TK (BC)

475 59 7
                                    

Di kawasan kejadian, polis sedang membuat penyiasatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di kawasan kejadian, polis sedang membuat penyiasatan. Inspector Woojin yabg baru hadir segera mendekati jasad tersebut. Inspector Woojin memerhati tanda di atas perut tersebut.

"Chris?" Bisik Inspector Woojin. Dia cuba mengingati tnada yang pernah dia jumpa sebelum ini. Inspector Woojin tersentak.

"Dia dah kembali" Kata Inspector Woojin. Segera dia bergegas kembali ke pejabatnya. Pegawai lain yang memanggilnya semua diabaikan.

Bangchan kelihatan tidak berani ingin keluar rumah. Sudahlah kejadian itu berdekatan dengan rumahnya. Bagaimana jika polis dapat mengesyakinya? Mahu tak mahu dia bergerak juga. Topi hoodie dipakai dikepala. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia berjalan tanpa memandang kiri dan kanan.

Akhirnya kakinya sudah melangkah jauh dari tempat kejadian. Baru sahaja dia ingin menghembus nafas lega tiba tiba seseorang berdiri di hadapannya. Bangchan mengangkat kepalanya dan damn Inspector Woojin. Bangchan terbelakang sedikit.

"Kenapa? Terkejut?" Soal Woojin. Bangchan tergelak sedikit.

"Bwo? Terkejut? Haha...kau lupa ke siapa yang hantar kau pergi sini?" Bangchan yang tadinya ketawa terus berubah kepada serious apabila mengingatkan Woojin tentang perkara tersebut. Woojin menggenggam penumbuknya. Bangchan tersengih sinis.

"Sepatutnya aku yang tanya kau. Terkejut ke bila dapat tahu aku penyebab semua ni?" Soal Bangchan. Woojin hampir sahaja ingin menumbuk Bnagchan tapi ditahan.

"Woo woo. Sabar bro haha. So macam mana pejabat dekat sini? Still Inspector or dah jadi kuli?" Soal Bangchan sebelum tergelak besar. Terasa kelakar dengan soalannya sendiri.

"Kau tak takut ke masa depan kau musnah?" Soal Woojin. Bangchan berdecit sedikit.

"Masa depan aku dah lama musnah lah" Kata Bangchan. Rambut depannya ditiup agar kebelakang. Rimas.

"Aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara Christopher Bang" Kata Woojin. Bangchan menjeling Woojin.

"Nak tangkap aku? Cari bukti dulu and my name is Bangchan not Christopher Bang" Kata Bangchan sebelum berlalu pergi. Woojin memandang Bangchan dengan pandangan marah sebelum berlalu pergi ke pejabatnya. Banyak perkara yang perlu dia lakukan.

🔪🔪🔪

Bangchan meraup rambutnya kasar. Dia berjalan menuju ke kelasnya.

"Bodoh. Macam mana aku boleh lupa yang dia ditukarkan ke sini?" Soal Bangchan pada dirinya sendiri.

"Hyung!!!" Panggil seseorang. Bangchan terus berpaling.

"Ouh Hyunjin. Kenapa?" Soal Bangchan. Hyunjin berjalan mendekati Bangchan. Hyunjin memandang Bangchan lama.

"Kenapa dengan rambut hyung tu?" Soal Hyunjin. Bangchan memegang rambutnya. Cermin di tepinya dipandang. Segera dia membetulkan rambutnya.

"Kk...kena kejar anjing" Kata Bangchan sambil membetulkan rambutnya. Hyunjin berdecit sedikit sebelum menggeleng.

"Hyung dah dapat majalah sekolah ke belum?" Soal Hyunjin. Bangchan menggeleng perlahan.

"Hyung tahu cerita tak yang Cikgu Heechul mati?" Soal Hyunjin.

"Aa...apa?" Bangchan tercengang. Dia mula mengingati kejadian semalam. Damn orang yang dia bunuh tu ialah cikgunya sendiri.

"Hyung tak tahu ke? Seriouslah?" Soal Hyunjin. Bangchan menggeleng perlahan.

"Takkanlah hyung tak tahu. Sebab dia mati di tempat yang sama. Berdekatan dengan rumah hyung. Takkan hyung tak perasan masa datang sini?" Soal Hyunjin. Bangchan menggelengkan kepalanya.

"Hyung tak tahu sebab tadi hyung lalu jalan lain" Kata Bangchan. Hyunjin mengangguk tanpa mengesyaki apa apa. Bangchan melihat jam di tangannya.

"Oklah. Hyung ada kelas ni. Jumpa nanti" Kata Bangchan dan terus berlalu pergi. Hyunjin memandang Bangchan lama sebelum berpatah balik ke kafe.

Bangchan menghembus nafas lega. Dalam pada masa yang sama dia memukul kepalanya sendiri.

"Bodoh. Kenapa aku bunuh Cikgu Heechul" Bisik Bangchan perlahan. Dia terus masuk ke kelasnya sebelum prof masuk. Bangchan duduk di tempatnya. Buku buku nota dikeluarkan agar mudah untuk dia membuat nota. Prof masuk ke kelas dan mereka semua belajar seperti biasa.

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now