Sukarelawan Berdarah

168 10 0
                                    


"Bang Radzi! Nak ke mana tur?" Jeritan lantang Ruzai menyedarkan Radzi dan Normah.

"Maaf Ruzai, saya macam Nampak seseorang kat hujung sana" Radzi menyuluh ke gigi sungai Geroh.

"Owh yeker, bang Radzi dah jauh dari kami sebenarnya tadi. Nasib baik saya sedar" Ruzai bercakap sambil berjalan ke arah Kazman. Di belakangn seorang pemuda yang namanya Ramli.

"Maafkan saya ya, tidak sedar pula kami" Ujar Normah.

Radzi hanya angguk kepala. Tangannya mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Takper, jom kita ke sana. Ramli suruh yang lain standby sini dulu" Arah Ruzai.

"Ay yay kapten" Dengan pantas Ramli berlari naik ke atas bukit. Dia menjerit memanggil sekumpulan pencari manusia agar berkumpul.

Radzi dan Normah memandu Ruzai ke tebing sungai. Lampu suluh disorot ke tempat yang Radzi dakwa. Mereka melihat sekitar kawasan itu. Kosong. Tidak kelihatan kelibat manusia di sekitarnya.

"Macam mana bang?" Tanya Ruzai.

"Erm, aneh tadi saya nampak macam orang duk nyorok belakang pokok nih. Rasanya dalam dua orang macamtur" Balas Radzi. Dia kelihatan sedikit keliru.

"Radzi mari sini, saya jumpa satu benda" Jerit Normah.

Sambil duduk tertinggung, Normah menguis-guis sesuatu di permukaan air.

"Ada apa Normah?" Tanya Radzi.

"Radzi tengok nih, cer tengok logo sekolah dia" Normah menunjukkan sehelai baju kurung yang agak merah warnanya.

Radzi tatap lencana yang tertacap di atas tanda nama berwarna merah. Nurrul Suhaila. Radzi hanya berdiam. Matanya bundar. Ada sesuatu bermain di mindanya.

"Kenapa Radzi?" Tanya Ruzai.

"Logo ini, logo sekolah Lisa" Jawab Radzi. Mukanya sedikit cuak.

Baju kurung putih itu penuh dengan darah. Radzi membalikkan baju itu. Ada carikan yang sangat besar. Carikan yang mengoyakan baju.

"Kalau begitu kita kena beritahu yang lain" Ujar Ruzai.

Radzi dan Normah angguk kepala. Mereka bertiga kembali ke arah Ramli yang sedang menanti kelibat mereka. Terlihat juga masing-masing sudah siap berkumpul di atas bukit.

"Tengok ni tuan" Ruzai menyerahkan baju berwarna merah itu pada anggota polis. Namanya konstabel Naim.

"Baju sekolah nih penuh darah" Ujar Naim.

"Itu logo sekolah anak buah saya, tuan" Ujar Radzi.

"Hmmm, jika begitu kita mula mencari di bahagia sana. Rasanya sungai tak berapa dalam boleh beberapa orang merentas sungai" Arah Naim.

"Kalau begitu kita pecah kepada dua kumpulan, sepuluh ikut tuan Naim, manakala lagi sepuluh ikut saya dan Radzi" Arah Ruzai pula.

Masing-masing bersetuju. Masing buka langkah

>>>

Rona, Melly dan Naja berjalan agak jauh ke hadapan. Entah ke mana hala tuju mereka. Apa yang mereka mahu adalah jumpa jalan keluar dari hutan ini. Masing-masing sudah mulai lapar. Penat berlari dan bersembunyi buat tubuh mereka semakin lemah.

Rona minum sedikit air yang ditakung. Air sungai Geroh. Dia tidak lagi peduli akan kualiti kebersihan air itu. Melly pula mengunyah sedikit roti yang dibawa Naja. Muncul Naja menggalas sebuah beg di belakangnya. Syukur ada Naja.

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now