TK(BC)

359 50 0
                                    

Bangchan melangkah masuk ke tempat pemakaman Mr. Kwon. Dia hanya melihat disebalik dinding. Matanya bergerak mencari tubuh seseorang. Namun hampa. Dia tiada di situ. Bangchan mengekuh perlahan.

"Bangchan" Panggil seseorang. Tersentak Bangchan apabila namanya dipanggil. Perlahan lahan dia menoleh.

"Ee..Eunbi" Kata Bangchan perlahan. Bangchan terkaku melihat Eunbi sambil memaki dirinya sendiri di dalam hati. Eunbi memandang Bangchan. Mata Eunbi kelihatan sembap akibat menangis.

"Awak buat apa dekat sini" Soal Eunbi. Damn. Habis lah kau Chan.

"Ss...saya datang rumah awak tapi pengawal cakap awak dekat sini. Sebab tu saya datang" Kata Bangchan lancar. Eunbi memerhati Bangchan lama.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" Soal Eunbi. Bangchan menggigit bibir perlahan.

"Saya nak ajak awak datang rumah tapi takpelah. Awak mesti sibuk. Saya minta diri dulu. And takziah" Kata Bangchan sebelum berlalu pergi. Eunbi hanya perhatikan kelibat Bangchan hilang dari pandang.

Bangchan berjalan pulang ke rumah sambil memaki dirinya. Lebih baik dia pulang dan meminta Shownu membeli makanan supaya rakannya tidak akan kelaparan.

🔪🔪🔪

~ting tong

Bangchan bergerak ke pintu rumah kerana sangkanya itu adalah rakan rakannya. Buka sahaja pintu dia terlihat beberapa pegawai polis berada di hadapan rumahnya.

"Encik Bang. Anda ditahan kerana telah melakukan kes pembunuhan. Anda diberi pilihan sama ada ingin berdiam diri dan mengaku salah ataupon mengupah peguam untuk membela anda" Kata seorang pegawai polis itu sambil menunjukkan sebuah kad yang membuktikan bahawa mereka adalah polis sebenar.

Bangchan menghulurkan kedua tangannya menyuruh mereka supaya menggari tangannya. Salah seorang pegawai polis tersebut terus menggari tangan Bangchan. Mereka membawa Bangchan ke kereta polis.

Rakan rakan Bangchan yang baru tiba terkejut melihat Bangchan.

"Hyung!!" Panggil mereka semua. Bangchan menoleh ke arah mereka lalu tersenyum nipis sebelum masuk ke dalam kereta polis tersebut. Rakan rakan Bangchan terkaku melihat Bangchan menaiki kereta tersebut.

Shownu yang baru datang terus terlepas makanan pada tangannya apabila ternampak kereta polis baru sahaja berlalu pergi. Kesemua rakan Bangchan menoleh memandang Shownu.

"Hyung ni siapa?" Soal Jeongin. Shownu memandang mereka semua dengan pandangan sedih.

"Kita masuk dalam dulu. Nanti hyung cerita" Kata Shownu lalu berjalan melepasi mereka apabila melihat mereka semua mengangguk. Rakan rakan Bangchan mengikuti Shownu masuk ke dalam.

🔪🔪🔪

"Encik Bang. Saya harap awak dapat beri kerja sama" Kata Inspektor Woojin sambil melihat Bangchan yang sedang terduduk di kerusi dengan gari di tangan. Bangchan hanya diam memerhati.

"Adakah awak mengaku yang awak lakukan semua ni?" Soal inspektor Woojin. Bangchan hanya diam memandang inspektor Woojin.

"Encik Bang sila beri kerjasama. Adakah awak mengaku yang awak telah bunuh ramai orang?" Soal insoektor Woojin tidak putus asa. Bangchan memandang inspektor Woojin lalu berdecit.

"Jadi?" Soal Bangchan memandang inspektor Woojin. Inspektor Woojin tersenyum sinis.

"Sila mengaku kerana kami mempunyai bukti" Kata inspektor Woojin.

"Okay so? Kalau dah ada bukti kenapa kau kena minta keterangan aku?" Soal Bangchan tenang. Inspektor Woojin masih lagi bersabar.

"Kami memerlukan keterangan untuk membuktikan yang awak betul betul bersalah" Kata Inspektor Woojin. Bangchan memerhati inspektor Woojin sambil tersengih sinis.

