Santun Kemboja

137 8 0
                                    


Sambil menggengam kayu pengadang tebing balkoni, mata Seri Kemboja sorot tepat mengerling susuk Santun yang mengepit kayu api hendak pulang ke hutan. Baru seketika tadi mata mereka bertemu pandang. Arjuka mempelawa Santun bertandang ke rumah.

Sejak hari itu Santun sering di ajak ke rumah Arjuka. Berkawan dengan Santun buat Arjuka senang dan selesa. Sering juga Santun dibawa Arjuka meneroka hutan dan melawat pekan. Ada peluang, Santun dibawa naik ke kapal stim milik bapa Arjuka. Bawa berjumpa dengan Duke Edward Richard A. Johnson.

"Jadi, kamu satu-satunya kawan wanita anak saya ya?" Tanya Edward.

"Ya tuan, Arjuka ini pemalu orangnya. Kelmarin saya bawa dia ke tepi sungai tempat kami membasuh baju, dia malu tuan terus lari ke rumah" Jawab Santun. Matanya kerling nakal pada Arjuka.

"Hahahaha, how come this happen to you, son. Anak saya ini gagah tidak sangka pula takut pada wanita"

Arjuka mencebik. Tidak sangka Santun mengadu hal yang memalukan dia. Santun senyum merayu, cuba memujuk.

"Tapi tuan Arjuka selamatkan saya dari diserang harimau, Arjuka pandai menembak" Santun cuba tambat kembali hati Arjuka.

"Owh that's my son, saya juga pandai menembak jadi itu hal yang biasa buat Arjuka. Beginilah jika kamu tidak keberatan marilah sertai saya dan Arjuka berkhemah di kawasan hutan. Saya baru sahaja membeli sebidang tanah untuk dijadikan cabin buat pegawai-pegawai saya"

"Saya tak janji tuan, saya tengok keadaan dulu ya"

Seri Kemboja merenung Santun. Renungnya ada niat. Direnung juga anaknya Arjuka. Renungan itu dapat menduga sesuatu.

"Heh"

"Seri Kemboja, boleh kamu berkhemah sekali dengan Santun dan aku berkhemah sekali dengan Arjuka? Santun akan berkhemah bersama-sama nanti" Pesan Edward.

"Eh sudah tentu boleh, lagi saya tidak sunyi keseorangan nanti. Maklumlah isteri pekerja awak membosankan Edward" Balas Seri Kemboja. Sedulang air dan makanan dia hidangkan di atas meja kecil.

Mata Seri Kemboja dan Santun bertentangan. Ada aura meremang sedang berkeliaran di sanubari Santun. Seri Kemboja senyum sinis.

"Mulusnya kulit kamu nih"

>>>

Encik Jamil meneliti gambaran yang diberi oleh ayahnya ketika terperangkap di alam ghaib. Dia teliti juga kenyataan Sofian pada tahun 1998 dan 2007. Dua kenyataan ini segaja bapa Encik Jamil mahu Sofian gambarkan keadaan di alam jin Kem Duke Arjuka.

"Ketika bapa di Kem Duke Arjuka, bapa dan seorang lelaki bernama Buang menuju ke sebuah gunung ini. Tidak dapat bapa pastikan gunung apa di dunia nyata. Gunung ini terdapat gua di hadapannya, cuma bapa ingat di sekitar kaki gunung itu terdapat perkampungan orang asli. Bapa ke situ untuk menyelamatkan seorang budak perempuan dan mendapatkan tangkal..."

Encik Jamil baca beberapa kerat ayat yang terdapat pada penceritaan bapanya. Dia selak pula penceritaan dari Sofian yang dikarang pada tahun 1998.

"Ketika di alam ghaib, saya terpaksa memasuki satu gua yang besar. Gua itu sempit dan banyak laluan berselirat. Di tengahnya terdapat satu lubang yang sangat besar dan di dasar lubang itulah saya lihat banyak mayat manusia. Saya terpaksa panjat dari dinding lubang itu untuk sampai di puncak. Di situlah saya bertemu Santun Kemboja dan beberapa mangsa culik yang saya sempat selamatkan..."

Encik Jamil beralih pula kepada penceritaan Sofian pada tahun 2007.

"Saya berjaya bunuh pemculik dan pembunuh budak-budak sekolah ini. Di gunung yang sama. Cuma kali ini permandangan gunung sedikit berlainan. Saya ternampak ada sebatang lebuh raya beratus meter dari kedudukan saya..."

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now