Nora

171 10 0
                                    

Nora. Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti Jaya. Beberapa bulan sahaja lagi dia bakal menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga. Dia perlu kurangkan beban otaknya dari kera belajar. Dia perlu take five untuk rehatkan otaknya yang bakal kehabisan oksigen.

Atas dasar itu Nora ambil keputusan untuk menyertai program perkhemahan yang dianjurkan oleh kelab kaunseling sekolah. Ia juga atas saranan cikgu Fatimah. Turut serta berkenan dengan cadangan cikgu Fatimah Lisa, Melly, Rona dan lain-lain.

Cemburu Nora melihat mereka bertiga. Masih muda dan ceria. Mereka masih baru di alam remaja ini. Saat ini semuanya nampak baru. Nampak seronok. Nampak kebebasan. Namun jika tidak dikawal, ia memudaratkan.

"Hmmm"

Berat nafas Nora. Mengenangkan hal dia dengan Shah buatkan dia terasa bodoh. Cinta monyetnya hanya hal yang sia-sia. Banyak lagi perkara dia perlu hadap. Kenapa perlu perbodohkan dirinya dengan cinta yang tak ke mana? Sedih mengenangkan teman lelakinya itu curang dengan pelajar lain. Nora bungkam tubuhnya.

Di kerus bas yang empuk berserta penghawa dingin yang sejuk, terasa lega sedikit tubuh Nora. Penat juga angkat beg tadi. Penat juga memikirkan hal percintaan tidak matangnya. Penat menjadi remaja belasan tahu. Entah bila hendak menjadi dewasa.

Lebih bagus dia fikirkan hal yang mengutungkan masa hadapannya dari memikirkan hal yang membuat dia rugi ketika di masa silam. Lebih baik dia fikirkan bagaimana hendak lulus cemerlang dalam PT3.

Lisa dan temannya berjalan melepasi Nora. Mereka pilih tempat duduk paling belakang. Seronok Nora melihat pelajar juniornya. Tidak perlu banyak konflik. Bergembira dengan kawan-kawan. Lebih seronok dari berdampingan dengan lelaki.

Sebab lelaki seorang, berperang perempuan sekalian alam. Memang nampak bodoh dan prejudis, namun itulah hal itulah yang sedang melanda Nora dan kawan-kawannya.

"Hmmmmm, diapun ikut sekali ker siallah" Getus hati Nora.

Nora merenung luar bas. Kelibat Aisyah direnung tajam. Itulah kawan. Itulah perampas. Itulah dia si tikam belakang. Lidah bercabang. Tidak sangka kerana lelaki kawan sanggup menjadi musuh.

"Baik semua, kita akan mulakan perjalanan. Cikgu harap kamu semua jaga adab dan displin di tempat orang nanti ya. Cikgu harap kamu gembira dan seronok dengan perkhemahan kelab kita ini" Ujar Cikgu Fatimah melalui mikrofonnya.

Nora menyandarkan tubuhnya. Hanya dia seorang sahaja pelajar tingkatan tiga yang duduk di dalam bas ini. Dia tidak mahu duduk sama tempat dengan Aisyah. Nora tidak gemar bikin drama.

Vrommmmmm

Bas bergerak menuju ke destinasi.

>>>

Nora duduk keseorangan di gigi air. Duduk merenung nasibnya yang sedang disakiti. Teman-temannya yang lain pula tidak semua turut serta. Hanya Naza dan Ayu yang ada sekali di tapak perkhemahan ini. Namun mereka bukan lagi bergelar teman.

Mereka kini adalah musuh. Bukan mereka sahaja, semua teman setingkatan dengannya tidak lagi sebulu. Teman-teman yang lain lebih senang menyebelahi Aisyah dari mempertahankan pendirian Nora. Sedih Nora melihat kelakuan teman-temannya.

Kini baru dia sedar semua teman-temannya cemburu benar dengan hubungannya dengan Shah. Lelaki paling kacak di kalangan tingkatannya. Nora pula perempuan yang paling baik di kalangan bekas teman-temannya. Kebaikannya membunuh, fitnah Aisyah lagi kuat pengaruhnya.

Sesekali dia merenung Aisyah dan bekas teman-temannya, Naza dan Ayu. Sakit hati sungguh, namun itu hal yang dia pendamkan. Nora kembali matanya menatap air sungai. Sejuk dan tenang. Segar sungguh jika dapat mandi ketika ini.

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now