Kem Duke Arjuka

143 8 0
                                    


Parti harijadi Arjuka yang sepatutnya meriah bertukar tragedi. Suasana meriah dengan nyanyian dan tarian bertukar menjadi pesta kematian beramai-ramai. Banyak darah ditumpahkan. Mayat-mayat bergelimpangan. Ada yang tidak beranggota badan. Ada yang terburai perutnya diratah hantu raya. Ada yang tersangkut di pokok di hisap darahnya oleh pontianak. Tidak kurang wanita-wanita yang menjadi ibu susuan darah si toyol hijau.

Perkhemahan Kem Duke Arjuka bermandi marah.

Semua korban-korban ini berjaya Seri Kemboja bawa masuk ke alam jin. Alam yang menjanjikan dia kuasa ilmu hitam yang kuat sekirannya Seri Kemboja memenuhi syarat yang ditetapkan Jin Bulan.

Korban ribuan manusia.

"Bagus Seri Kemboja, korban anak-anak muda memang kena dengan selera aku" Ujar Jin Bulan yang duduk bersila di hadapan Seri Kemboja. Matanya merah dan tubuhnya hitam legam. Berkelubung jubah labuh hitam yang kena dengan warna tubuh makhluk itu.

Jin Bulan dan Seri Kemboja duduk di bilik pemujaan di bawah bilik simpanan wain.

"Jadi, selepas ini bolehkah aku membawa masuk korban-korban lain kea lam jin?" Tanya Seri Kemboja.

"Boleh Seri Kemboja, tapi dengan satu syarat" Makhluk itu menyeringai "Kau perlu buktikan kehebatan kau pada aku" Sambung Jin Bulan.

"Apa yang aku perlu buat?"

"Aku mahu kau bawakan tiap-tiap manusia secara beramai-ramai ke dalam alam aku, dan jika kau berjaya akan aku beri kau nikmat kuasa Hahaha"

"Heh, Kem Duke Arjuka...Arjuka sayang, maafkan ibu ya, ibu terpaksa korbankan kamu ya"

Maka di bermulalah rancangan jahat Seri Kemboja. Si dukun durjana.

"TIDAKKKKK!"

Bergema pekikkan seorang perempuan yang sayup-sayup kedengaran tidak berapa jauh dari Kem Duke Arjuka. Suara rintihan itu datang di atas puncak bukit batu. Rintihan Santun yang terseksa dengan erangan dan tangisan merayu.

"Heh"

"Tolong jangan lakukan Puan Kemboja...Bukankah kau sudah berjanji tidak akan apa-apakan Arjuka, kenapa mesti kau ingkari janji itu, kenapa!" Bentak Santun dengan irigan esak air matanya.

"Hahaha! Ya, memang aku berjanji dan memang aku juga ingkarinya. Hey Santun, kau tahu Arjuka ini hasil benih aku dan Edward, benih kacukan orang barat dan bomoh jahat. Kau lihat bulan di atas sana" Seri Kemboja jeda seketika "Itulah dia Jin Bulan, untuk mendapatkan kuasa yang hebat aku perlu minum darah orang yang aku sayang Santun, sudah tentu orang itu anak aku Arjuka. Aku perlu lakukan semua ini demi kuasa Santun, kuasa!"

Santun meronta-ronta. Rontanya lemah. Dua makhluk berbulu merangkul tubuhnya dengan erat. Mata mereka merah bernyala. Badan mereka sasa. Di alam manusia hidup mereka menjadi khadam kepada manusia. Suka bersetubuh dengan isteri tuannya sendiri. Itulah dia hantu raya.

Arjuka yang terikat merenung Santun. Sakit kepalanya masih membisa. Matanya membulat sebaik terlihat jasada bapanya dipijak Seri Kemboja. Wajah Arjuka kembali bengis.

"Apa semua ini Santun! Kenapa kau bunuh orang-orang di bawah tadi, kenapa kau ikat aku!" Bentak Arjuka.

"Maafkan aku Arjuka, ini semua kehendak ibumu. Dia yang merancang semua ini..."

"Hey perempuan! Kamu mahu menipu ya, bukankah kamu yang bersetuju mahu menolongku membunuh mereka semua!" Seri Kemboja bercakap sambil menyeringai. Terlihat runcing gigi taringnya sambil tangan mencekak pinggang.

Santun tertunduk. Dalam keadaan duduk melutut matanya masih bergelinang dengan air. "Tapi puan sudah janji akan kahwinkan aku dengan Arjuka" Sayu suara Santun.

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now