20

3.5K 227 108
                                    

HAIDER berkerut sedikit menahan sengal pada tubuhnya. Mungkin kerana tidur dilantai tanpa beralaskan apa apa , mungkin? Perlakuannya terhenti bila merasakan tangan yang melingkar pada pinggangnya. Haider berkerut sebelum menyentuh tangan kecil yang merangkul lembut pinggangnya. Melihat cincin bertakhtakan berlian itu saja membuatkan Haider sudah dapat mengagak siapa yang memeluknya saat ini.

Senyuman kecil dilorek sebelum memusingkan tubuhnya menghadap Sofia. Tubuh Sofia ditarik sedikit merapat sebelum tangannya mula merangkul pinggang gadis itu.

Mata dipejam rapat , menikmati tiap detik yang ada.

Sofia terjaga dari lenanya. Deruan nafas seseorang terasa hangat. Buka saja mata , wajah Haider menyapa retina mata. Kacak.

Handsome!

Tangan Sofia naik mengusap rambut hitam Haider. Kemudian jatuh pada alis , mata , hidung dan akhir sekali bibir Haider.

"Handsomenya suami saya. Tell me , how can I stop myself from loving you , Haider?" Sofia berkata sendiri.

"Saya minta maaf Haider. Saya tak patut minta awak lepaskan saya malam tadi. Saya tak boleh bayangkan kalau awak betul betul lepaskan saya malam tadi. Saya sendiri tak boleh hidup tanpa awak. Saya sendiri tak boleh tengok awak dengan orang lain. Saya tak sepatutnya buat awak macam tu."

Kali ini tangan Sofia naik mengelus pipi Haider. Sesaat berlalu , Sofia gigit bibir bawahnya. Jari dipetik di hadapan wajah Haider. Bila melihat tiada gerak balas dari tubuh Haider , perlahan Sofia larikan bibirnya pada pipi Haider.

Hanya beberapa saat sebelum wajah disembamkan pada ceruk leher Haider. Tangan naik melingkar pada pinggang Haider. Selesa. Cukup selesa dengan keadaan sekarang.

Berdosanya dia pada Haider.

Tubuh Sofia kaku bila merasakan ubun ubunnya dicium lembut. Yakinlah dia Haider sudah terjaga dari lenanya. Sesaat , Sofia mendongak untuk melihat wajah tampan Haider.

"Good morning sweetheart." senyuman manis bergayut pada ulas bibir Haider. Berbunga bila telinga disapa dengan kata-kata manis dari Sofia.

My girl.

God!

She's back

"Good morning! Baru bangun ke?" teragak agak Sofia menyoal. Sofia jadi kalut , takut-takut Haider sudah lama terjaga kerana perlakuannya sebentar tadi.

Haider tarik senyum manis. Kelakar pula bila melihat riak kalut Sofia. Hidung Sofia dicuit lembut.

"Nope. Dah lama bangun , sempat juga dengar orang tu confess dekat aku."

Serious question.

Why he always being like this?

Tawa Haider terletus kuat bila Sofia kembali menyembamkan wajahnya pada ceruk lehernya. Malu mungkin?

Halena.. you never change.

Haider rapatkan bibirnya pada cuping telinga Sofia.

"Enjoy your handsome husband as a morning view?" Haider mula mengusik.

"Diam lah Haider , saya tak nak bercakap dengan awak!" mendengar panggilan yang digunakan Sofia mula berubah membuatkan Haider simpan senyum.

"Thanks God. I got my old Halena Sofia back."

Sofia kembali mengemaskan pelukan.

"Saya minta maaf pasal semalam." ujarnya perlahan. Tangan kasar Haider lembut mengusap belakang tubuh Sofia.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now