Operasi Pencarian

194 12 0
                                    

Besi yang menjadi tubuh bas itu menyejuk di kala malam yang semakin dingin. Malam selepas hujan adalah malam yang mengigilkan. Begitulah keadaan tubuh Encik Jamil ketika ini. Di atas kepalanya bulan mengambang cantik.

Krekkkk

Pintu bas ditolak dengan kudrat dua belah tangan. Sedikit berat hendak membuka pintu bas itu. Encik Jamil mendaki anak tangga bas. Matanya kerling isi dalam bas ekspress itu. Kosong dan gelap. Entah ke mana hilangnya penumpang dan pemandu bas ini. Sudah sekian lama ia tersadai di dalam hutan. Bersama dengan dua bas di sebelahnya.

Perkara yang menghairankan Encik Jamil adalah bagaimana bas ekspress tiga buah ini masuk ke dalam hutan. Sekitarnya tiada jalan malah pokoknya rapat-rapat. Belum dikira dengan kawasan berbukit.

"Boss" Seorang lelaki yang menjengah kepalanya. Nama lelaki itu Hashim. Pembantu Encik Jamil.

"Ya, kejap" Encik Jamil berjalan keluar dari bas itu. Matanya tertacap pada tampalan cukai jalan di cermin bas. Dua ribu tujuh.

Encik Jamil mengeluarkan satu laporan berita pada tahun 2007. Nombor plat yang terpampang dia lihat.

"Hmmmm"

Inilah bas yang membawa pelajar sekolah menengah di Terengganu. Mereka dilaporkan telah hilang secara tiba-tiba ketika melalui jalan Bukit Putus. Manakala Encik Jamil menjumpainya di hutan Gopeng.

Hal ini menambahkan keanehan yang sedia ada.

"Boss ada banyak rangka manusia kat sana" Hashim memandu Encik Jamil tuju ke tebing rabung. Disuluhnya Hashim ke bawah.

Encik Jamil menjengah ke dasar rabung itu. Bertimbun rangka manusia yang tidak tahu siapa miliknya. Encik Jamil sapu dahinya. Air embun mula menitik.

"Nampaknya sudah lama Pak Abu buat kerja nih, cis" Ujar Encik Jamil.

>>>

Vroommmmm

Sebuah kenderaan polis berderu laju melanggar udara sejuk yang sedang menyelubung atsmosfera selepas hujan. Hala tuju mereka adalah sungai Geroh. Usai tiba ke kawasan yang dituju terpampang besar nama tempat yang mereka mahu singgah itu.

Pusat dan Tapak Rekreasi Gopeng.

Puas dengan keadaan kereta diletakkan, dua anggota polis itu keluar dari perut kereta. Ketika ini ruang parker penuh dengan kenderaan awam dan kenderaan dari jabatan kerajaan beruniform. Kelihatan beberapa khemah didirikan. Ada ramai anggota unit beruniform berkumpul di deretan khemah. Tidak kurang juga kumpulan orang awam yang bertindak selaku sukarelawan.

Misi mereka semua sama. Mencari lima puluh orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti Jaya yang hilang sejak tiga hari lalu.

Sarjan Zainudin berjalan bersama anggta bawahannya, Koperal Sebu. Tugas mereka pula adalah mendapatkan maklumat kes kehilangan ini. Sarjan Zainudin disambut oleh Kapten Zarul, selaku ketua bomba Gopeng. Ada beberapa radio dan talkie walkie di atas sebuah meja. Alat komunikasi di dalam hutan.

"Sudah berapa lama cari kapten?" Tanya Sarjan Zainudin.

"Masuk sekarang dan lima jam mereka mencari, aneh betul satu bendapun tak jumpa"

Sarjan Zainudin tidak mahu lama berbual, takut menganggu kerja Kapten Zarul. Tujuan dia di situpun hendak bertemu muka dengan Encik Osman. Ada maklumat yang perlu dia perolehi.

"Assalammualaikum encik Osman" Salam diberi. Mereka saling bersalaman. Saling menyambut salam.

"Apa yang boleh saya bantu?" Tanya Encik Osman. Dia sudah bersedia dengan soal jawab dari pihak polis.

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now