6

2.8K 203 53
                                    

TANGAN yang melingkar kemas pada pinggangnya secara mengejut dari belakang membuatkan tubuh Sofia serta merta keras. Kaku. Pergerakan tubuh yang tadinya santai membasuh pinggan mangkuk di singki itu serta merta terhenti. Tubuh Sofia mengigil halus , ketakutan.

Serentak itu juga bahu Sofia yang ditutupi tudung sarung dihidu dalam. Lama.

"Hm..." nafas kasar Harraz terasa hangat pada bahu. Makin jelas gigilan pada tubuh Sofia. Ketakutan.

"Smell sweet." pucat lesi Sofia mendengar bisikkan halus di belakang cuping telinganya. Liur terasa kesat.

"Lepaslah Harraz. Nanti aunty dengan Saffa nampak." dengan suara tertahan-tahan Sofia menderam , rangkulan Harraz pada pinggangnya cuba dileraikan.

Sesaat, ulas bibir Harraz membentuk satu senyuman herot sebelum dagunya dilabuhkan pada bahu Sofia.

"Kenapa? Kau takut? Jangan risau sayang , tak ada siapa-siapa dekat rumah. Lepas makan diaorang dah berambus. Tinggal kau dengan aku je Sofia.."

Tubuh Sofia dipusingkan menghadapnya. Senyuman sinis terpalit pada wajah tampan Harraz sebaik melihat wajah cuak Sofia. Aura Harraz saat ini cukup mengerunkan Sofia.

"Kau.. kau memang dah gila Harraz!" dada Harraz ditolak kasar sebelum kaki diatur untuk menjauh. Namun , Harraz nyatanya lebih cekap bertindak. Pergelangan tangan Sofia dicengkam kasar.

Sofia meringis sakit bila kuku Harraz tajam terasa pada kulitnya. Tubuh Sofia ditolak ke dinding kasar , kepala Sofia terbentur kuat pada dinding dapur.

"Ya , aku dah gila Sofia!" rahang Sofia dicengkam kuat. Sofia meronta ronta , kaki yang masih bebas laju diangkat menendang Harraz. Harraz mendesis sakit sebelum pegangan pada rahang Sofia terlepas.

Cepat-cepat Sofia ingin menjauh. Namun , sekali lagi cubaannya gagal bila Harraz tangkas meraih lengannya. Tubuh Sofia kembali ditolak kasar pada dinding.

"Kau nak apa? Lepaslah Harraz! Aku ni adik kau! Sampai hati kau kan?!" tinggi suara Sofia menengking. Harraz lakar senyum sumbing.

"Adik? Heh kau bukan adik aku Sofia! Apa tadi? Lepaskan kau? Kau tahu tak lama aku tunggu masa ni? Memang tak lah aku nak lepaskan kau!" Sofia pejam mata rapat bila merasakan usapan lembut pada pipinya. Takut.

Harraz hapus jarak yang ada di antara mereka sebelum hidungnya digesel lembut pada pipi mulus Sofia. Harraz simpan senyum kemenangan bila merasakan gigilan halus yang terbit dari tubuh Sofia.

Sofia ketakutan..

"Harraz... aku merayu.." Kali ini nada Sofia separuh merayu. Berharap dengan rayuannya akan menghentikan segala niat jahat Harraz terhadapnya.

"Shu.. diam Sofia..."

Kolam mata terasa hangat bila merasakan bibir Harraz berlabuh pada pipinya.

See.. Rayyan. I've touched yours.

Harraz senyum. Namun...

Pang!

"Lepaslah! Aku jijik dengan kau! Lepas!" Sofia kembali meronta selepas berjaya menampar Harraz. Harraz berang. Laju tangannya naik menampar pipi Sofia. Kepala Sofia terteleng ke kiri. Sofia meringis sakit. Pipinya terasa pijar dek tamparan Harraz.

Melihat keadaan Sofia yang sudah lemah buat bibir Harraz kembali melakar senyum lebar. Baru saja tangan kekarnya mahu mencabut tudung yang tersarung pada Sofia , lonceng rumah agam itu berbunyi.

Harraz merengus. Mahu tak mahu langkah tetap diatur menuju ke pintu utama. Sebaik daun pintu dikuak kasar , Harraz tersentak.

"Rayyan.." Perlahan nama itu meniti pada ulas bibir Harraz. Dalam hati sudah menyumpah seranah Haider kerana memusnahkan rancangannya. Penat lelahnya merancang bersama Saffa kini hancur lebur dengan kehadiran Haider.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now