Pesta Kematian

266 12 1
                                    


"TOLONGGGG!!"

Rona berlari ketakutan. Kepekatan gelap hutan dirempuh semberono. Tidak peduli apa di hadapan apabila ketakutan kuat merasuk diri. Peraturan permainan burung hantu tidak lagi terpakai. Rona terus berlari.

"TOLONG ADA ORANG MATI!!"

Rona berlari ketakutan. Berlari kerana terlihat dua mayat pelajar dalam keadaan sungguh ngeri. Perut mereka dirobek. Terburai isi perut. Wajah mereka hancur remuk. Cebisan-cebisan tengkorak bersepahan. Rona sendiri sukar hendak mengencam mayat mereka. Rona berlari cemas. Di mindanya membayangkan beruang atau harimau yang membunuh dua pelajar itu.

Duk!

Rona tersungkur jatuh. Kakinya menendang akar besar yang menjalar.

"Aduh, isk isk. Melly...Lisa, tolong aku huuhuu"

Rona menangis. Takutnya membantutkan akal. Gambaran ngeri masih segar di fikirannya. Rona tidak pasti mahu tuju ke mana. Sekelilingnya hutan gelap. Tampak sama di setiap sudut.

"RONA!!"

Rona tersentak. Suara itu dia kenal benar. Suara yang memanggilnya.

"MELLY!!"

>>>

Di balik lindungan semak cikgu Nazmah mencari perlindungan. Dalam keadaan mencangkung cikgu Nazmah bersembunyi. Degupan jantung yang kencang menyukarkan cikgu Nazmah bertenang. Sambil menutup mulut cikgu Nazmah mengintai di balik semak. Menanti saat yang selamat untuk keluar. Berharap persembunyianya tidak dihidu pak Abu.

Duk!

"Erghhhh! KAU JANGAN RAPAT SETAN, AKU LIBAS KAU DENGAN PARANG NI CELAKA!!"

Mata cikgu Nazmah membulat. Beberapa meter dihadapannya adalah cikgu Ayob yang jatuh terpelosok. Kakinya berdarah teruk. Muka cikgu Ayob calar balar serta lebam. Dua tangannya menggengam sebilah parang yang dihunus ke hadapannya. Cikgu Nazmah cemas. Adakah perlu dia memanggil cikgu Ayob?

"He he he"

Cikgu Nazmah tersentak. Dia menutup rapat mulutnya. Kelihatan kelibat pak Abu jalan bersahaja.

"Kau jangan rapat! Kau nampak parang aku nih!"

"Hahaha"

Pak Abu kelihatan lebih dominan dari cikgu Ayob. Roman wajah yang lemah melambangkan cikgu Ayob semakin tewas. Pergelutan dia dengan pak Abu tadi memang tidak terlawan. Kudrat pak Abu tidak sama dengan usia tuanya. Cikgu Ayob tewas dan hanya mampu merengkot ke belakang.

Pak Abu senyum. Langkahnya semakin hampir dengan cikgu Ayob. Langsung tidak dia pedulikan amaran yang dilontarkan.

Zsssss Zsssss

Cikgu Ayob melibas angin. Cubaannya untuk menghalang pak Abu dari menghampirinya.

"JANGAN KAU DEKAT DENGAN AKU SETAN!!!"

"HAHAHA"

Pak Abu menyeringai. Kedua tangannya diangkat. Gaya pak Abu seperti harimau yang mahu menyerang. Tangannya separuh genggam.

"ARGHHHHH!!"

Pak Abu menerkam cikgu Ayob. Taring runcingnya tersembul keluar membaham wajah cikgu Ayob. Kudrat cikgu Ayob lemah, ayunan parang tidak menjejaskan langsung tubuh pak Abu. Ditempisnya parang itu ke tepi. Tangan pak Abu mencengkam kuat tubuh cikgu Ayob.

Serta merta cikgu Ayob tewas.

Mukanya diratah pak Abu. Dada cikgu Ayob ditumbuk. Tangan pak Abu mengenggam jantung cikgu Ayob lalu ditariknya keluar. Digenggam. Cairan merah mengalir masuk ke dalam mulut pak Abu. Masih kelihatan sisa-sisa daging merah di mulut pak Abu.

Perkhemahan Duke ArjukaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz