TK (BC)

532 62 3
                                    

Bangchan duduk di kafe sambil bermain telephone

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bangchan duduk di kafe sambil bermain telephone. Dia duduk di bahagian tepi tingkap menanti kehadiran Eunbi. Sekali sekala kepalanya dipalingkan ke arah tingkap. Bangchan tersenyum apabila ternampak Eunbi berjalan menghampiri kafe. Bangchan melihat Eunbi sambil menongkat dagunya. Lino yang memerhati tergelak kecil melihat kawannya itu seperti di lamun cinta.

Eunbi masuk ke dalam kafe. Matanya memandang sekeliling mencari Bangchan. Bangchan melambai tangannya agar Eunbi perasan akan dirinya di dalam kafe itu. Eunbi tersenyum memandang Bangchan sebelum menghampirinya. Eunbi mengambil tempat dihadapan Bangchan. Buku buku dan beg yang dibawanya tadi diletakkan di kerusi sebelahnya. Lino menghampiri mereka berdua.

"Ya pasangan sejoli ni nak minum apa?" Soal Lino. Bangchan memberi pandangan maut kepada Lino namun Eunbi hanya tergelak kecil. Lino mengabaikan pandangan Bangchan.

"Hot Choco" Kata mereka berdua serentak. Lino tersenyum mengejek.

"Uwahh so sweet. Ada apa apa lagi?" Soal Lino. Bangchan dan Eunbi sudah tertunduk malu. Mereka menggelengkan kepala secara serentak.

"I think you guys ni ada jodoh lah. Kahwin jangan lupa jemput" Kata Lino sebelum berlalu pergi. Bangchan yang tadinya tertunduk segera mengangkat kepalanya apabila nendengar kata kata Lino. Tercengang Bangchan dibuatnya. Eunbi sudah tersenyum malu. Bangchan menjeling Lino sebelum memandang ke arah Eunbi semula.

"So...kenapa awak nak jumpa?" Soal Bangchan. Eunbi memandang ke arah Bangchan.

"Boleh saya tahu semua pasal awak?" Soal Eunbi. Bangchan tersenyum nipis.

"Boleh tapi tak semua" Kata Bangchan lalu tersengih. Eunbi tersenyum sebelum mengangguk.

"Awak pernah duduk luar negara ke?" Soal Eunbi. Bangchan tersenyum kecil sebelum mengangguk.

"Saya pernah tinggal di Australia. Actually saya lahir di sana" Kata Bangchan.

"Uwahh. Awak ada berapa orang adik beradik?" Soal Eunbi.

"Saya ada 3 orang adik beradik termasuk saya. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan" Kata Bangchan. Eunbi mengangguk.

"Mesti keluarga awak dulu bahagia kan?" Soal Eunbi. Bangchan menganguk sambil tersenyum mengingat kenangannya bersama keluarga.

"Saya tertanya juga apa sebab keluarga awak pergi tapi saya taknak paksa" Kata Eunbi. Bangchan tersenyum kekok.

"Maaflah. Tapi saya memang tak bersedia nak bagitau sesiapa even kawan saya sendiri" Terang Bangchan. Eunbi tersenyum nipis. Lino datang menghampiri mereka sambil membawa air yang diletakkan di atas dulang.

"Haih bila lah aku boleh dengar berita yang kawan aku dah tak alone" Kata Lino seperti memerli Bangchan. Bangchan memberi pandangan maut kepada Lino.

"Kau pon alone nak cakap orang pula" Kata Bangchan. Lino tersenyum mengejek.

"Mana ada hyung. Aku ada Han" Kata Lino lalu menjelir lidah ke arah Bangchan. Baru sahaja Bangchan ingin memukul Lino menggunakan buku yang berada di kerusi sebelahnya tetapi Lino sudah melarikan diri. Eunbi tergelak melihat persahabatan antara mereka yang sungguh mesra.

Bangchan dan Eunbi berbual kosong sehinggalah telephone Bangchan tiba tiba berbunyi. Nama 'Shownu Hyung' tertera di kaca telephonenya. Bangchan segera menjawab panggilan tersebut.

"Dae hyung...sekarang? Dekat mana? Ok hyung" Bangchan mematikan panggilan setelah tamat. Bangchan memandang ke arah Eunbi yang dari tadi memerhatikan dirinya.

"Sorry Eunbi. Saya terpaksa pergi. Kalau awak nak balik takpe" Kata Bangchan. Eunbi tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

"Eh takpe. Kalau awak nak pergi pon takpe. Mana tau penting kan. Lagipon kejap lagi appa datang" Kata Eunbi. Bangchan mengangguk lalu meminta diri untuk pergi.

🔪🔪🔪

Bangchan masuk ke dalam rumah Shownu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bangchan masuk ke dalam rumah Shownu. Dapat dia lihat Shownu sedang duduk di atas sofa hadapan tv sambil menaip seusatu pada komputer.

"Ada apa hyung?" Soal Bangchan. Shownu memandang ke arah Bangchan sebelum memulakan perbualan.

"Hyung dah dapat maklumat tentang Mr. Kwon" Beritahu Shownu. Bangchan terus memandang Shownu dengan pandangan berminat.

"Dia tinggal di kawasan berhampiran sini sahaja. Dan dia mempunyai seorang anak perempuan" Terang Shownu. Bangchan kini menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Shownu.

"Siapa nama anak permepuan dia?" Soal Bangchan. Shownu mengambil kertas yang bercetakkan gambar dan nama. Kertas itu ditunjukkan ke arah Bangchan.

"Kwon Eunbi"

"Bwo!!"

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now