17

3.1K 214 60
                                    

"HAIDER , Fia macam mana?" Elfira yang baru saja tiba langsung menyoal Haider lurus. Nadanya cemas! Gila tak cemas? Selepas mendengar cerita Sofia hampir dirogol , Elfira terasa tubuhnya hampir rebah. Sofia terlalu polos! Masakan dia tidak khuatir? Kini ruang tamu rumah agam itu dipenuhi Izran , Izuan , Azrie , Afif , Adriana , Sharifah dan Naufal.

Haider memandang wajah Elfira lama sebelum melepaskan keluhan panjang.

"Halena ada dekat atas. Kat bilik dia , korang pergi lah jumpa dia dulu." Elfira angguk. Laju mereka bertiga atur langkah untuk memanjat tangga ke tingkat atas. Mujurlah Elfira pernah bermalam di sini sebelum ini , mudahlah mereka mencari bilik Sofia.

Setelah kelibat gadis gadis itu hilang , Haider tersandar penuh pada sofa. Tangan naik mengurut pelipisnya. Sekali lagi bibirnya melepaskan keluhan berat.

"Yan , Raf macam mana? Dah masuk dalam?" tanya Naufal prihatin. Turut simpati dengan nasib yang menimpa Sofia , sudahlah gadis itu baru saja kehilangan ibunya. Kini ada pula lelaki durjana yang mahu mengambil kesempatan terhadapnya.

"Dah.."

"Tapi kau tahu kan ayah dia Dato Idris? Aku rasa Dato Idris akan jamin anak dia." keluhan berat dilepaskan buat sekian kali. Haider benar benar kesal! Dia terasa gagal menjaga Sofia.

"Aku gagal Fal , arwah ibu dan nenda dah amanahkan aku jaga Halena. Aku dah janji dengan diaorang , aku dah janji dengan diri aku yang aku akan jaga Halena macam aku jaga nyawa aku sendiri. Tapi.."

"Jangan salah kan diri kau , Hai." tegur Izran tegas. Izuan mengiakan.

"Betul tu , this is not your fault." sokong Azrie.

"Kau dah Jaga Sofia sehabis baik, Hai. Kau dah selamatkan dia malam tu. Maknanya kau tak pernah gagal jaga dia , Haider." kini giliran Afif pula memberi pandangan dari sudutnya.

"Everything happens for a reason Yan. Semuanya ada hikmah tersendiri. Tak elok kau salahkan diri kau." Naufal pula memberi kata kata semangat. Haider masih diam. Sedikit sebanyak nasihat mereka yang lain berjaya meredakan rasa sesak di benaknya. Dada terasa lapang.

Suasana berterusan hening sebelum Haider kembali bersuara.

"Fif , kau tolong contact Tan Sri Shafiee boleh tak?" pinta Haider tiba-tiba. Afif berkerut halus. Hairan. Namun tetap saja dia akur dengan kehendak Haider.

"Tapi Hai , tak silap aku Tan Sri Shafiee dah lama juga tak balik Malaysia." celah Azrie. Kening tebal Haider hampir bercantum. Baru saja bibir mahu melontarkan soalan , Izran terlebih dulu bersuara.

"Mana kau tahu?"

"Haritu company baba aku ada kerjasama dengan company Tan Sri tapi Harraz yang gantikan , katanya dah hampir empat bulan Tan Sri dekat Dubai." terang Azrie. Haider mendengarnya diam. Memikirkan cara untuk berjumpa Tan Sri Shafiee dengan kasar segera.

"Fif , tolong contact personal assistant Tan Sri. Aku nak jumpa dia as soon as possible." Afif angguk mengerti. Seusai itu Haider pejam matanya rapat , cuba menenangkan dirinya seketika. Namun baru beberapa saat mereka tersentak pabila mendengar bunyi kaca pecah dan diikuti dengan jeritan dari tingkat atas yang nyaring memanggil Haider.

Laju mereka berlari ke tingkat atas. Pintu bilik Sofia Haider buka laju , jelas terpamer riak gusar pada wajah tampan Haider. Yang lain terkejut bila melihat keadaan bilik Sofia sudah seperti kapal pecah , dengan pasu yang sudah pecah , buku-buku bertaburan di lantai. Kali ini , mata Haider jatuh memandang Sofia. Keadaan Sofia tidak bermaya. Wajahnya sembap , lingkaran bawah matanya kelihatan agak gelap dan bibir kecil Sofia kelihatan pucat.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now