TK(BC)

361 51 0
                                    

Kesemua rakan rakan Bangchan memandang ke arah Shownu. Tertelan air liur Shownu dibuatnya apabila dirinya diperhati ramai. Shownu menarik nafas dalam lalu menghembus perlahan.

"Kalau hyung cerita perkara sebenar, hyung harap korang tak terkejut" Kata Shownu. Mereka semua hanya mengangguk meminta Shownu cerita.

"Hyung harap korang takkan putuskan persahabatan korang" Kata Shownu dengan penuh harapan. Kesemua rakan Bangchan memandang Shownu sambil mengerutkan dahi.

"Hyung. Cerita je boleh tak?" Soal Lino tidak puas hati. Mereka semua mula membuat bising kerana Shownu masih tidak menceritakan perkara sebenar. Shownu mengeluh perlahan.

"Wait. Sebelum tu, hyung ni siapa?" Soal Seungmin. Shownu tersenyum nipis.

"Hyung ni boleh dikatakan sebagai abang angkat Bangchan. Atau lebih tepat satu satunya keluarga Bangchan di korea" Kata Shownu membuatkan mereka menjadi lebih keliru. Shownu tersenyum lemah.

"Bangchan sebenarnya..." Shownu menggantungkan ayatnya lalu memandang ke arah rakan Bangchan. Kesemua mereka memandang Shownu menanti kata kata yang akan disambung oleh Shownu.

"Seorang pembunuh" Kata Shownu perlahan namun masih lagi dapar didengaei mereka. Terbuntang mata mereka mendengar apa yang Shownu katakan.

🔪🔪🔪

"Chan. Bagitau kenapa kau bunuh orang yang tak bersalah?" Soal inspektor Woojin yang kini hanya menggunakan 'kau-aku' memandangkan hanya mereka berdua di situ. Bangchan masih lagi diam.

"Bangchan-"

"Aku tak sengaja!!!" Jerit Bangchan yang tadinya menunduk memandang tangannya kini memandang ke arah inspektor Woojin.

"Aku tak sengaja faham tak? Kecuali Nancy" Kata Bangchan memperlahankan ayat terakhirnya. Namun inspektor Woojin tetap dengar.

"Kenapa kau bunuh Nancy?" Soal inspektor Woojin. Bangchan mengeluh perlahan.

"Sebab dia penipu. Dia tipu semua orang. Dia cakap aku ni bakal tunang dia" Kata Bangchan sambil menundukkan kepalanya. Inspektor Woojin memandang Bangchan lama.

"Kenapa kau marah? Bukan ke bagus? Ye lah dia kan kaya dan cantik. Kau boleh gunakan kekayaan dia untuk hukum mendiang Mr. Kwon dan semuanya akan berakhir" Kata inspektor Woojin sengaja untuk menyerabutkan lagi kepala otak Bangchan. Dia ingin menguji Bangchan.

"Tak aku taknak. Dulu memang aku fikir untuk buat macam tu. Tapi tak lepas aku dapat tau pekerjaan Nancy" Kata Bangchan. Inspektor Woojin memandang Bangchan sambil menyengetkan kepalanya.

"Maksud kau?" Soal insoektor Woojin. Bangchan berdecit sedikit kuat.

"Sebab dia pelacur!! Mesti kau tak tau kan? Well like what i said...harta dapat tutup segalanya heh" Kata Bangchan lalu tersengih sinis. Inspektor Woojin mengeluh perlahan.

"Kenapa kau bunuh Heechul iaitu cikgu kau sendiri?" Soal Woojin ingin mengorek rahsia Bangchan. Dia berharap sangat Bangchan akan beritahu segalanya namun dia silap. Bangchan hanya diam termenung. Inspektor Woojin cuba untuk memujuk Bangchan.

"Chan. Kalau kau cerita, berkemungkinan beban kau akan hilang" Pujuk inspektor Woojin. Dia bukannya pakar dalam hal memujuk ini dan dia bukannya pakar dalam hal memanipulasikan otak orang. Tetapi dia perlu cuba.

"Bangchan. Aku ulang lagi sekali. Kenapa kau bunuh cikgu kau?" Soal inspektor Woojin tenang. Bangchan memandang   inspektor Woojin.

"Aku tak sengaja. Waktu tu aku tengah mabuk" Kata Bangchan perlahan. Inspektor Woojin hanya memerhati Bangchan. Dia tahu lama kelamaan Bangchan akan beritahu segalanya. Cuma bukan sekarang waktunya. Inspektor Woojin menegakkan badannya semula.

"Kau taknak cerita apa apa lagi?" Soal inspektor Woojin. Bangchan hanya menggeleng lemah.

"Well Chan. This is not yourself. Lemah macam ni" Kata inspektor Woojin. Bangchan menggeleng sebelum menjawab.

"No. Kau salah. Ni adalah diri aku yang sebenar sebelum aku jadi 'the killer' " Kata Bangchan. Inspektor Woojin hanya memandang Bangchan.

"Dah ikut aku. Kau kena tukar baju dan aku akan bawa kau ke sel" Kata inspektor Woojin dan mendapat anggukkan dari Bangchan.

🔪🔪🔪

"Hyung jangan bergurau boleh tak? Takkan lah Chan hyung macam tu" Kata Felix sambil memandang Shownu. Shownu hanya mengeluh perlahan.

"Hyung tak bergurau. Ni semua betul Chan memang seorang pembunuh. Cuma dia taknak bagitau korang sebab dia taknak persahabatan korang musnah" Terang Shownu. Dia teringat Bangchan yang selalu mempersoalkan apa yang akan terjadi jika mereka semua dapat tahu. Hyunjin bangun dari duduk.

"Aku tak boleh terima semua ni. Aku tak percaya selama ni orang yang aku percaya adalah pembunuh" Kata Hyunjin lalu berjalan ingin meninggalkan mereka.

"Aku tak sangka orang yang selama ni aku agungkan adalah pembunuh" Kata Changbin lalu mengikuti Hyunjin. Seorang demi seorang berjalan untuk keluar. Shownu mengeluh perlahan.

"Kejap!!" Jerit Lino. Mereka semua berhenti di hadapan pintu.

"Korang dah lupa ke kebaikan yang pernah Chan hyung buat? Korang dah lupa ke siapa yang kumpulkan kita semua sampai kita berkawan hingga sekarang?" Soal Lino sambil memandang mereka. Mereka yang berada di hadapan pintu hanya diam memandang Lino.

"Tapi dia pembunuh hyung" Kata Hyunjin.

"Tapi dia tak pernah cederakan kita. Korang lupa ke Chan hyung selalu bantu kita bila kita dalam kesusahan? Dah lupa ke siapa yang bantu korang masa korang masih lagi budak skema dekat sekolah?" Soal Lino sinis. Dia tak percaya rakan rakannya dengan mudah melupakan kebaikan Bangchan. Mereka semua yang ada di hadapan pintu hanya diam membatu.

"Hyung. Kenapa Chan hyung buat semua ni?" Soal Jeongin yang dari tadi hanya diam melihat mereka semua bergaduh. Shownu yang tadinya menunduk kini memandang Jeongin.

"Semuanya kerana dendam" Kata Shownu. Mereka yang berada di hadapan pintu kelihatan terkejut mendengar apa yang Shownu katakan sebentar tadi.

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now