Gua Tempurung

120 9 0
                                    

Lisa dan Nora memerhati mereka yang lain meneroka isi rumah berdinding baru bercat putih itu. Sgenap kampung mereka kelilingi. Nasib baik ketemu dengan sebuah van putih. Cukup muat untuk tujuh orang perempuan.

Manakala pak cik dan bapa Lisa sudah bergerak ke Gua Tempurung. Tiga lelaki tua itu mahu berhadapan dengan Cikgu Fatimah. Satu-satunya jalan untuk mereka keluar dari sini adalah berani berhadapan dengan musuh.

Lisa takut akan segalanya. Takut mati. Takut kehilangan. Takut hantu. Takut terperangkap di dunia ini. Takut kematian kawan-kawannya. Lisa tidak idamkan semua itu terjadi. Lisa idamkan semua yang masih hidup ini akan kekal bernafas hingga mereka berjaya keluar dari alam ghaib ini.

"Pa, Lisa takut"

"Yess" Normah jumpa barang yang dicari.

Normah keluar dari satu ruang bilik sambil menunjukkan hasil cariannya. Kunci van. Masing-masing tarik nafas lega. Seperti dirancang mereka segera menghidupkan enjin van.

"Cantik, van boleh on" Ujar Kin. Dia duduk di sebelah Normah kerana hanya dia dan Normah boleh memandu kereta. Kali ini Normah yang memandu.

Bilangan mereka sudah ramai memerlukan kenderaan yang lebih besar. Cukup dua kumpulan. Tidak boleh lagi berpecah. Kumpulan lelaki mengadap Santun Kemboja. Manakala kumpulan perempuan terus bergerak dan elak dari dikerumun makhluk jin. Mereka perlu bersama melindungi antara satu sama lain.

Paling penting melindungi Lisa. Ada sesuatu yang Santun Kemboja mahu dari anak gadis itu.

"Korang tau guna pistol tak?" Tanya Hannah. Walaupun Hannah tahu pertanyaannya itu hanya sia-sia, tidak salah untuk Hannah cuba tanya.

"Saya pandai kak" Rona bersuara. Masing-masing tecengang.

"Errr Rona kau biar betul" Lisa bersuara. Melly juga tidak sangka.

"Bapak aku kan polis, aku selalu ikut dia pergi padang tembak...Errr, saya tau sikit-sikit guna Glock tapi yang uncle Sofian kasi ni berat man version punya mungkin susah nak aim" Sedikit penjelasan dari Rona.

"Jadi kau ajar aku guna la Rona, takderhal la punya" Kin mencelah.

Rona angguk kepala.

Normah lihat meter minyak. Congakan rawaknya dia mendapati van ini boleh bergerak di atas jalan selama lima jam lamanya jika kelajuan van ini malar selaju 90km/sejam. Menurut Sofian, langkah paling selamat adalah terus bergerak laju.

Bergerak sehingga Sofian berjaya mendapatkan tangkal taring dari Santun Kemboja.

"Lisa syukur kau masih hidup" Ucap Rona. Mereka berpelukan bersama Melly.

"Syukur kau orang juga selamat" Lisa renung Kin" Aku selamatpun kerana kak Kin dan kak Nora, mereka berdua hebat" Ujar Lisa sambil mengesat air mata.

Kin senyum senget. Nora pula sengih sekejap. Matanya masih merenung luar van. Merenung bulan yang semakin garang merahnya. Nora teringat cerita neneknya.

"Nora, kamu dan nenek berkongsi darah yang istimewa" Ujar nenek Nora.

"Darah apa nek?" Nora bertanya.

"Darah keturunan, kita juga berkongsi darah ini dengan seseorang tapi nenek tidak pasti siapa. Saudara jauh barangkali, seringkali dia muncul dalam mimpi nenek...Darah kita inilah Santun Kemboja mahukan" Jelas nenek.

Nora masih tidak mengerti apa-apa. Apa istimewanya darah yang ada dalam badannya dan siapa lagi seorang yang berkongsi darah yang sama.

Nora renung Lisa.

>>>

"Kau orang dua pandai guna shotgun tak?" Tanya Sofian.

Dua-dua geleng kepala. Soalan itu Sofian sudah duga. Jarang orang Malaysia yang berstatus marhaen pandai menggunaka senjata api.

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now