"Heh. Hukum je lah aku. Kau dah tau semuanya. Kenapa perlukan keterangan? Dah tau kan yang aku bersalah" Kata Bangchan tenang. Bangchan memandang ke arah gari yang masih lagi berada pada tangannya. Memerah tangannya akibat gari yang sedikit kuat mencengkam tangannya. Inspektor Woojin yang mendengar kata kata Bangchan mengeluh kasar.

"Bangchan please. Kalau kau mengaku berkemungkinan hukuman kau akan diringankan" Kata inspektor Woojin cuba memujuk Bangchan.

"Aku tak bodoh lagi. Aku pembunuh lah. Hukuman aku takkan diringankan hanya dengan mengaku salah. So hukum je lah hukuman gantung tu. Aku dah tak kisah" Kata Bangchan sambil memandang inspektor Woojin. Inspektor Woojin menarik nafas dalam.

"Chan please. Tolong mengaku salah. Bantu pihak polis" Pujuk inspektor Woojin.

"Untuk apa??!!!" Jerit Bangchan. Matanya kelihatan memerah. Air mata bertakung di tubir mata hanya menanti air matanya jatuh.

"Untuk apa? Aku tau kalau hukuman aku diringankan, aku akan dapat keluar dari sini. Tapi untuk apa? Masa depan aku tetap dah musnah. Jadi biar je aku mati" Kata Bangchan. Air matanya terus menitis. Inpektor Woojin kelihatan terkejut melihat Bangchan menangis di hadapannya. Dia memandang ke arah pegawai polis lain yang melihat di sebalik cermin. Inspektor Woojin memberi isyarat menyuruh mereka keluar dan hentikan semua ini dahulu. Pegawai polis yang lain hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Inspektor Woojin memandang ke arah Bangchan semula. Badan Bangchan terhincut hincut akibat menangis. Inspektor Woojin meletakkan tangannya di atas meja lalu membongkokkan sedikit badannya. Dia mengeluh perlahan.

"Chan. Listen. Ini adalah jalan yang kau pilih. Kau sendiri yang pilih untuk hancurkan masa depan kau" Kata inspektor Woojin perlahan. Bangchan memandang inspektor Woojin lalu menepis air matanya kasar.

"Tak. Bukan aku yang pilih. Tapi masa depan aku dah lama musnah lepas kejadian keluarga aku dibunuh" Kata Bangchan dengan mata yang merah dan sisa air mata yang masih lagi terlihat di tubir matanya.

"Kau tau tak sebab apa aku bunuh orang tua tu? Sebab dendam. Dia bunuh keluarga aku tapi undang undang tak hukum dia. Sebab apa? Sebab duit. Tapi aku yang takde apa ni? Cuma tengok keluarga aku ditanam tapi pesalah dia tengah gembira dengan duit yang dia ada" Kata Bangchan sambil tersengih sinis. Air mata yang jatuh hanya dibiarkan tanpa ditepis. Inspektor Woojin hanya diam melihat Bangchan meluahkan segalanya.

"Kenapa undang undang kalah dengan harta?" Soal Bangchan sinis.

"Kenapa disebabkan harta polis tak jatuhkan hukuman?" Soal Bangchan tersengih sinis. Air mata yang jatuh hanya dibiarkan.

"Kalau aku tau harta boleh ubah segalanya...dah lama aku buat. Tapi harta yang aku ada tak cukup. Sebab cuma harta tu je yang bapa aku bagi. Tak setanding dengan dia. Jadi aku pilih untuk bunuh" Kata Bangchan sambil tersenyum sinis.

"Kau tau. Masa aku jumpa adik aku...aku bersyukur sangat yang dia masih hidup tapi yang lain dah mati. Tiga nyawa weh. Takkan aku nak berdiam diri. Kau tau dia pukul aku sampai lemah. Dan aku tau dia tak bunuh aku sebab dia nak jadikan aku pelacur. Kau tau tak pelacur" Kata Bangchan sambil menekankan perkataan pelacur.

"Sebab tu aku bunuh dia. Aku rasa puas" Kata Bangchan. Inspektor Woojin mengeluh. Dia tidak tahu Bangchan berdendam sampai begitu sekali.

"Tapi kenapa kau bunuh orang yang tak bersalah?" Soal inspektor Woojin. Bangchan hanya diam sambil memandang inspektor Woojin.

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now