Cikgu

221 13 1
                                    


Cikgu Fatimah duduk bersama Cikgu Anis melayari perasaan sambil ditemani unggun api yang marak nyalaannya. Di samping mereka berdua tiga orang pelajar tingkatan lima iaitu Rina, Aminah dan Mastura. Fungsi mereka dalam program perkhemahan ini adalah sebagai urusetia. Setiap pelajar tingkatan lima ditugaskan menjadi pemerhati bagi pihak cikgu. Memerhati yang lebih muda dari mereka.

Mereka ditugaskan menjadi penjaga kepada adik-adik mereka.

"Sejuknyer malam nih" Cikgu Fatimah berseloroh. Tangannya sedikit gigil.

"Harap budak-budak tur tak apa-apa" Cikgu Anis mencicip sedikit kopi. Terasa segar kembali setelah lelah menolong cikgu Latiff menguruskan pelajar-pelajar yang terlibat dengan permainan burung hantu. Mastura dan Aminah kelihatan sedang menyusun kad-kad untuk program yang seterusnya.

Selama lima minit mereka duduk termangu, cikgu Anis kelihatan bangkit.

"Mastura, kamu teruskan kerja kamu tu ya. Saya nak ke khemah sekejap"

"Baik cikgu"

"Err Anis boleh ambil biskut saya tak, lapar ler hehe" Cikgu Fatimah tersengih.

"Okay"

Sebaik cikgu Anis kabut dari pandangan, cikgu Fatimah sambung dengan lamunannya. Penatnya masih tersisa. Ini merupakan kali pertama cikgu Fatimah diberi tanggungjawab menguruskan perkhemanah pelajar. Pengalaman pertamanya sejak menjadi guru. Sedikit teruja membuak di lubuk hatinya. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

Cikgu Fatimah hirup kopi yang masih hangat.

"Tolongggggggggg!"

Cikgu Fatimah tersentak. Jeritan sayup-sayup kedengaran di hujung tapak perkhemahan. Kedengaran seperti di tepi sungai. Cikgu Fatimah, Mastura dan Fatimah masing-masing berpandangan. Masing-masing kebingugan.

"Cikgu sapa jerit tur?"

"Hmmm, jom kita tengok"

"Hnsssssss"

Masing-masing membeku. Bunyi dengusan itu sungguh berat. Tidak seperti dengusan manusia. Cikgu Fatimah berpaling ke belakang.

"ARGHHHHHHHH!"

Makhluk besar berbulu seakan-akan beruang muncul secara tiba-tiba. Mulutnya penuh dengan darah. Giginya mengigit ketat anggota tangan manusia. Tidak pasti milik siapa tangan itu.

"Grrrrrrrrr!"

"SEMUA LARIIIIII!"

Tanpa berfikir panjang, cikgu Fatimah, Mastura dan Amira lari litang pukang. Mereka berlari tidak tentu hala. Lari mereka masuk ke dalam hutan.

>>>

Lisa memaut tangan Kin erat. Kudratnya dikerah sehabis mampu. Di belakangnya susuk lembaga gelap sedang mengejar. Mereka berdua berlari kembali masuk ke dalam hutan. Agak jauh mereka lari meninggalkan makhluk itu. Mahkluk itu pula masih tidak putus asa mengejar mereka.

"Lisa lari Lisa, kau kena kuat atau kita mati!" Jerit Kin.

Lisa cuba sehabis boleh. Kakinya melangkah laju.

"Kak tu rabung, kita sorok di sana"

Sementara makhluk bengis itu kejauhan di belakang, Lisa mencergaskan mindanya dengan satu idea.

"Bagus Lisa, jom kita sorok sana"

"Emm"

Berlari mereka degang segera menuju tebing bukit. Perlahan-lahan mereka mengelongsor turun lalu bersembunyi di balik dedaun pokok.

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now