Kemandiri

130 10 2
                                    


Kemalangan dasyat melibatkan lima belas kenderaan di laluan ke selatan Terowong Menora...

"Nah tengok ni Radzi"

Ruzai memberi helaian surat khabar yang di temukan di lantai rumah. Radzi menatap gambar lori treler yang menutup laluan jalan raya. Gambar foto jasad lori itu sama dengan jasad lori di hadapannya. Remuk lori itu seragam dengan apa yang dipaparkan di dalam akhbar itu.

Radzi menunjuk laporan akhbar itu pada Normah dan Hannah.

"Dunia ghaib ini akan meniru segala kejadian buruk yang pernah berlaku, semuanya berkaitan dengan kematian manusia"

"Maksud encik Ruzai alam ghaib ini macam alam kematian? Alam barzakh?"

"Bukan bang Radzi, alam ghaib ini gunanya untuk menyesatkan umat manusia. Semua kematian ini dijadikan oleh jin sebagai hantu. Ya, hantu yang sering kita dengar dari mana-mana cerita seram"

"Owh betul juga"

Suasana menjadi senyap serta-merta. Masing-masing merenung ke arah deretan kereta itu. Walau pelbagai benda mereka sudah hadapi namun otak mereka masih tidak boleh hadam apa sepenuhnya. Masing-masing hilang idea.

Hanya apa yang diperkatan oleh Ruzai dianggap perkara yang berasas.

"Mari kita teruskan perjalanan, kita cuba cari anak buah encik Radzi" Ujar Ruzai.

"Erm jom" Balas Normah. Dia bangkit membetulkan begnya. Seteguk air diminum menghilangkan dahaga.

Radzi membuka hud sebuah kereta. Barang yang dikehendaki ada di dalam ruang kereta itu. Peti kecemasan. Isi peti itu Radzi simpan. Diketuai oleh Ruzai, mereka berempat sambung perjalanan mereka ke hadapan.

Menyelusuri jalan kecil itu mereka berempat berjalan kaki. Radzi merenung isi ladang teh yang berada di sebelahnya. Merimbun daun teh yang ditanam. Nampak cantik susunan pokok teh di sepanjang lereng bukit. Radzi merenung pula wajah Normah. Berjalan di belakang Radzi adalah Ruzai dan Hannah.

"Normah memang selalu follow orang masuk hutan cari orang hilang ker?" Tanya Radzi.

"Erm, selalu tu taklah bila ada kelapangan Normah ikut serta. Kesian tengok mak bapak orang hilang dalam hutan nih, berharap sangat anak mereka hidup"

"Tu lah, harap anak buah saya selamat di luar sana"

Normah senyum.

"Jangan risaulah Radzi, kita doakan yang baik-baik"

Radzi pula senyum.

"Erm Normah, boleh saya tau Normah kerja apa? Study?"

"Owh saya kerja kerani di pejabat kerajaan, hobi saya berkhemah dan hiking. Itu sebablah saya suka join benda-benda macam ini"

"Sayapun minat camping ni Normah, tapi tulah malas nak masuk hutan hehehe"

"Ish tak adventure la macam tur wak, nanti ada masa joinlah kita orang camping eh. Best tau"

"Heh, okay"

>>>

Encik Jamil menunjukkan sekeping keratan akhbar kepada Sarjan Zainudin. Keratan akhbar itu bertarikh 1998.

"Ingat lagi tak kes ini Sarjan Zainudin?" Tanya Encik Jamil.

"Ingat benar Jamil, inilah kes terakhir bapa kau dan kes pertama aku. Kes kehilangan budak sekolah menengah" Jawab Sarjan Zainudin.

"Ya, inilah kes kehilangan terakhir yang bapa saya handle sebelum dia bersara. Dari tahun 1970 hingga tahun 1998, bapa saya hadapi corak kes yang sama"

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now