Jin Bulan

150 8 1
                                    


"Adeh!"

Lisa dilempar jatuh. Sakit punggungnya menghempas permukaan yang keras. Santun Kemboja jengilkan matanya. Meleret senyum sinis yang sering terlakar di watak-watak jahat setiap cerita panggung. Senyuman psycho yang keji.

Manusia yang sedang dominan kejahatannya bukan lagi Cikgu Fatimah yang Lisa kenal. Cikgu yang manis bicara, sopan tuturnya. Setiap nasihatnya buat Lisa semangat hendak belajar. Sebelum bertemu Cikgu Fatimah, Lisa antara individu yang lemah dalam percaturan.

Lisa seorang pelajar yang tidak ada keyakinan diri. Sering senyap sukar hendak berbicara. Rona dan Melly sahaja teman yang dia kenali. Ketika di sekolah rendah Lisa menjadi pelajar kelas khas. Lisa jenis lambat belajar ketika itu. Sebaik melangkah ke sekolah menengah, Lisa menjadi kurang bercampur. Tiada keyakinan hendak berkomunikasi.

Atas sebab itu Lisa antara yang sering ditegur guru subjek. Sering mendapat markah yang kurang memberangsakan. Sering dipinggirkan. Terima kasih pada Rona dan Melly. Satu-satunya teman Lisa yang setia dari alam kanak-kanak hingga ke alam remaja.

"Nur Lisa binti Sofian. Sedap nama kamu ya, mari duduk di hadapan saya" Jemput Cikgu Fatimah yang berkehendakan Lisa duduk mengadap teman-teman lain.

Lisa gugup. Gementarnya buat tangan dan kakinya mengigil. Masalah ini yang buat Lisa sukar menonjolkan diri. Rona dan Melly memberi semangat dari belakang.

"Mari Lisa duduk di sebelah saya" Ajak Cikgu Fatimah lagi mahu Lisa naik ke pentas. "Jadikan ini perkara pertama kamu untuk keluar dari zon ketakutan kamu, yang lain beri sorakan pada Lisa" Tambah Cikgu Fatimah lagi.

Bersorak Rona dan Melly. Begitu juga yang lain. Kin di bahagian paling belakang booos dengan nada perlahan. Lisa tarik nafas dalam-dalam. Dia melangkah naik dengan rasa gemuruh yang buatnya darahnya mula turun.

Cikgu Fatimah peluk Lisa erat. "See, kamu hebat kan Lisa" Cikgu Fatimah lepaskan rangkulan dan tampilkan Lisa di hujung pentas. "Sekarang ceritakan siapa kamu dan kenapa kamu mahu sertai kelab kaunseling".

Sejak dari situ Lisa menganggap Cikgu Fatimah seorang wanita yang memberinya inspirasi dan motivasi. Sejak dari situ jugalah hubungan Lisa dan Cikgu Fatimah semakin akrab.

"Terima kasih cikgu" Senyum Lisa apabila mendapat hadiah berupa jam tangan ICE.

"Itu adalah reward kamu kerana berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang" Puji Cikg u Fatimah.

Lisa senyum.

Itu dahulu dan kini Lisa menangis. Sakit dirinya dilempar kasar. Santun Kemboja mengheret Nora dan dilemparnya mengadap Lisa. Nora segera merapati Lisa. Takut dia melihat jengil mata Santun Kemboja.

"Nora, kamu cantik macam nenek kamu. Sayang sungguh aku tidak sempat bunuh nenek kamu...celaka sungguh dua budak jantan itu, heh" Santun Kemboja tarik muka Nora. Menjerit remaja perempuan itu kesakitan "Tapi tak mengapa, kini aku sudah ada dua keturunan Seri Kemboja, dua-dua akan aku bunuh hahahaha!"

Nora kerling pada Lisa. Matanya sayup, kepalanya semakin sankit. Lisa ingin lakukan sesuatu tetapi dia takut hendak bertindak.

"Sebab dua celaka ini aku terpaksa cari tangkal aku yang hilang, ciss!" Berlubang lantai dek ditumbuk Santun Kemboja. Serpihan batu melukai tangan Lisa. "Sebaik aku jumpa dan bolos ke alam manusia, nenek kamu sudah berkahwin. Darah nenek kamu bukan lagi dara. Sejak itu aku tunggu dan tunggu, rupanya kesabaran aku menunggu membuahkan hasil yang lumayan. Bukan satu kelahiran perempuan, tetapi dua" Akhir kata Santun Kemboja habiskan dengan hilai tawa.

"Untuk apa kau mahu tukarkan jasad kami dengan jasad kamu. Agar kamu kekal muda?" Soal Nora.

"Ya, usai lengkap korban aku yang ke seribu aku akan dapat kuasa yang hebat. Aku perlukan tubuh muda untuk aku kekal muda selamanya, aku tidak perlukan lagi susuk dan jampi yang bersifat sementara" Santun Kemboja bangkit. Tangannya mencengkak leher Nora. Kudratnya gagah mencekik Nora hingga terangkat Nora beberapa meter. "Untuk itu aku perlu tubuh kau wahai budak, dan Lisa pula aku akan jadikan dia sebagai anak aku, heh"

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now