4

3.1K 196 57
                                    

"ANGEL.." Sofia melajukan langkah , malas untuk bersua muka dengan lelaki kurang siuman itu. Panggilan lelaki itu diendahkan.

"Angel sekejap lah." Rafael memujuk. Tidak lelah mengejar langkah kaki Sofia. Langkah Sofia dibuntuti sebelum dengan pantas dia memotong langkah Sofia. Sekejap saja tubuh tegap itu berada di hadapan Sofia.

Sofia menderam.

"Awak nak apa ni , Raf?" Rimas Sofia dibuatnya dengan sikap Rafael.

"Saya minta maaf kalau awak tak selesa. Saya cuma nak berkawan dengan awak je , angel." Terang Rafael lembut. Sofia menghela nafas panjang.

"Macam ni lah Encik Rafael. Saya minta maaf , tapi saya tak berminat nak berkawan dengan awak.."

"And for your information , lepas awak asyik kacau saya , ramai pula fans awak yang bencikan saya. So please stop. Saya rimas dan saya tak selesa."

Rafael merengus. Susah benar mahu menambat hati gadis bernama Halena Sofia. Sungguh , Rafael agak tercabar dengan sikap Sofia yang melayannya endah tak endah. Belum pernah lagi sejarah dalam hidupnya dia ditolak mentah mentah oleh gadis. Tapi .. Sofia.

She's different! God!

Seketika , bibir Rafael membentuk satu senyuman herot. Langkah Sofia dipandang tidak lepas.

"Lagi kau jual mahal dengan aku , lagi aku nak dapatkan kau , Halena."




***




"KAU tenung apa?" Kasar saja bunyinya. Langsung tiada kelembutan dalam nadanya. Mata pula masih fokus pada pemanduan. Gadis yang berada di seat penumpang itu tersenyum lebar.

"You ni memang dari dulu handsome kan Hai? I tak pernah menyesal tinggalkan Harraz dulu untuk you. Even I kena peluk Islam untuk you. I tak pernah menyesal Hai." Wajah Anastasia dikerling Haider sekilas. Malas mahu melayan kerenah Anastasia , sudahnya Haider diam saja. Langsung tiada mood untuk membeli cincin tunang bersama Anastasia.

Dia dan Anastasia merupakan sepupu. Arwah bapanya , Tuan Farhan dan ayah Anastasia merupakan adik beradik. Bapa Haider memeluk islam selepas berkahwin dengan arwah ibunya. Manakala kedua ibu bapa Anastasia memang penganut agama Kristian.

Jeda.

Sebelum Anastasia kembali bersuara.

"I tak sabar nak kahwin dengan you , Hai. Its like my dreams came true! I dapat kahwin dengan you. Lelaki yang I cinta dari dulu." Anastasia masih ceria bercerita. Tangan gadis itu naik memegang lengan sasa Haider.

Haider mengeluh. Wajah Anastasia dikerling.

"An." Bersinar mata Anastasia merenung anak mata coklat milik Haider.

"Kau tahu kan? Aku tak cintakan kau?" Pegangan pada lengan Haider terasa longgar. Anastasia terkedu. Haider pula kembali fokus pada pemanduan.

"Kau sanggup ke kahwin dengan lelaki yang tak cintakan kau?" Duga Haider tanpa riak. Hilang senyuman dari wajah Anastasia.

"Kenapa susah sangat you nak buka pintu hati you untuk I , Hai? You tak nampak ke sejak kecil lagi I dah sukakan you?" Anastasia merintih sayu. Namun sedikit pun tidak mencairkan sekeping hati milik lelaki bernama Haider.

"Aku dah anggap kau macam kakak aku , An. Ya , aku sayangkan kau. Tapi sayang aku pada kau tak lebih dari sepupu , An. Tak lebih." Beritahu Haider jujur tanpa sedikit pun menoleh ke arah Anastasia. Lemah. Bukan kerana cinta. Tapi kerana Anastasia masih mempunyai pertalian darah yang sama dengannya.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now