Burung Hantu

591 20 0
                                    

Lisa duduk di atas katil sambil membelek halaman sosialnya. Satu persatu pemberitahuan diperiksa. Satu persatu komentar kawannya dibalas. Lisa ketawa mengekek membaca dan membalas komentar. Beg pakaian sudah siap dengan baju dan seragam. Agak kembung sedikit. Beg galas berwarna hitam juga sudah siap membungkus. Beberapa kelengkapan perkhemahan antara isi di dalam beg itu.

Lisa melirik matanya ke arah jam dinding. Dia perlu tunggu lagi sepuluh minit sebelum dua kawannya tiba. Rona dan Melly. Lisa sungguh teruja apabila berpeluang menyertai perkhemahan yang dianjurkan kelab bimbingan dan kaunseling sekolahnya.

Bzzzzzzz

'Oi Lisa aku dah sampai'

'Orait tunggu jap eh'

Lisa mengangkat beg galas dan beg pakaiannya. Agak berat sedikit namun demi keseronokan Lisa gagahkan tubuhnya. Pengalaman pertama berkhemah bersama dua teman rapatnya.

"Lisa jaga diri baik-baik tau"

"Ya, ma"

Lisa mencium tangan dan pipi ibunya.

Usai kasut dipakai, Lisa berjalan menuju ke kereta bapa Rona yang sudah menanti di luar pagar. Lisa melambai tangan ke arah ibunya.

"Assalammualaikum Rona pakcik, selamat pagi Melly"

"Waalaikumsalam" Ayah Rona dan Rona menjawab serentak.

"Selamat pagi semua" Melly turut bersuara.

Setibanya di sekolah, kelihatan dua bas sekolah sudah sedia untuk bergerak. Lisa dan dua kawannya melangkah menuju ke arah bas itu. Cikgu Fatimah kelihatan sibuk mengendali kehadiran pelajar yang terlibat.

"Siapa-siapa dari tingkatan satu dan tingkatan dua cikgu mahu kamu naik bas nombor satu ya, yang lain naik bas nombor dua"

Lisa dan temannya mengannguk tanda patuh. Mereka naiki bas nombor satu. Tempat duduk paling belakang menjadi pilihan Lisa dan temannya.

"Kau bawak apa jer Lisa?" Rona bertanya

"Bawak macam cikgu suruh ler"

"Selain tur? Aku bawak laptop lorh" Melly bersuara.

"Huh? Nak buat apa laptop, bukan ada internet pun dalam hutan" Lisa berseloroh.

"Haha entah" Rona ketawa.

"Pasang movie maaa, u all ni ingat internet ja hahaha"

Masing-masing ketawa. Keterujaan mereka terserlah. Perkhemahan pertama kali seumur hidup.

"Baik semua, kita akan mulakan perjalanan. Cikgu harap kamu semua jaga adab dan displin di tempat orang nanti ya. Cikgu harap kamu gembira dan seronok dengan perkhemahan kelab kita ini"

"Ya cikgu" Semua pelajar bersuara serentak.

Pelajar yang terlibat dengan program perkhemahan ini terdiri dari pelbagai tingkatan dan semuanya adalah pelajar perempuan. Manakala guru-guru pula terdiri dari lima guru wanita dan dua guru lelaki. Cikgu Fatimah merupakan ketua program perkhemahan ini. Cikgu Fatimah dan Nazmah duduk di baris hadapan bas yang sama dengan Lisa dan temannya.

Perjalanan mereka menuju ke hutan rekreasi Gopeng mengambil masa lebih kurang dua jam dari sekolah mereka. Setibanya di tempat parkir hutan rekreasi semua pelajar dan guru berkumpul. Taklimat awal diberi untuk memastikan setiap pelajar patuh akan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Apabila sampai ke lokasi perkhemahan, Pak cik Abu akan mengajar kita sedikit cara untuk memasang khemah dan menyediakan unggun api. Harap kamu ikut segala arahan cikgu semasa berjalan ke sana nanti"

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now