19

3.2K 237 103
                                    

SETELAH kelibat Haider hilang dibalik pintu bilik mandi. Sofia merengus. Haider selalu saja membuatkan dia gugup. Dahinya disentuh perlahan. Masih terasa ciuman hangat Haider di dahinya.

Tuhan saja tahu bagaimana gembiranya dia menyandang gelaran sebagai isteri Haider. Namun bila teringat pada Anastasia , Sofia jadi serba salah. Dia sudah merampas hak orang , tunangan orang. Kejamnya dia!

Namun dia juga tidak boleh menafikan perasaannya pada Haider. Dia masih sayangkan Haider. Cintanya buat Haider kian mengebu apatah lagi bila mereka bertentang mata.

Sofia jadi gelisah bila mengenangkan dia akan bertentang mata dengan Haider sebentar nanti. Laju tangannya menyarung selendang dan mengambil telefon bimbitnya.

Laju bilik tetamu menjadi tujuan utamanya. Pintu dibiarkan tidak berkunci , siapa pula yang akan mencerobohi bilik tamu ini dilewat malam begini fikirnya.

Selendang dibuka. Tubuhnya dihempaskan pada katil bersaiz queen di bilik tamu itu. Sekejap saja Sofia terlelap. Bahana menjadi raja sehari , mungkin?

Sofia terjaga bila merasakan tangan kasar yang mengelus elus pipinya. Sebaik mata dicelikkan terkejut bukan ke palang Sofia bila melihat Harraz yang sedang duduk di birai katil itu. Laju tangan naik menepis kasar tangan Harraz.

Bagaimana dia boleh terlupa yang dia masih sebumbung dengan Harraz?

"Kau buat apa ni Harraz? Keluarlah!" jerkahnya. Takut. Masih trauma. Entah kenapa , jika sentuhan itu datangnya bukan dari Haider , Sofia jadi takut. Tidak selesa. Rasa traumanya kembali bersarang di dada. Apatah lagi selepas apa yang pernah jadi di antara mereka.

Tawa Harraz lepas.

"Aww garangnya kau. Chill okay? Jangan jerit-jerit , nanti husband kau dengar." ujar Harraz selamba. Rambut mengurai Sofia pula dielus lembut.

"Cantik , no wonder Rayyan sanggup jadi pak sanggup kau." Harraz angkat bahu sambil bibirnya membentuk satu senyuman sinis.

Sofia menepis tangan Harraz kasar. Baru saja langkah ingin diatur keluar Harraz sudah menahannya.

"Rileks lah Sofia. Apa kata malam ni kau tidur dengan aku?" lengan Sofia ditarik untuk duduk semula. Sofia jadi berang. Tangannya menolak dada Harraz sekuat tenaga. Mereka bergelut.

"Apa kau cakap ni Harraz? Aku isteri Haider lah!"

"Jangan lah buat aku macam ni.." Sofia separuh merayu. Nadanya sedikit rendah. Dia takut. Takut kalau-kalau ada yang menangkap dia sedang berdua-duaan bersama Harraz. Apa kata mereka nanti?

"God.."

"Sofia jangan lah buat suara macam tu. Kau buat aku lagi tak sabar nak rasa kau." Sofia sudah menangis. Menyesal! Kalau tahu begini jadinya sudah lama dia kembali ke bilik tidurnya. Lebih rela menghadap Haider dari Harraz!

"Lagi satu. Kalau aku rasa kau , Rayyan bukan tahu pun. Tak luak pun bagi pada aku Sofia. Kau kan dah kena tebuk dengan Rafael."

Pang!

Kepala Harraz tertoleh ke tepi. Nafas Sofia turun naik. Pedih hati menerima kenyataan yang dilempar Harraz. Dia masih suci! Kenapa semua orang memandangnya kotor dan hina?

Harraz melorek senyum sinis. Kebas di pipi kirinya masih terasa.

"Kenapa? Salah aku cakap? Betul kan? Rayyan tu cuma dapat bekas bekas orang je."

Sofia kelu. Sedikit sebanyak dia sudah terpengaruh dengan kata kata Harraz. Sofia dihimpit rasa sedih. Harraz benar. Kasihan Haider. Sofia kecewa , kecewa dengan diri sendiri kerana gagal menjaga maruah diri.
Harraz tersenyum herot bila melihat air muka Sofia yang berubah mendung.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now