Bapa Lisa

145 8 0
                                    


Sofian mematikan dirinya. Di dalam sebuah bangunan dia bersembunyi. Matanya fokus memandang hadapannya. Dari celahan kaunter Sofian mengintai. Jantungnya berdegup. Peluh merecik. Nafas dikawal dan tubuh dijaga.

Mata Sofian tajam mengawasi lembaga gelap di hadapannya. Tubuh mereka Tegan dan besar serta berbulu lebat. Wajah mereka bengis. Jarak Sofian dengan makhluk itu hanya beberapa meter. Makhluk-makhluk itu melilau mencari mangsa.

"Ciss aku dah agak, ini pasti angakara Santun dan Pak Abu. Dua celaka ini tak habis-habis nak buru keluarga aku, ingatkan dah mati. Erghhh!" Getus hati Sofian. Dia berasa sangat geram namun geramnya dipendam.

Pergerakan dikawal. Emosi dijaga. Jika lembaga itu dapat menghidu atau nampak kelibat Sofian nescaya tiada harapan lagi untuk Sofian selamat. Sofian kenal benar dengan gerangan makhluk ganas itu. Makhluk-makhluk itulah membunuh semua rakan sekolahnya.

Segar di ingatan Sofian, ketika itu dia terperangkap di Kem Duke Arjuka.

>>>

1998

Sofian berlari pantas. Lariannya cuba menyelamatkan diri. Di belakang Sofian terdapat puluhan manusia gila yang sedang mengejarnya. Puluhan manusia gila itu ketagihan daging mentah Sofian. Disamping itu juga mereka mahu mendapatkan kembali barang yang Sofian curi dari Pak Abu.

Mengalir deras air mata Sofian. Tidak sangka perkhemahan bersama-sama teman sekolahnya bertukar tragedi.

Rancangan asalnya Sofian bercadang mahu bersama teman-temannya menyertai program anjuran sekolah. Program berkhemah di tepi sungai. Selama dia hidup tidak pernah langsung Sofian berpeluang berbuat demikian. Atas dasar itu dia mahu merasa pengalaman berkhemah.

Namun ayahnya melarang keras hasrat hati Sofian itu.

"Ayah kenapa tak boleh?" Bentak Sofian.

"Sudah banyak aku ceritakan sumpahan Kem Duke Arjuka kepadamu, kau masih tidak percayakah?" Balas ayah Sofian kembali. Raut wajahnya sedikit serius.

"Bukankan hal itu sudah lama terjadi, sudah tentu Pak Abu dan Santun Kemboja sudah mati dimakan usia"

"Mana kamu tahu Sodian. Mereka itu bomoh" Ayah Sofian mengalihkan pandangannya ke arah surat khabar.

"Mereka cuma bomoh bukan tuhan" Sofian berseloroh.

"Sudah! Aku katakan tidak boleh maka tidak boleh" Ayah Sofian gertak garang.

Hampir gugur jantung Sofian mendengar ayahnya meninggikan suara. Mahu tidak mahu Sofian terpaksa keluar secara sembunyi. Dia tidak pedulikan larangan ayahnya.

"Ah, aku tak peduli. Aku juga mahu berseronok" Getus hati Sofian. Raut wajahnya memberontak.

Tanpa mendengar kata ayahnya, Sofian menurut kata nafsunya. Bersama Cikgu Munah dan Cik Zainal sebagai pengatur program, Sofian dan teman-temannya mengikuti dua cikgu itu berkhemah di tepian sungai.

Pada awalanya semua berjalan dengan lancar. Masing-masing gembira. Masing-masing berseronok. Dapat mandi-manda bersama. Dapat melihat pelbagai pokok dan binatang. Dapat menikmati udara hutan. Namun dapat bersama kawan-kawannya itu lebih penting dari segalanya.

"Heh"

Namun gembira Sofian hanya sementara. Tibanya waktu malam semuanya menjadi carca merba. Ketika inilah Cikgu Munah dan Cikgu Zainal tunjukkan diri mereka yang sebenar. Santun Kemboja dan Pak Abu. Dua manusia durajana yang mengheret Sofian dan temannya ke alam jin.

Alam Kem Duke Arjuka.

Maka bermulalah pesta pembunuhan beramai-ramai. Semua teman sekolah Sofian dibunuha rakus dan tubuh mereka diratah oleh lembaga-lembaga yang hidup di alam itu. Alam hantu. Tidak cukup dengan itu, tiap kawannya yang mati dibangkitkan kembali menjadi orang gila yang kini sedang mengejar Sofian.

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now