TK (BC)

554 70 1
                                    

Bangchan hanya bermain dengan telephonenya sementara menunggu seseorang yang di aturkan oleh Seungmin dan rakan rakannya yang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bangchan hanya bermain dengan telephonenya sementara menunggu seseorang yang di aturkan oleh Seungmin dan rakan rakannya yang lain. Bangchan hanya ikut tanpa membantah. Lagipon dia memang hendak mencari pasangan memandangkan hidupnya terlampau sunyi. Sekurang kurangnya dapatlah dia mengisi kekosongan dalam dirinya itu.

"Ermm...Bangchan kan?" Soal seorang gadis ingin kepastian. Bangchan yang tadinya bermain telephone segera memandang.

Bangchan memandang Eunbi dengan lama sebelum tersedar ke alam realiti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bangchan memandang Eunbi dengan lama sebelum tersedar ke alam realiti. Bangchan berdehem sedikit.

"Ya. Duduklah" Kata Bangchan. Eunbi tersenyum sebelum duduk di hadapan Bangchan. Suasana antara mereka sangat kekok. Rakan rakan Bangchan yang memerhati hanya menepuk dahi masing masing. Tiada seorang pon yang boleh membuat bising kerana mereka datang tanpa pengetahuan Bangchan.

"So. Kita sama U ke?" Soal Eunbi. Bangchan mengangguk.

"Dah lama ke kenal Seungmin?" Soal Bangchan. Eunbi mengangguk tanpa ragu ragu.

"Ya. Lebih kurang 5 tahun" Kata Eunbi. Bangchan hanya mengangguk. Suasana sunyi kembali kerana kedua dua mereka tidak banyak bercakap.

"Ermm. Bangchan boleh saya tanya?" Soal Eunbi. Bangchan hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Betul ke awak pindah sini tanpa keluarga?" Soal Eunbi. Bangchan hanya tersenyum hambar. Dia mengangguk lemah.

"Ya. Saya pindah sini seorang diri. Keluarga saya sudah pergi sejak umur 15 tahun" Beritahu Bangchan. Eunbi yang mendengar ayat Bangchan terus membuat muka bersalah.

"Maaf lah saya tak tahu" Kata Eunbi. Bangchan tersenyum lalu menggelengkan kepala.

"It's okay. Benda dah lepas buat apa di kenangkan" Kata Bangchan sambil tersenyum. Tangannya yang berada di bawah meja sudah menggenggam penumbuk.

"Boleh saya tahu kenapa?" Soal Eunbi. Bangchan tersenyum lalu menggelengkan kepala.

"Maaf lah. Kematian diorang terpaksa dirahsiakan" Kata Bangchan. Eunbi hanya mengangguk. Mereka terus berbual kosong selagi mempunyai topik yang sesuai untuk dibualkan tanpa mengguris hati sesiapa pon.

🔪🔪🔪

Bangchan berjalan sendirian menuju ke kelasnya. Langkahnya perlahan sahaja memandangkan masa masih banyak.

"Bangchan" Panggil seseorang. Bangchan yang tadinya menundukkan kepala kini memandang ke arah empunya suara tersebut.

"Eunbi" Kata Bangchan perlahan. Eunbi tersenyum sambil melambaikan tangannya ke arah Bangchan. Bangchan membalas lambaian tersebut dengan ragu ragu.

"Nak pergi mana?" Soal Eunbi.

"Kelas" Kata Bangchan. Eunbi menganggukkan kepalanya. Dia berjalan seiring dengan Bangchan.

"Awak nak pergi mana?" Soal Bangchan. Eunbi tersenyum sedikit.

"Kelas juga" Kata Eunbi. Bangchan menganggukkan kepalanya.

"Ermm Bangchan. Petang ni awak ada kelas tak?" Soal Eunbi. Bangchan hanya menggeleng.

"Ouh baguslah. Kita jumpa dekat kafe boleh?" Soal Eunbi. Bangchan memandang Eunbi dengan mata berkelip berkali kali. Eunbi tersenyum sedikit. Comel.

"Kafe Lino?" Soal Bangchan. Eunbi terus mengangguk.

"Ouh ok" Kata Bangchan sebelum mereka berpisah.

Eunbi merupakan pelajar aliran Psychology. Manakala Bangchan merupakan pelajar aliran pembedahan umum.

Bangchan sememangnya meminati bahagian pembedahan sejak dia di bangku sekolah lagi. Pening? Ya memang pening untuk dia belajar tentang pembedahan tetapi itu tidak menghalang minatnya.

Lino, Hyunjin dan juga Han merupakan pelajar aliran Anaesthesiology iaitu bahagian bius. Seungmin dan I.N pula merupakan pelajar aliran Optometri atau Ophtalmology iaitu bahagian mata. Dan yang terakhir ialah Changbin. Dia merupakan pelajar aliran Orthopaedics iaitu bahagian tulang. Ya mereka bersekolah di sebuah University perubatan di Seoul.

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now