hati seorang ibu bila mana melihat keadaan anak gadisnya seperti itu.

Masuk saja ke dalam ward yang menempatkan Anastasia , Anastasia kelihatan sedikit tersentak. Bibir spontan mengukir satu senyuman manis buat Haider. Mungkin teruja dengan kehadiran Haider.

Sofia yang melihatnya lebih memilih untuk menunduk.

Jelas. Sangat jelas pandangan yang diberikan Anastasia pada Haider sebentar tadi penuh dengan kasih dan cinta. Terpalit riak bahagia bila melihat wajah Haider.

Sofia tersentak bila tangannya terasa digenggam lembut. Serentak Sofia memandang Haider. Haider sambut pandangan Sofia dengan senyuman nipis. Hambar. Mungkin serba salah.

Melihat keadaan itu , senyuman yang tadinya bergayut pada ulas bibir Anastasia memudar. Pandangan terus dikalihkan ke arah lain. Tidak betah untuk terus melihat apa yang terhidang di depan mata.

"An , kenapa sampai jadi macam ni?" tegas Haider menyoal. Tidak senang dengan apa yang diceritakan Tuan Rui tadi.

Mendengarnya , Anastasia senyum hambar. Kepala terus dipanggung memandang Haider.

"You tanya I kenapa? You jangan nak buat buat tak tahu Hai. You punca I jadi macam ni."

Haider terdiam.

"An.."

"I sakit sangat Hai. Sampai hati you buat I macam ni. Apa kurangnya I Haider?"

Haider lepas keluhan berat.

"An , dari awal aku dah pesan jangan letak harapan apa apa pada aku. Aku dah beritahu kau yang aku cintakan orang lain An." Anastasia merenung Haider dengan tubir matanya yang kini penuh dengan air mata. Sakitnya.

"Tapi I cintakan you Hai!" suaranya sedikit meninggi.

Haider geleng.

"Anastasia. Tolong lah faham. Aku tak cintakan kau. Tolonglah buang semua perasaan kau untuk aku. Cari lelaki lain An. Cari lelaki yang boleh bahagiakan kau." suara Haider sedikit lembut berbanding tadi. Sofia pula hanya membatu. Langsung tidak mengeluarkan sebarang suara. Anastasia tergelak palsu. Bibirnya dikemam sebelum bengis wajahnya memandang Haider.

"Senangkan you cakap? You dah ambil semuanya dari I , lion." double meaning. Sesaat , mata Haider tajam membalas renungan Anastasia. Faham apa yang dimaksudkan gadis itu.

Sofia pula sudah berkerut nipis. Maksudnya?

Haider meleraikan tautan tangannya dengan Sofia sebelum bahu Sofia dipaut.

"Tunggu aku dekat luar." senyuman nipis dilayangkan sebelum kepala Sofia diusap. Makin mendidih darah Anastasia melihat aksi Haider. Sofia angguk meskipun hatinya sedikit sebanyak sudah bercelaru dengan permintaan Haider.

Hilang saja kelibat Sofia , Haider mula melangkah mendekati katil Anastasia. Tanpa sempat menepis , tangan Anastasia sudah melekap kemas pada lengannya.

"Jangan tinggalkan I Hai... I merayu.." lengan Haider diramas lembut.

"I dah tak ada apa apa lagi Hai.." ujarnya lirih , cuba meraih secebis simpati dari Haider. Haider masih diam. Hati dibalut rasa bersalah.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now