TK (BC)

1.4K 118 0
                                    

Bangchan. Seorang pelajar di sebuah Universiti yang terdapat di Seol. Seorang yang ceria dan kebudak budakkan. Mempunyai 7 orang sahabat. Bangchan merupakan seorang pelajar pertukaran dari Sydney, Australia. Sentiasa tersenyum namun tiada siapa yang tahu maksud di sebalik senyuman tersebut.

"Chan hyung!!" Jerit Yang Jeongin iaitu ahli termuda di kalangan sahabat Bangchan. Bangchan yang sedang minum air di cafeteria hampir sahaja tersedak.

"Bwo??!!" Soal Bangchan. Jeongin hanya tersengih.

"Hyung nak tau something tak?" Soal Jeongin. Bangchan hanya mengangkat kening.

"Tapi kita kena tunggu Hyunjin hyung dulu" Kata Jeongin sambil tersengih. Bangchan mengeluh perlahan. Minuman di hadapannya kembali di sedut. Sementara menunggu Hyunjin mereka berdua berbual kosong terlebih dahulu.

"Hah tu Hyunjin hyung" Kata Jeongin sambil menunding jari ke arah Hyunjin. Hyunjin berjalan mendekati mereka berdua.

"Hah cepatlah cerita. Hyung ada kelas kejap lagi" Kata Bangchan sambil melihat jam tangannya. Jeongin memandang ke arah Hyunjin lalu mengangguk apabila terlihat Hyunjin sedang memandang ke arahnya.

"Hyung tau tak ada gosip panas" Kata Hyunjin. Bangchan memandang ke arah Hyunjin. Kening sebelah kanan di angkat.

"Kau ni. Apa dia?" Soal Bangchan. Hyunjin kelihatan gelisah dan serba salah ingin beritahu. Lagipon dia adalah pemberita di Universiti tersebut. Jadi sudah pasti semua tentang Universiti itu dia tahu.

"Gambar Nancy tertera dekat majalah sekolah. Halaman depan pulak tu" Kata Hyunjin. Bangchan melihat Hyunjin sambil mengangkat kening.

"So?" Soal Bangchan. Air dihadapannya di sedut kembali.

"Ok tu bukan masalah dia. Masalah dia yang sebenar sekarang ni ialah dia kata Hyung adalah bakal tunang dia" Kata Hyunjin. Air yang diminum Bangchan tersembur keluar. Hyunjin dan Jeongin segera mengelak. Mereka berdua menghembus nafas lega kerana sempat mengelak.

"Kau biar betul?" Soal Bangchan. Hyunjin dan Jeongin menganggukkan kepalanya.

"Aku nak kau padam perkataan bakal tunang dekat majalah tu" Arah Bangchan.

"Masalahnya Hyung. Bendanya dah dicetak dan bakal diedarkan petang ni" Kata Hyunjin.

"Kenapa baru sekarang korang nak bagitau hyung?" Soal Bangchan sambil meraup wajahnya. Rambutnya diselak ke belakang menyerlahkan dahinya yang licin itu.

"Hyun pon baru tau sebab bukan Hyun yang cetak majalah kalini" Kata Hyunjin dengan serba salah. Bangchan memandang ke arah Hyunjin.

"Habistu siapa yang cetak kalau bukan kau?" Soal Bangchan.

"Sebab semalam Hyun tak datang so prof serahkan tugas tu dekat Racahel. Dia pon tak tanya Hyun samada perlu atau tak perlu. Sepatutnya hal peribadi kitorang tak boleh letak dekat majalah tu. Lagi pula Rachael masih baru" Terang Hyunjin tidak mahu Bangchan marah kepada Rachael.

"Takkan prof tak semak?" Soal Bangchan.

"Sepatutnya semua tugas ni dah diserahkan pada Hyun. Tapi macam yang Hyun cakap tadi semalam Hyun takde dan Rachael pon tak cakap yang majalah baru bakal di cetak. Pagi ni baru dia bagitau" Terang Hyunjin sekali lagi.

"Takkan tak boleh buat baru?" Soal Bangchan. Hyunjin menggeleng.

"Tak boleh hyung. Lagipon tarikh pengedaran dah ditetapkan" Kata Hyunjin. Bangchan mengeluh.

"Hyung pergi dululah. Kelas hyung dah nak mula ni" Segera Bangcha  meminta diri ingin ke kelasnya. Hyunjin dan Jeongin hanya menganggukkan kepala mereka.

Dalam perjalanan ke kelas Bangchan menggenggam penumbuknya tanpa di sedari sesiapa.

"Kau tunggu nasib kau nanti Nancy" Bisik hati Bangchan. Langkah dipercepatkan sebelum terlambat ke kelas.

TBC❤

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now